Friday, July 12, 2013


PQE3102- ULUM AL-QURAN & ULUM AL-HADITH
Nota Kuliah 11 Julai 2013 (Khamis) 8.00 - 9.00a.m
PENGERTIAN NASAKH

Pengertian Secara Bahasa
            Nasakh menurut bahasa digunakan untuk pengertian izalah (menghilangkan). Misalnya : nasakhat asy-syamsu azh-zhilla, ertinya, matahari menghilangkan baying-bayang : dan naskhat ar-rih atsara al-masyyi, ertinya, angin menghapuskan jejak langkah kaki. Kata nasakh juga digunakan untuk makna memindahkan sesuatu dari suatu tempat ke tempat yang lain. Misalnya : nasakhtu al-kitab, ertinya, saya menyalin isi kitab. Di dalam Al-Quran dikatakan :
           
“Sesungguhnya Kami telah (perintahkan malaikat) menulis Segala Yang kamu telah lakukan (di dunia dahulu)!"

Pengertian Secara Istilah
            Menurut istilah Nasakh ialah “mengangkat (menghapuskan) hukum syara’ dengan dalil hukum syara’ yang lain.” Dinyatakan kata “hukum” di sini menunjukkan prinsip bahawa “segala sesuatu hukum asalnya boleh” (Al-Bara’ah Al-Ashliyah) tidak termasuk yang dinasakh. Kata-kata dengan “dengan dalil hukum syara’” mengecualikan penghapusan hukum yang disebabkan kematian atau gila, atau penghapusan dengan ijmak atau qiyas.
            Kata nasikh (yang menghapus) maksudnya adalah Allah (Yang menghapus hukum itu) seperti firman-Nya :
                                                      
“Dan tidaklah Kami menghapus suatu ayat....”
            Kata itu juga digunakan bagi suatu ayat atau sesuatu yang dengannya naskh dapat diketahui. Maka dikatakan : “Hadzihi al-ayat nasikhah li ayat kadza” (ayat ini menghapus ayat itu) dan digunakan pula untuk hukum menghapuskan hukum yang lain.
            Mansukh pula adalah hukum yang diangkat atau yang dihapuskan. Maka ayat mawarith (warisan) atau hukum yang terkandung di dalamnya. Misalnya, adalah menghapuskan (nasikh) hukum wasiat kepada kedua orang tua atau kerabat sebagaimana yang akan dijelaskan.
            Berdasarkan penjelasan di atas,maka dapat disimpulkan bahawa dalam Nasakh terdapat syarat-syarat berikut :
1.    Hukum yang mansukh adalah hukum syara.
2.    Dalil penghapusan hukum tersebut adalah khithab syar’i yang datang lebih kemudian dari khithab yang hukumnya dimansukh.
3.    Khithab yang dihapuskan atau diangkat hukumnya tidak terikat (dibatasi) dengan waktu tertentu. Sebab jika tidak demikian, maka hukum akan berakhir dengan berakhirnya waktu tersebut. Dan yang demikian tidak  dinamakan naskh.

PEMBAHAGIAN NASAKH

Nasakh mempunyai empat bahagian :

Pertama : Nasakh Al-Quran dengan Al-Quran. Bahagian ini adalah disepakati kebolehannya dan telah terjadi dalam pandangan mereka yang mengatakan adanya nasakh. Misalnya, ayat mengenai ‘iddah empat bulan sepuluh hari, sebagaimana akan dijelaskan contohnya.

Kedua : Nasakh Al-Quran dengan As-Sunnah. Nasakh ini ada dua jenis :
      i.        Nasakh Al-Quran dengan hadis ahad. Jumhur berpendapat, Al-Quran tidak bolah dinasakh oleh hadis ahad, kerana Al-Quran adalah mutawatir dan menunjukkan keyakinan, sedangkan hadis ahad tersebut zhanni, bersifat dugaan, di samping tidak sah pula menghapuskan sesuatu yang maklum(jelas diketahui) dengan yang mazhnun (diduga)
    ii.        Nasakh Al-Quran dengan hadis mutawatir. Nasakh seperti ini dibolehkan oleh Malik, Abu Hanifah dan Ahmad dalam satu riwayat, sebab masing-masing adalah wahyu. Allah berfirman :
$tBur ß,ÏÜZtƒ Ç`tã #uqolù;$# ÇÌÈ   ÷bÎ) uqèd žwÎ) ÖÓórur 4ÓyrqムÇÍÈ
Dan ia tidak memperkatakan (sesuatu Yang berhubung Dengan ugama Islam) menurut kemahuan dan pendapatnya sendiri. Segala Yang diperkatakannya itu (sama ada Al-Quran atau hadis) tidak lain hanyalah wahyu Yang diwahyukan kepadaNya.

Dan nasakh itu sendiri merupakan salah satu penjelasan.
Dalam pada itu juga, Asy-Syafi’i, Zhahiriyah dan Ahmad dalam riwayatnya yang lain menolak nasakh seperti ini, berdasarkan firman Allah sebagaimana pengertian berikut :

“Apa saja yang Kami nasakhkan, atau Kami jadikan (manusia) lupa keadaannya, Kami datangkan yang lebih baik atau yang sebanding dengannya.” (Al-Baqarah: 106)

Sedang hadis tidak lebih baik dari atau sebanding dengan Al-Quran.

Ketiga : Nasakh As-Sunnah dengan Al-Quran. Ini dibolehkan  jumhur. Sebagai contoh ialah masalah menghadap ke Baitul Maqdis yang ditetapkan dengan As-Sunnah dan di dalam Al-Quran  tidak terdapat dalil yang menunjukkannya. Ketetapan ini dinasakhkan oleh Al-Quran dengan firman-Nya :
“Maka palingkanlah mukamu ke arah Masjidil Haram.”
  (Al-Baqarah : 144)   

            Kewajipan puasa pada hari ‘Asyura’ yang ditetapkan juga adalah berdasarkan Sunnah, juga dinasakh oleh firman Allah :  
“Maka barangsiapa menyaksikan bulan Ramadhan, hendaklah ia berpuasa....”
(Al-Baqarah : 185)

            Tetapi Nasakh jenis ini pun ditolak oleh Imam Syafi’i di dalam salah satu riwayat. Menurutnya, apa sahaja yang ditetapkan Sunnah pasti didukung oleh Al-Quran, dan apa sahaja yang ditetapkan Al-Quran tentu didukung pula oleh Sunnah. Hal ini kerana, antara Al-Quran dengan Sunnah mestilah tidak bertentangan. Dengan kata lain bagi As-Syafi’i adalah tidak mungkin manakala ada Hadis yang bertentangan dengan Qur’an. Selain itu, pandangan ini juga mengisyaratkan bahawa adanyaNasakh menunjukkan tidak bertepatan dalam Hadis, meskipun sebagaimana yang kita ketahui bahawa Hadis pada dasarnya sebagai penjelasan ke atas Al-Quran.
Keempat  : Nasakh Sunnah dengan Sunnah.
Jenis Nasakh ini terdapat 4 jenis iaitu :
      i.        Mutawatir dengan Mutawatir
    ii.        Ahad dengan Ahad
   iii.        Ahad dengan Mutawatir
   iv.        Mutawatir dengan Ahad

Bagi Jumhur Ulama dari keempat-empat Nasakh tersebut tidak menjadi masalah untuk menjadi bahagian dari Nasakh, dengan erti kata lain ianya dapatlah diterima kecuali jenis yang keempat iaitu Mutawatir dengan Ahad.

No comments:

Post a Comment