Sunday, March 22, 2015

kerajaan umayyah


Huraikan golongan masyarakat yang terdapat pada Zaman Bani Umayyah.
Pendahuluan
1.     Kerajaan Bani Umayyah memerintah selepas zaman khulafa’ al-Rasyidin. Nama Bani Umayyah bersempena dengan nama pemimpin Quraisy terkenal pada zaman Jahiliyah iaitu Umayyah bin Abd. Syam bin Abd. Manaf.
2.     Perlantikan Saidina Uthman bin Affan merupakan permulaan pengasasan kerajaan Bani Umayyah. Apabila Saiyidina Ali menjadi khalifah, beliau telah memecat Muawiyah b. Abu Sufian daripada jawatan Gabenor di Syam. Pemecatan membawa kepada perang Siffin seterusnya ditamatkan dengan Majlis Tahkim, yang membuka ruang kepada Bani Umayyah memerintah Negara Islam.
3.     Zaman pemerintahan Bani Umayyah boleh dibahagikan kepadaZaman Kelahiran, Zaman Kemakmuran/Pembangunan danZaman Kehancuran.
Isi :
Golongan pemerintah :
1.     Golongan ilmu terdiri daripada khalifah dan pembesar-pembesar Arab berbeza dengan pemerintahan khulafa’ al-Rasyidin , kerajaan Bani Umayyah menggunakan
2.     Sistem pewarisan dalam perlantikan khalifah-khalifah baru . jawatan khalifah telah menjadi hak milik keturunan Umayyah dari keluarga Abu Sufyan dan Marwan. Amalan ini telah melahirkan masyarakat pemerintah.
3.     Sanak saudara dan kaum kerabat, keturunan Umayyah pula menjadi kelompok Bangsawan dan mempunyai beberapa kelebihan sosial dan politik.
Golongan Mawali :
Hamba yang telah memeluk Islam dianggap sebagai masyarakat kelas kedua. Namun begitu ada beberapa orang golongan Mawali berjaya menjawat jawatan tinggi dalam kerajaan bani Umayyah seperti maymun bin Mihran (Pengarah Jabatan Cukai di Mesopotamia) hanya layak bekerja sebagai buruh kasar dan petani.tidak dibenarkan berkahwin dengan orang Arab. Tidak boleh solat jemaah dengan orang Arab.
Golongan Zimmi :
Golongan bukan Islam yang tinggal di Negara Islam dan hidup aman damai seperti golongan islam yang lain. Kerajaan tidak menjalankan dasar paksaan dalam agama. Golongan ini juga menikmati hak-hak kerakyatan umat Islam yang lain. Mereka tidak perlu membayar zakat tetapi perlu membayar jizyah.
Golongan Hamba :
Perubahan taraf sosial dan corak kehidupan keluarga bangsawan dan pemerintah Umayyah yang hidup mewah telah menyebabkan mereka memerlukan ramai hamba. gologan hamba ini terdiri daripada pelbagai bangsa seperti orang Afrika, Monggol dan Goth dari Eropah.
Golongan Azariqah :
Berpusat di Iraq mempunyai kepercayaan agama yang berbeza. Bagi mereka orang Islam yang melakukan dosa besar seperti berzina dianggap kafir dan kekal dalam neraka. Mereka juga telah mengkafirkan Saidina Uthman,Ali dan sesiapa yang menyertai Perang Jamal/Perang Siffin. Mereka menganggap pemerintah yang zalim seperti Kerajaan umayyah perlu ditentang.
Golongan Najdiyah :
Mereka berpusat di Yamamah juga berjuang untuk menjatuhkan bani Umayyah. Mereka berpendapat orang yang menyokong pihak lain akan melakukan dosa besar, tidak boleh dihukum kafir tetapi hanya  bertaraf munafik. Golongan ini tidak mewajibkan adanya khalifah,asalkan komuniti mematuhi ajaran Al-Quran.Banyak terbabit dalam bidang politik dan tentera daripada bidang agama.
Kaum Syiah :
Ingin menuntut bela  atas pembunuhan Hussain putera kepada Saidina Ali di Karbala. Mereka ingin menebus dosa kerana tidak menjaga keselamatan Hussain  sehingga dibunuh oleh tentera Bani Umayyah.
Kesimpulan.

Apa-apa sahaja yang berkaitan

kegemilangan abbasiyyah

Huraikan Ciri-Ciri Utama Sistem Pemerintahan Islam Pada Zaman Kerajaan Bani Abbasiyah
Pengenalan :
Latar belakang pemerintahan kerajaan Abbasiyah :
o    Kemunculan pemerintahan Abbasiyah merupakan permulaan suatu order baru yang berasaskan ekonomi pertanian dan perdagangan serta kuasa pemerintah  kosmopolitan yang terdiri daripada orang Arab Yaman yang menentang Umayyah dan kelas Mawali yang berasal daripada orang-orang Parsi, Mesir, Berber, dan lainlain. Mereka terlibat dalam revolusi Abbasiyah dan berjaya menggulingkan Umayyah pada tahun 750 TM. Ibu kota pemerintahan Islam di pindah ke Ambar dan kemudiannya ke Baghdad. Oleh itu, fokus politik Islam berpindah dari Syria dan Mediterranean ke Mesopotamia. Sistem politik dan pemerintahannya telah banyak dipengaruhi unsur-unsur kebudayaan Parsi. Baghdad menjadi pusat kegiatan ekonomi dan intelektual dan mencapai puncak kecemerlangannya pada zaman Khalifah Harun al-Rasyid dan anaknya al-Mamun.
o    Tokoh-tokoh khalifah terkenal zaman Abbasiyah, Khalifah Abu Abbas Al Saffah, Khalifah Harun Al Rashid dan lain-lain.
Isi-Isi Penting :
Kedudukan Khalifah :
o    Khalifah merupakan kuasa tertinggi dalam struktur kerajaan Abbasiyah. Khalifah berkedudukan autokratik dan semua perintah berpunca daripadanya. Di samping kuasa sekular, khalifah mempunyai kewibawaan spiritual ( divine authority ). Pada peringkat kemunduran Abbasiyah, kedudukan khalifah terus dikekalkan kerana ia dianggap punca kesahan kewibawaan dan kuasa seseorang atau sesuatu jawatan.
Dasar Terbuka dalam Pentadbiran :
o    Sistem pemerintahan Abbasiyah membayangkan keadaan sebenarnya masyarakat majmuk. Kerajaan Abbasiyah didukung oleh pelbagai bangsa terutamanya bangsa Arab dan Parsi serta bangsa-bangsa lain. Walaupun pada peringkat awal Khalifah Abbasiyah daripada keturunan Arab tetapi yang memantapkan kedudukan khalifah ialah bangsa berketurunan Parsi.
Sistem Birokrasi :
o    Pada zaman Abbasiyah, semua hal yang berkaitan dengan pentadbiran dilaksanakan oleh sebuah birokrasi yang berbentuk hierarki. Sistem birokrasi mencontohi Kerajaan Sasanid dengan majoriti pegawai diambil daripada kelas Mawali iaitu orang Islam yang tidak berketurunan Arab. Jawatan yang penting ialah wazir yang menjadi ketua seluruh jentera pentadbiran. Dalam pentadbiran Abbasiyah, beberapa jabatan telah ditubuhkan seperti jabatan akaun, jabatan cukai, jabatan pos dan sebagainya.
Pentadbiran Pusat dan Wilayah :
o    Dalam pentadbiran wilayah-wilayah, kerajaan pusat di Baghdad mempunyai hubungan yang rapat dengan wilayah. Pentadbiran wilayah terserah kepada seorang gabenor atau amir yang dilantik dengan persetujuan wazir untuk menguruskan halhal kerajaan. Kedudukan amir bergantung kepada kebolehannya dan hubungan dengan kerajaan pusat. Amir-amir tertakluk kepada pengawasanDiwan al-Barid ( Jabatan Pos ). Setiap wilayah juga mempunyai jabatan pos sendiri dan amir wajib melaporkan semua hal ehwal kerajaan wilayah kepada ketua Jabatan Pos di Baghdad.
Pentadbiran Kehakiman :
o    Dalam urusan kehakiman segala urusannya diserahkan kepada ulama-ulama yang dilantik oleh ketua hakim. Hal-hal sivil yang berkaitan dengan orang-orang bukan Islam terserah kepada ketua-ketua agama mereka sendiri manakala hal-hal orang Islam diuruskan oleh kadi. Pelantikan hakim berasaskan beberapa syarat seperti lelaki dewasa, beragama Islam, berfikiran waras, dan berpengalaman dalam bidang ilmu pengetahuan.
Pentadbiran Ketenteraan dan Keselamatan :
o    Pada peringkat awal pemerintahan Abbasiyah, khalifah telah melakukan beberapa perubahan dalam organisasi ketenteraannya. Pertama, keanggotaan tentera Abbasiyah tidak terbatas kepada orang-orang Arab sahaja. Bayaran elaun dan hakhak istimewa yang pernah diberikan kepada orang-orang Arab telah diberhentikan kecuali mereka yang masih berkhidmat tetap. Kedua, tentera Abbasiyah terdiri daripada tentera bergaji tetap dan tentera sukarela yang hanya menerima bayaran sewaktu mereka bertugas dalam sesuatu kempen. Ketiga, khalifah mewujudkan tentera peribadi yang dikenali tentera Khurasan. Keempat, tentera Abbasiyah juga terdiri daripada orang-orang Turki yang berasal dari Asia Tengah. Mereka ialah mamluk yang mempunyai kedudukan sosial bertaraf hamba.
Pengurusan Ekonomi :
o    Berbanding dengan Umayyah, pemerintahan Abbasiyah menggalakkan bidang pertanian dan industri untuk memperkukuh ekonomi empayar. Taraf sosial kaum tani dipertingkatkan dengan pemberian hak pemilikan tanah yang lebih adil dan pelaksanaan sistem cukai yang lebih berpatutan. Perkembangan ekonomi menyebabkan lahirnya golongan pemerintah yang tidak bergantung kepada  keturunan tetapi berasaskan kekayaan dan pengetahuan ilmu.
Dasar Terhadap Golongan Bukan Islam :
o    Dasar terhadap golongan dhimmi ( orang bukan Islam ) adalah lebih terbuka. Mereka menikmati kebebasan mengamalkan agama mereka sendiri. Kerap kali mereka diambil untuk berkhidmat dalam birokrasi kerajaan. Berbanding dengan pemerintahan Umayyah, golongan ini menikmati taraf sosial yang jauh lebih tinggi pada zaman Abbasiyah.
Peningkatan Taraf Keintelektualan :
o    Penterjemahan, perkembagan pelbagai ilmu, dan kelahiran pelbagai mazhab pada zaman Abbasiyah menyebabkan berlakunya peningkatan taraf keintelektualan. Zaman Abbasiyah menyaksikan penterjemahan karya-karya Plato, Aristotle, Euclid, Galen, dan lain-lain ke dalam bahasa Arab yang menjadi bahasa perantaraan di seluruh Asia Barat. Sekolah dan pusat pengajian tinggi diwujudkan di seluruh empayar.
Hubungan Diplomatik :
o    Pada zaman Harun al-Rasyid telah muncul empat buah kerajaan besar iaitu kerajaan Byzantine yang berpusat di Istanbul, kerajaan Bani Umayyah di Sepanyol, kerajaan Perancis di Eropah, dan kerajaan Abbasiyah di Baghdad. Hubungan kerajaan Harun al-Rasyid dengan kerajaan Perancis adalah baik. Perancis tidak mahu kerajaan Abbasiyah berbaik-baik dengan kerajaan Umayyah. Sebaliknya, hubungan kerajaaan Abbasiyah dengan kerajaan Byzantine adalah genting dan sering bermusuhan.
Sistem Pewarisan Dasar Pemerintahan :
o    Al Makmum mewarisi pemerintahan bapanya Abu Jaafar Al Mansur. Beliau meneruskan kegemilangan pentadbiran dan keintelektualan yang telah dilaksanakan oleh bapanya.






Salahuddin Al-Ayyubi



Tawan Baitulmaqdis; Apa Rahsia Salahuddin?

Muhammad Nuruddin Bashah

Bc Hons Eng UM

Telah banyak makalah, jurnal, buku serta tulisan ringkas yang membongkar rahsia serta strategi perang Sultan Salahuddin Al Ayubi sepanjang kempen pembebasan Baitulmaqdis dilancarkan. Umum mengetahui Salahuddin hanya serius dengan gagasan pembebasan Baitulmaqdis selepas Jeneral Birnis (panglima tentera Salib berpusat di Syam tidak termasuk Damsyik) cuba menceroboh Mesir yang pada waktu itu masih berada dalam pemerintahan Dinasti Fatimiyyah (Syiah) di bawah pemerintahan Khalifah A A'dhid. Umum juga mengenali bahawa beliau seorang yang cukup warak dan bertimbang rasa dalam berperang sehingga mampu menggugurkan semangat juang Philip, Raja Raymond dan Raja Richard I (The Lion Heart).

Namun masih banyak ruang kajian dan penulisan yang boleh kita sajikan apabila kita cuba meneliti sikap pro aktif beliau dalam menyusun tentera, pra-emtif yang berkesan dilakukan, sikap optimis terhadap janji kejayaan Rasulullah SAW serta beberapa strategi perang beliau yang cocok dengan teori Jeneral Tsun Zu dari benua China yang lahir 500 tahun sebelum kelahiran Nabi Isa AS.

Dalam bulan Zulkaedah 570 Hijrah (Mei 1175 Masihi), khalifah Abbasiyyah mengisytiharkan Salahuddin al-Ayubi sebagai Sultan Mesir dan menggelarkan dirinya sebagai Sultan al-Islam wa al-Muslimin. Pada tahun itu juga beliau membina kota pertahanan di Kaherah selepas berjaya menundukkan tentera Sultan Nuruddin Az Zanki (yang merupakan Sultan beliau juga) yang telah terpedaya dengan hasutan golongan Syiah Mesir untuk mencurigai kesetiaan beliau.

Taqwa dan ilmu teras kekuatan remaja Islam

Salahuddin memiliki asas pengetahuan agama yang kukuh. Beliau juga mengetahui setiap suku kaum Arab dan adat-adat mereka. Inilah teras utama rahsia kekuatan Salahuddin. Bahkan beliau mengetahui sifat-sifat kuda Arab walaupun beliau orang Kurdis. Salahuddin sangat gemar mengumpul pengetahuan dan maklumat dari kawan-kawannya dan utusan-utusannya yang sentiasa berjalan dari satu penjuru ke satu penjuru negerinya. Di samping Qur'an, beliau juga banyak menghafal syair-syair Arab.

Sesiapa yang rapat dengannya mengakui bahawa Salahuddin adalah seorang Islam yang taat kepada Allah, sangat peka kepada keadilan, pemurah, lembut hati, sabar dan tekun. Bahauddin bin Shaddad, penasihat utama Salahuddin telah mencatatkan Salahuddin memberikan masa untuk rakyat dua kali seminggu, iaitu pada hari Isnin dan Selasa. Pada masa ini ia akan berbahas dengan pembesar-pembesar negara, ulama dan Qadi.

Pemuda dan remaja di Mesir, Aleppo dan Damsyik dianggap telah dihinggapi penyakit wahan (cinta dunia dan takut mati). Salahuddin telah menggagas sebuah festival yang diberi nama peringatan Maulid Nabi Muhammad. Ahli akademik segelintirnya seperti Imam Jalaluddin al-Suyuty dalam kitabnya Al-Haawii li al-Fataawii, Juz I, hal 252, menjelaskan maulid nabi diasaskan oleh Mudzofar Abu Said al-Qokburi, seorang gabenor Irbil di Iraq pada masa pemerintahan Salahuddin al Ayubi (1138-113) sekitar tahun 630 H. Tujuannya untuk menumbuhkan dan membangkitkan semangat perjuangan. Di festival ini akan dikaji habis-habisan sirah nabawiyah (sejarah nabi) dan atsar (perkataan) sahabat, terutama yang berkaitan dengan nilai-nilai jihad. Festival ini berlangsung dua bulan berturut-turut. Hasilnya amat memberangsangkan. Ramai pemuda tanah jajahannya mendaftar untuk berjihad membebaskan Palestin.

Peribadinya yang tidak boros dan gemar bersedakah menyebabkan beliau tidak pernah membayar zakat harta kerana hartanya tidak pernah cukup nasab. Inilah ciri peribadi pemimpin yang ditunggu ummah. Selain itu semasa beliau meninggal dunia, beliau hanya meninggalkan beberapa dinar sahaja serta tidak langsung memiliki sebuah rumah!

Mengambil tanggungjawab

Salahuddin dilahirkan di dalam sebuah keluarga Kurdish di Tikrit dan dihantar ke Damsyik untuk menghabiskan pelajarannya. Ayahnya, Najmuddin Ayyub, ialah gabenor wilayah Baalbek. Selama 10 tahun Salahuddin tinggal di Damsyik di kawasan istana milik Sultan Nuruddin Az Zangki yang memerintah secara autonomi kawasan Aleppo (Halab) dan Damsyik serta taat dan setia kepada Empayar Abbasiyyah di Baghdad.

Salahuddin menerima latihan ketenteraan daripada bapa saudaranya, Asaduddin Shirkuwah (dikenali sebagai Shirkuh) yang juga ketika itu merupakan panglima kepada Sultan Nuruddin dan sering mewakili Sultan Nuruddin dalam kempennya menentang Kerajaan Fatimiyyah di Mesir sekitar tahun 1160 M.

Namun hal ini berubah apabila Mesir mulai cuba diceroboh oleh Birnis Arnet dengan kerjasama Syawur (Perdana Menteri Mesir Fatimiyyah). Sultan Nuruddin menerima surat permohonan bantuan daripada Khalifah Al Adhid yang meminta Aleppo (Halab) mempertahan Mesir agar tentera Kristian tidak mampu memasuki Aleppo melalui Mesir.

Sebagai anak muda yang cintakan tempat permainan, Salahuddin merasa berat hati pergi ke Mesir. Tetapi punca kekuatan Salahuddin ialah berani mengambil tanggungjawab. Selepas Bapa saudaranya meninggal dunia , Salahuddin berani mengambil tanggungjawab sebagai Perdana Menteri Mesir bekerja dengan kerajaan Syiah walaupun beliau adalah ahli sunnah wal jamaah.





Peta menunjukkan Salahuddin mampu mengepung Baitulmaqdis sedikit demi sedikit melalui plan memerintah Mesir.



Keluarkan musuh ke tempat sukar

Semasa Najah, ketua pengawal istana Fatimiyah dibunuh kerana bersubahat dengan tentera Salib, orang Sudan marah dan ingin melanggar Mesir. Najah adalah orang Sudan yang diambil bekerja dalam istana Mesir atas sebab hubungan diplomasi. Salahuddin yang waktu itu menjadi Perdana Menteri Mesir menggantikan bapa saudaranya, Asaduddin Syurkuwah yang meninggal dunia, telah mengambil keputusan untuk mengalahkan tentera Sudan melalui strategi terbaik.

Pasukan Sudan ditipu sehingga mereka memasuki Padang Sinai. Tentera Sudan yang kurang mahir dengan perang terbuka padang pasir mengaku kalah kerana kehausan, sesat dan jatuh moral melihat suasana padang yang luas tanpa penghujung. Mengeluarkan musuh jauh ke kawasan yang lapang adalah strategi maut yang kerap digunakan oleh tentera Arab zaman itu.

Budi pekerti dan adab berperang

Menurut kawan karibnya Bahauddin, jika berada dalam medan perang, beliau bagaikan seorang ibu garang kehilangan anak tunggal. Beliau bergerak dari satu hujung medan peperangan ke hujung yang lain untuk mengingatkan tenteranya supaya benar-benar berjihad di jalan Allah.

Suatu hari, Raja Richard[1] jatuh sakit. Mendengar khabar itu, Salahuddin mengirimkan doktor terbaiknya untuk mengubati Raja Richard. Hingga kini, adakah mudah kita menemui pemimpin kaum muslim yang memiliki akhlak seperti Salahuddin? Pernah dalam suatu pertempuran, Raja Richard melihat pedang Salahuddin tumpul dan baginda menghentikan perang hari itu untuk memberikan kesempatan agar Salahuddin mengasahnya kembali sebagai membalas jasa Salahuddin.

Serang musuh tatkala musuh sedang leka

Semasa tentera salib sedang leka selepas berjaya merasuah pemimpin Kota Aidzab da Ailah, tentera laut Shamsuddin serta kapal-kapal bantuan Mesir datang menyerang secara mengejut.

Semasa kemuncak Salahuddin ingin ke Baitulmaqdis, beliau bercadang menyerang Kota Bisan seterusnya Kark. Tetapi kota Kark menempatkan terlalu ramai musuh. Salahuddin mengikuti kaedah Rasulullah menawan Khaibar iaitu berpura-pura meuju ke Ghaftan, dalam perjalanan Baginda berpatah kembali ke Khaibar dan menyerang musuh semasa musuh leka.

Semasa Salahuddin sengaja ke Kark, Panglima Birnis mengalihkan semua tentera ke Kark mengakibatkan Salahuddin mudah menakluki Kota Bisan.

Tipu helah dalam perang

Suatu ketika semasa Salahuddin sedang memperkuatkan tentera laut dimana komander tentera lautnya diketuai oleh abangnya sendiri, Shamsuddin Ayubi, beliau mendapat khabar bahawa penduduk pesisir pantai Iskandariyah telah ada yang menjadi pengkhianat dan perisik kepada tentera Salib.

Lantas beliau mengarahkan tentera menyerang Baniyas iaitu pintu masuk ke Palestin. Kini Baniyas terletak di Bukit Golan iatu suatu kawasan ketenteraan yang amat strategik. Alasannya adalah jika di Baniyas tentera Islam mudah untuk menang, moral dan semangat mereka akan meningkat kerana Baniyas ditempatkan kem-kem tentera Salib yang terbesar. Komander Salib bernama Barnis Arnet juga tidak percaya maklumat risikan bahawa Salahuddin akan menyerang dari arah Baniyas.

Salahuddin memerintahkan tentera memilih jalan kanan Baniyas yang berbukit yang cukup tidak diduga oleh musuh. Tsun Zu juga memberi nasihat berabad sebelum itu bahawa jangan sesekali ambil jalan yang disangkai oleh musuh serta mulakan serangan di kawasan yang tidak dipedulikan musuh.

Kerana kebijaksanaan itu, tambahan pula serangan dibuat pada waktu subuh, ramai tentera Salib berjaya ditawan. Bantuan laut juga dikalahkan oleh Samsuddin yang sedia menanti.

Akan tetapi masih ada pegawai Salib yang melarikan diri ke Khusnul Ahzan iaitu tembok besar dibina oleh Kristian. Ia kukuh dan setinggi 30 depa. Mustahil untuk dipanjat dengan adanya skuad pemanah dan penembak Salib di atasnya.

Salahuddin menyamarkan diri sebagai penduduk tempatan. Beliau menanyakan cara untuk masuk ke Kota itu. Tentera salib terpedaya sehingga menjelaskan bahawa mereka makan sebanyak 20 ekor unta sehari. Salahuddin terus menyatakan bahawa jumlah tentara Salib sekitar 2000 orang kerana secara logiknya 10 orang akan makan ekor unta sehari. Malah apabila pintu kayu tebal dijumpai, Salahuddin mengarahkan tenteranya menggali parit dan membakar pintu dari arah luar. Disebabkan tentara salib tidak tahan panas, mereka membuka pintu dan semua tentera salib ditawan tanpa menitiskan darah langsung!

Cukup selaras dengan ajaran Tsun Zu, menewaskan musuh tanpa berlawan adalah kejayaan yang paling sempurna.

Tentera Birnis yang cuba menyerang Salahuddin secara sembunyi di Baniyas juga tertipu apabila Salahuddin berpura-pura meninggalkan Baniyas kemudian kembali menawan Birnis. Perjanjian damai seketika dibuat pada saat tersebut manakala Birnis dibebaskan.

Memusnahkan sumber musuh tanpa menghakis nilai kemanusiaan.

Semasa Salahuddin mengepung Kota Sinjir yang tinggi dan kukuh, beliau dapati walaupun dikepung hampir sebulan, ia belum berjaya mengalahkan musuh. Selepas melakukan solat hajat, Salahuddin mendapati terdapat aliran air sungai masuk ke kota dan ia menjadi sumber air musuh.

Salahuddin melarang tenteranya meracuni air sungai itu kerana Islam melarang merosakkan air. Beliau berusaha mengubah aliran air agar air tidak masuk ke dalam kota sahaja. Dalam beberapa hari sahaja tentera Sinjir menyerah diri.

Menyatukan dua gergasi

Selepas menunjukkan prestasi yang cemerlang menawan kota berhampiran Baitulmaqdis, Salahuddin mengutus surat kepada dua Khalifah iaitu di Baghdad (Abbasiyyah) dan di Cordova (Umayyah) untuk bersatu menentang tentera Salib. Hal ini menjadi sejarah kerana tiada seorang individu pun yang berjaya menyatukan dua kerajaan gergasi ini dalam sesuatu isu atau hal melainkan dilakukan oleh Salahuddin.

Rahsia pedang

Sebenarnya kekuatan tentera Mamluk pimpinan Salahuddin tidak terletak kepada kepimpinan Salahuddin semata-mata, tetapi ia melibatkan kekuatan teknologi ketenteraan pada waktu itu yang melebihi kekuatan teknologi dunia Barat.

Daripada banyak teknologi ketenteraan yang dirintis oleh dunia Islam pada waktu itu, terdapat satu teknologi yang sehingga sekarang tidak dapat dirungkai dengan terperinci oleh saintis dari Barat iaitu teknologi pembuatan Pedang Damsyik![2]

Kota Damsyik yang kini ibu negara Syria (negara Sham) turut terkenal dengan peralatan pedang hinggakan Suyuf ad Damasy atau pedang Damsyik pernah disebut dalam kitab Al-Kindi. Keistimewaan Salahuddin Al-Ayubi telah dibongkar oleh Prof. Dr. Peter Paufler dan kumpulannya di Teknikal Universiti Dresden, Jerman apabila mereka menemui carbon nanotube di dalam pedang yang digunakan oleh Salahuddin Al-Ayubi dan tentera-tentera Islam dalam peperangan salib. Carbon nanotube inilah yang telah menjadikan pedang-pedang pejuang Islam sangat istimewa, mulur tetapi amat tajam. Penemuan ini telah diterbitkan oleh jurnal Nature (antara jurnal saintifik paling berpengaruh di dunia) tahun 2006 (www.nature.com).

Ketajaman Pedang Damsyik ini turut digeruni oleh tentera-tentera salib pimpinan Birnis dan Raja Richard the Lion Heart. Ini kerana pedang ini mampu menembusi perisai dan baju besi milik mereka. Bahkan, pedang ini mampu mematahkan pedang mereka dengan sekali hayunan. Ketajaman Pedang Damsyik merupakan salah satu sebab kemenangan besar Islam dalam siri-siri peperangan Salib itu.

Dalam satu peristiwa, Salahuddin telah memenggal kepada Raynald de Chatillon akibat perbuatan kejinya yang membunuh ratusan orang Islam dan Yahudi yang tidak bersalah. Salahuddin yang terkenal adilnya telah mencantas kepala Raynald de Chatillon dengan pedang miliknya yang diperbuat daripada besi Damsyik itu seperti memotong roti.

Pengiktirafan Barat

Salahuddin mendapat reputasi besar di Eropah sebagai seorang panglima yang berjaya, sehinggakan wujudnya pada abad ke-14 sastera epik mengenai kejayaannya, dan Dante meletakkannya di kalangan roh baik dalam karya Limbo. Salahuddin muncul sebagai sebuah watak dalam karya tulisan Sir Walter Scott iaitu The Talisman (1825).

Salahuddin Al-Ayubbi amat dihormati di kalangan para bangsawan Kristian terutamanya Raja Richard. Raja Richard pernah memuji Salahuddin sebagai seorang putera agung dan merupakan pemimpin paling hebat dalam dunia Islam. Selepas perjanjian damai ditandatangani, Richard dan Salahuddin bertukar-tukar hadiah di antara satu sama lain sebagai lambang kehormatan. Walau bagaimanapun kedua-dua pemimpin ini tidak pernah bersua muka.

Stanley Lane-Poole (penulis Barat) dalam bukunya Saladin and the fall of the Kingdom of Jerusalem mengesahkan, kebaikan hati Salahuddin mencegahnya daripada membalas dendam. Tenteranya sangat bertanggungjawab, menjaga peraturan di setiap jalan, mencegah segala bentuk kekerasan sehingga tidak ada kedengaran orang Kristian dianiaya. Selanjutnya Lane-Poole bercerita mengenai tindak-tanduk tentera Kristian ketika menawan Baitulmaqdis kali pertama pada 1099 M. Tercatat dalam sejarah bahawa ketika Godfrey dan Tancred menunggang kuda di jalan-jalan Jerusalem, jalan itu dipenuhi mayat, orang Islam yang tidak bersenjata diseksa, dibakar dan dipanah dari jarak dekat di atas bumbung dan menara rumah ibadat.



Beliau meninggal dunia pada 27 Safar 589 Hijrah (1193 Masihi) pada usia 55 tahun di Damsyik, Syria selepas memerintah selama 25 tahun. Beliau sakit selama 14 hari sebelum menghembuskan nafas terakhir.



Beliau meninggal dunia tanpa meninggalkan sebarang harta untuk diwariskan. Beliau dikatakan hanya memiliki 47 dirham wang perak dan 1 dinar wang emas. Urusan penyelenggaraan jenazah ditanggung oleh keluarga beliau, manakala kain kafannya diberikan oleh para menteri.

kh umar al-khattab

Sumbangan Khalifah Umar bin al-Khattab

Berasal dari bani Adi. Tarikh lahir pada tahun 583M. nama sebenar Umar Al-Khattab bin Naufal keturunan Quraisy. terkenal dengan sifat berani, tegas, dan berterus terang. Cara pelantikannya telah dicadangkan oleh Khalifah Abu Bakar al-siddiq iaitu pada ketika Khalifah Abu Bakar sedang sakit. Cadangan ini telah dipersetujui oleh para sahabat dan orang ramai.

Dalam bidang politik-
Memperkenalkan dasar pentadbiran dan perlantikan pegawai. Beliau telah menubuhkan majlis syura yang dianggotai oleh wakil golongan muhajirin dan Ansar. Beliau membahagikan jajahan islam kepada beberapa wilayah dan melantik wali atau gabenor sebagai ketua yang bertindak sebagai pentadbir awam dan panglima tentera. Penaklukan merupakan polisi negara. Antara wilayah yang berjaya dikuasai ialah Syria, Mesir dan Afrika Utara.

Khalifah Umar juga telah menubuhkan beberapa jabatan penting seperti jabatan tentera, jabatan polis, jabatan percukaian dan jabatan perbendaharaan negara. Jabatan kehakiman pula telah dipisahkan daripada jabatan lain dan untuk mengelakkan salah laku oleh hakim, mereka telah diberikan gaji bulanan yang tinggi iaitu sebanyak 500 dirham.

                Pentadbiran tanah. Tanah-tanah yang dikuasai oleh tentera islam dibahagikan kepada 2 jenis. Tanah dhimmah-tanah bertuan yang ditadbir oleh pemegang-pemegang amanah yang dilantik daripada golongan ahl alayyam, iaitu golongan peneroka (ahl al-fay). Tanah sawafi – tanah tidak bertuan yaang tidak boleh dibeli atau dimiliki oleh sesiapa bagi mengelakkan berlakunya perpecahan antara umat islam.

                Terutama sekali ialah dalam bidang pendidikan, Khalifah Umar telah mengembangkan pengajaran al-Quran dengan menyediakan tempat pembelajaran di kawasan masjid dan beliau juga telah menghantar guru agama ke pelbagai wilayah untuk mengembangkan pendidikan. Contohnya, Abu Sufyan pernah dihantar untuk mengajar orang badwi di kawasan pendalaman.

Mengasakan takwim hijri
-   Beliau menjadikan tahun hijrah Rasulullah s.a.w ke yatrib (madinah) sebagai tarikh permulaan perkiraan kalender bagi umat islam.
-          Pengenalan takwim hijri memudahkan catatan peristiwa-peristiwa selepasnya.
-  Ia memudahkan umat islam mengingati sesuatu peristiwa dan membuat catatan mengenainya.

 Mengasaskan al-diwan ( daftar atau buku catatan)
-       Diwujudkan untuk mencatatkan nama-nama tentera dan keluarga mereka serta jumlah sara hidup masing-masing.
-    Bayaran sara hidup dibuat berdasarkan jasa seseorang terhadap Islam, terutama semasa proses perluasan wilayah.

Khalifah umar telah menyusun sistem ketenteraan dengan membentuk tentera tetap dan tentera sukarela. Tentera tetap telah diberikan gaji dan pakaian seragam. Markas tentera juga telah dibina di bandar utama manakala kubu pertahanan telah dibina di sempadan yang1 menghadap negara musuh seperti di Madinah, Kufah, Fustat dan Basrah.

Dalam bidang ekonomi-
                Untuk meningkatkan ekonomi, khalifah umar telah membina terusan dan tali air untuk menambahkan lagi hasil pertanian seperti Empangan Abu Musa di Basrah dan Terusan Amirul Mukminin sepanjang 111 kilometer di Mesir. Rakyat telah digalakkan meneroka tanah baru untuk pertanian di samping mengusahakan tanah terbiar.

                Khalifah umar telah memperkenalkan pelbagai jenis cukai. Cukai jizyah yang dikenakan terhadap golongan zimmi juga tidak memberatkan. Cukai kharaj pula dikenakan berdasarkan jenis tanaman dan kesuburan tanah. Tanaman barli dikenakan kharaj sebanyak satu dirham, untuk gandum dikenakan cukai dua dirham, sementara anggur dikenakan 10 dirham. Bagi mengawal aliran masuk pendapatan negara melalui sistem jizyah dan kharaj, maka, baitulmal juga telah didirikan oleh khalifah Umar.

Penutup
Dengan kejayaan dan sumbangannya yang besar ini, khalifah umar telah diberikan gelaran Amirul Mukminin atau panglima Agung Mukmim. Khalifah Umar telah memberi banyak sumbangan dalam tamadun Islam sehingga zaman pemerintahannya dikenali sebagai zaman keemasan khilafah. (Tertutup). Pemerintahan Islam kemudiannya diteruskan lagi oleh khalifah seterusnya. Yang kemudiannya telah menyumbangkan banyak kepada pembangunan Islam sehingga Islam berjaya berkembang hingga ke hari ini. 


kh umar bin abd aziz

Umar bin Abdul Aziz Pemerintah Yang Amanah Khalifah Umar bin Abdul Aziz, adalah seorang Khalifah Bani Umaiyah. Pada suatu malam tatkala baginda sedang tekun bekerja di bilik istananya, tiba-tiba seorang putranya masuk untuk membincangkan sesuatu hal. Baginda bertanya. “urusan kerajaankah? Atau urusan keluarga yang hendak kamu bincangkan?” Jawab anakandanya, “urusan keluarga, ayahanda.” Tiba-tiba baginda memadamkan lampu yang terletak di mejanya yang digunakan untuk menerangi bilik kerjanya itu. Putranya merasa hairan melihat sikap ayahnya itu seraya bertanya: "Kenapa ayah padamkan lampu itu?" Maka jawab ayahnya: "Benar kata kau wahai anakku, tetapi kau harus ingat lampu yang sedang ayah gunakan untuk bekerja ini kepunyaan kerajaan. Minyak yang digunakan itu dibeli dengan menggunakan wang kerajaan, sedang perkara yang hendak anakanda perbincangkan dengan ayahanda adalah perkara keluarga." Lantas baginda meminta pembantunya membawa lampu dari bilik dalam. Kemudian baginda pun berkata kepada putranya: "Sekarang lampu yang baru kita nyalakan ini adalah kepunyaan keluarga kita, minyak pun kita beli dengan wang kita sendiri. Sila kemukakan apa masalah yang anakanda perbincangkan dengan ayahanda." Demikianlah besarnya sifat amanah dari seorang pemimpin berkalibar selaku seorang raja yang berjiwa besar.
Siapakah Umar Abdul Aziz ini? Nama beliau ialah Umar Bin Abdul Aziz. Ayahnya bernama Abdul Aziz Bin Marwan manakala ibunya ialah Laila Binti 'Asim. Beliau merupakan khalifah pada zaman Umayyah. Aha. Pernah tak dengar kisah gadis bersama ibunya yang enggan mencampurkan susu dengan air? Pada ketika itu Saidina Umar al-Khattab sedang membuat penyamaran dan terdengar perbualan ibu dan anak ini. Kisah ini amat popular saya kira.  Gadis ini telah dinikahkan oleh Umar Al-Khattab dengan anak lelakinya yang bernama 'Asim. Daripada perkahwinan inilah lahirnya ibu kepada Umar Bin Abdul Aziz ini iaitu Laila Bin 'Asim.  Harapan Umar Al-Khattab sewaktu mengahwinkan anaknya dengan gadis yang jujur itu amatlah besar. Katanya, "Semoga lahir dari keturunan gadis ini bakal pemimpin yang hebat kelak yang akan memimpin orang-orang Arab dan Ajam."  Penyatuan Abdul Aziz Bin Marwan dan Laila Binti 'Asim ini melahirkan seorang Umar Bin Abdul Aziz. Beliau merupakan cicit kepada Umar al-Khattab.  Walaupun ayahnya orang Mesir, khalifah Umar Bin Abdul Aziz ini membesar di Kota Madinah. Beliau diasuh oleh Abdullah Bin Umar Al-Khattab; abang kepada  'Asim. Beliau juga diasuh oleh para sahabat Rasulullah seperti Anas Bin Malik, Abdullah Bin Mas'ud dan Abdullah Bin Jaafar Bin Abu Talib.  Ketika kecil, Umar Abdul Aziz sudah menghafal Al-Quran. Beliau juga menguasai banyak ilmu syariah. Diperkatakan bahawa solatnya persis solat Rasulullah SAW.  Ketokohan yang dimiliki oleh Umar Abdul Aziz membuatkannya dilantik menjadi gabenor pada usia 25 tahun. Kemudiannya beliau dilantik menjadi khalifah ketika berumur 37 tahun. Hebat bukan sosok seorang Umar Abdul Aziz ini? Beliau telah pun diberi kepercayan memimpin umat Islam ketika usia yang muda.  Ada satu keistimewaan yang menarik minat saya mengenai Umar Abdul Aziz ini. Beliau merupakan seorang yang paling banyak menangis kerana takutkan balasan api neraka ALLAH.  Umar Abdul Aziz menangis saat membaca ayat ke-12 hingga 14 surah Al-Furqan yang bermaksud, "Apabila ia (neraka) melihat mereka dari tempat yang jauh, mereka mendengar suaranya yang gemuruh kerana marahnya. Dan apabila mereka dilemparkan ke tempat yang sempit di neraka dengan dibelenggu, mereka di sana berteriak mengharapkan kebinasaan. (Akan dikatakan kepada mereka), "Janganlah kamu mengharapkan pada hari ini satu kebinasaan, melainkan harapkanlah kebinasaan yang berulang-ulang." Sewaktu di rumah pun beliau menangis kerana takutkan api neraka. Sehinggakan anaknya, Abdul Malik datang bertanyakan kenapakah beliau menangis. Beliau menjawab, "Duhai anakku, ayah takutkan balasan ALLAH seandainya ayah menjadi pemimpin yang tidak adil." Padahal, jika kita menelusuri rekod sepanjang 7 tahun pemerintahan Umar Abdul Aziz di Madinah, tidak ada langsung rungutan mahupun aduan daripada penduduk Madinah. Sehinggakan pada akhir Umar Abdul Aziz menjadi khalifah, tidak ada seorang pun yang berhak menerima zakat. Beliau juga mengembalikan harta-harta yang dirampas oleh khalifah terdahulu kepada pemiliknya. Bahkan, beliau meminta isterinya menyerahkan barang-barang perhiasan kepada baitul mal untuk diagihkan kepada penduduk yang lebih memerlukan. Betapa mulianya insan yang bergelar Umar Abdul Aziz ini. Banyak sebenarnya yang kita boleh belajar mengenai ketokohan Umar Abdul Aziz ini. Antaranya ialah berkenaan ketaatan beliau kepada Yang Khaliq. Ketaatan itu membuatkan beliau merasa setiap perbuatannya dilihat oleh ALLAH. Jadi, bagaimana mungkin beliau mampu melakukan sesuatu yang tidak diredhai ALLAH? Kerana setiap gerak gerinya sentiasa di bawah pengawasan Yang Maha Melihat. Okey. Setakat itu dahulu. Bersama kita mencontohi keperibadian khalifah Umar Abdul Aziz ini. Seorang hamba yang taat. Seorang pemimpin yang adil. Seorang anak didik yang gigih menuntut ilmu. Seorang anak yang soleh dan musleh.  Khalifah Umar Abdul Aziz Hidup Sederhana Khalifah Umar Abdul Aziz Hidup Sederhana Suatu hari Khalifah Umar Abdul Aziz berpidato di hadapan kaum muslimin. Sebagaimana biasa, pidato beliau sangat menarik dan memikat para pendengar. Akan tetapi pada kali ini, selain daripada kandungan pidatonya, gerak-gerik Khalifah pun turut menjadi perhatian. Khalifah sering memegang dan mengibas-ngibaskan bajunya ketika berpidato, sesekali di sebelah kanan dan sesekali di sebelah kiri. Dengan demikian orang ramai menyadari bahawa gerakan tangan Khalifah tidak ada hubungannya dengan kandungan pidato. Setelah Khalifah turun daripada tempat berpidato, mereka saling bertanya dan akhirnya diketahui rahsianya. Dikatakan bahwa baju yang dipakai Khalifah baru saja dibasuh dan belum kering. Karena tidak ada baju lagi, maka baju itu dipakainya juga. karena itu beliau selalu mengerak-gerakkan bajunya ketika berpidato agar cepat kering. Ketika Khalifah Umar sakit, pakaian yang dipakainya telah kotor. Muslimah Abdul Aziz kakak Fatimah Abul Malik datang menemui adiknya dan melihat Khalifah yang sedang sakit. "Fatimah, basuhlah pakaian Khalifah itu. Sebentar lagi orang ramai akan masuk menemuinya", tegur Muslimah. "Demi Allah, beliau tidak punya pakaian lagi kecuali yang dipakai itu", jawab Fatimah. Seorang perempuan Mesir telah datang ke Damsyik kerana ingin bertemu dengan Amirul Mukminin Khalifah Umar Abdul Aziz. Dia bertanya-tanya di mana istana Khalifah dan orang ramai menunjukkannya. Sampai saja di rumah yang dimaksudkan, perempuan Mesir itu bertemu dengan seorang perempuan yang memakai pakaian yang sudah lusuh dan buruk dan seorang lelaki sedang bergelimang dengan tanah kerana memperbaiki rumahnya. Perempuan itu bertanya lagi dan ketika mengetahui bahawa perempuan yang ditanya adalah Fatimah isteri Khalifah, dia terkejut luar biasa. Kerena mana ada seorang permaisuri raja yang berkuasa memakai baju buruk seperti itu. Dia merasa takut dan kagum. Akan tetapi Fatimah pandai melayani, sehingga tamu itu merasa suka dan tenang hatinya. "Mengapa puan tidak menutup diri daripada lelaki tukang keruk pasir itu?" tanya perempuan Mesir itu. "Tukang keruk pasir itulah Amirul Mukminin" jawab Fatimah sambil tersenyum. Sekali lagi tamu itu terkejut dan beristighfar. Khalifah Umar tidak mempunyai pelayan kecuali seorang anak-anak lelaki. Dialah satu-satunya khadam dalam istana Umar. Fatimah memberinya makan kacang setiap hari sehingga si pelayan menjadi bosan. "Kacang..kacang...setiap hari kacang," kata si pelayan merungut. "Inilah makanan tuanmu Amirul Mukminin, wahai anakanda," kata Fatimah. Diceritakan bahawa seorang lelaki dan isterinya di Syam telah merelakan anaknya ikut berperang di jalan Allah dan menemu syahid di medang perang. Beberapa masa kemudian dia melihat seorang lelaki dengan menunggang kuda menuju kearahnya. Setelah diperhatikan, ternyata pemuda itu seiras anaknya yang telah meninggal dunia. "Hai, coba kamu lihat pemuda yang berkuda itu, seperti anak kitakan?" kata lelaki itu kepada isterinya. "Semoga Allah merahmati engkau. Janganlah tertipu oleh syaitan. Anak kita sudah syahid, bagaimana bisa menunggang kuda seperti itu?" kata isterinya. Sementara suami isteri itu memperhatikan dengan betul, tiba-tiba pemuda menunggang kuda itu telah berada di hadapannya. "Assalamualaikum." kata penunggang kuda. "Waalikumsalam," jawab kedua-dua suami isteri itu. Ternyata dia memang anaknya, maka terkejutlah kedua ibu bapa itu sambil segera memeluknya. Mereka gembira luar biasa bercampur heran. "Ayah, ibu tetap saja di situ," kata pemuda itu menegur. "Saya bukan seperti ayah dan ibu lagi, demikian juga ayah dan ibu bukan seperti saya. Saya datang pun bukan untuk pulang kepada ayah dan ibu." Kedua ibu bapa faham akan maksud anaknya, mereka pun diam. Kemudian anak itu menerangkan bahawa kedatangannya bukan sengaja. "Sebenarnya aku datang bukan untuk mengunjungi ayah dan ibu, tetapi hanya mengambil kesempatan saja dalam keperluan lain. Yaitu Amirul Mukminin Khalifah Umar Abdul Aziz telah wafat. Golongan syuhada minta izin kepada Allah untuk hadir dalam pengurusan janazahnya. Allah memperkenankan permintaan mereka dan saya termasuk di antaranya." Kemudian dia bertanya keadaan kedua ibu bapanya, menghormatinya dan menjanjikan kebaikan daripada Allah. Setelah itu dia mendoakan ibu bapanya memberi salam lalu pergi. Dengan itu penduduk kampung mengetahui bahawa khalifah mereka, Umar Abdul Aziz telah wafat. Khalifah Umar bin Abdul Aziz jadikan rakyatnya semua kaya, tiada miskin Bicara | Hukum Islam | Politik | Undang-undang Islam Nama sebenar beliau ialah Abu Jaafar Umar bin Abdul Aziz bin Marwan bin Hakam, lahir pada tahun 63H (682M) dan meninggal dunia pada 101H (720M). Beliau adalah pemimpin @ khalifah kepada Bani Umaiyyah yang ke 6, dan telah memerintah selama 2 tahun 5 bulan. Ayahnya adalah Abdul-Aziz bin Marwan, gabenor Mesir dan adik kepada Khalifah Abdul Malik. Ibunya adalah Ummu Asim binti Asim. Umar adalah cicit kepada Khulafa Ar-Rasyidin kedua Umar bin Khattab. Umar bin Abdul Aziz dibesarkan di Madinah dengan bimbingan Ibnu Umar, iaitu salah seorang sahabat nabi yang paling banyak meriwayat hadis. Umar telah menghafaz al-Quran sejak masih kecil lagi serta bergaul dengan para pemuka ahli feqah dan ulama. Merantau ke Madinah untuk menimba ilmu pengetahuan. Beliau telah berguru dengan beberapa tokoh terkemuka seperti Imam Malik bin Anas, Urwah bin Zubair, Abdullah bin Jaafar, Yusuf bin Abdullah dan sebagainya. Kemudian beliau melanjutkan pelajaran dengan beberapa tokoh terkenal di Mesir. Beliau telah dipanggil balik ke Damsyik oleh Khalifah Abdul Malik bin Marwan apabila bapanya meninggal dunia dan dikahwinkan dengan puteri Khalifah, Fatimah binti Abdul Malik (sepupunya). Sifat-Sifat Peribadi Beliau mempunyai keperibadian yang tinggi, disukai ramai dan warak yang diwarisi dari datuknya Saidina Umar bin Al-Khattab. Baginda amat berhati-hati dengan harta terutamanya yang melibatkan harta rakyat. Sesungguhnya kisah Khalifah Umar bin Abdul Aziz yang menyediakan dua lilin di rumahnya, satu untuk kegunaan urusan negara dan satu lagi untuk kegunaan keluarga sendiri tentunya telah diketahui umum dan tidak perlu diulang-ulang. Sebagai seorang yang zuhud, kehidupannya semasa menjadi Gabenor Madinah dan Khalifah adalah sama seperti kehidupannya semasa menjadi rakyat biasa. Harta yang ada termasuk barang perhiasan isterinya diserahkan kepada Baitulmal dan segala perbelanjaan negara berdasarkan konsep jimat-cermat dan berhati-hati atas alasan ia adalah harta rakyat. Ini terbukti apabila beliau dengan tegasnya menegur dan memecat pegawai yang boros dan segala bentuk jamuan negara tidak dibenarkan menggunakan harta kerajaan. Umar bin Abdul Aziz Sebagai Khalifah Beliau dibai'ah / dilantik menjadi Khalifah pada tahun 98H (717M) setelah kematian sepupunya, Khalifah Sulaiman bin Abdul Malik atas wasiat khalifah tersebut. Padahal sebenarnya dia tidak mahukan jawatan itu. Oleh kerana itu dia mengumpulkan orang-orang di masjid untuk solat berjamaah lalu berpidato. Setelah menyampaikan pujian kepada Allah dan bersalawat kepada Nabi, dalam pidatonya dia mengatakan, “Wahai manusia! Saya telah diuji untuk menjalankan tugas ini tanpa diminta pendapat, permintaan dari saya, atau musyawarah kaum Muslimin. Maka sekarang ini saya membatalkan bai'ah yang kalian berikan kepada diri saya dan untuk selanjutnya pilihlah khalifah yang kalian suka!” Tetapi orang-orang yang hadir dengan serempak mengatakan, “Kami telah memilih engkau wahai Amirul Mukminin. Perintah lah kami dengan kebahagiaan dan keberkatan!” Setelah itu dia lalu menyuruh semua orang untuk bertakwa, untuk tidak menyukai dunia dan menyukai akhirat, kemudian berkata, “Wahai manusia! Barang siapa mentaati Allah, wajib ditaati, siapa yang mendurhakai-Nya tidak boleh ditaati oleh seorang pun. Wahai manusia! Taatilah saya selama saya mentaati Allah dalam memerintahmu dan jika saya mendurhakai-Nya tidak ada seorang pun yang boleh mentaati saya.” Lalu dia turun dari mimbar. Kenyataan Khalifah Abdul Aziz yang terakhir di atas iaitu agar taat kepadanya selagi dia taat pada Allah, dan jangan taat padanya jika dia tidak taat kepada Allah, adalah sama sepertimana yang diucapkan oleh Saidina Abu Bakar ketika beliau dilantik menjadi khalifah. Kata-kata Saidina Abu Bakar seperti berikut; ".....Patuhilah aku selama aku mematuhi Allah dan rasulnya. tetapi jika aku tidak mematuhi keduanya maka tiada kewajipan taat atas kalian terhadapku......" (Al Bidayah Wan Nihayah - Imam Ibnu Katsir, mengatakan sanadnya adalah sahih). Maka kita tanya diri kita sekarang, adakah kerajaan dalam negara kita sekarang ini mematuhi Allah? Sedangkan Hukum Hudud yang wajib dan diperintahkan di dalam AlQuran pun satu habuk kita tidak laksanakan. Hari kedua dilantik menjadi khalifah, beliau menyampaikan khutbah umum. Dihujung khutbahnya, beliau berkata “Wahai manusia, tiada nabi selepas Muhammad s.a.w dan tiada kitab selepas alQuran, aku bukan penentu hukum malah aku pelaksana hukum Allah, aku bukan ahli bid’ah malah aku seorang yang mengikut sunnah, aku bukan orang yang paling baik dikalangan kamu sedangkan aku cuma orang yang paling berat tanggungannya dikalangan kamu, aku mengucapkan ucapan ini sedangkan aku tahu aku adalah orang yang paling banyak dosa di sisi Allah” Beliau kemudian duduk dan menangis "Alangkah besarnya ujian Allah kepadaku" sambung Umar Ibn Abdul Aziz. Beliau pulang ke rumah dan menangis sehingga ditegur isteri “Apa yang Amirul Mukminin tangiskan?” Beliau menjawab “Wahai isteriku, aku telah diuji oleh Allah dengan jawatan ini dan aku sedang teringat kepada orang-orang yang miskin, ibu-ibu yang janda, anaknya ramai, rezekinya sedikit, aku teringat orang-orang dalam tawanan, para fuqara’ (orang-orang fakir) kaum muslimin. Aku tahu mereka semua ini akan mendakwaku di akhirat kelak dan aku bimbang aku tidak dapat jawab hujah-hujah mereka sebagai khalifah kerana aku tahu, yang menjadi pembela di pihak mereka adalah Rasulullah s.a.w." Isterinya juga turut mengalirkan air mata. Setelah mengambil-alih tampuk pemerintahan, Khalifah Umar bin Abdul Aziz telah mengubah beberapa perkara yang lebih mirip kepada sistem feudal. Di antara perubahan awal yang dilakukannya ialah : 1) Menghapuskan cacian terhadap Saidina Ali bin Abu Thalib dan keluarganya yang disebut dalam khutbah-khutbah Jumaat dan digantikan dengan beberapa potongan ayat suci al-Quran 2) Merampas kembali harta-harta yang disalah-gunakan oleh keluarga Khalifah dan mengembalikannya ke Baitulmal 3) Memecat pegawai-pegawai yang tidak cekap, menyalah-gunakan kuasa dan pegawai yang tidak layak yang dilantik atas pengaruh keluarga Khalifah 4) Menghapuskan pegawai peribadi bagi Khalifah sebagaimana yang diamalkan oleh Khalifah terdahulu. Ini membolehkan beliau bebas bergaul dengan rakyat jelata tanpa sekatan tidak seperti khalifah dahulu yang mempunyai pengawal peribadi dan askar-askar yang mengawal istana yang menyebabkan rakyat sukar berjumpa. Selain daripada itu, beliau amat mengambil-berat tentang kebajikan rakyat miskin di mana beliau juga telah menaikkan gaji buruh sehingga ada yang menyamai gaji pegawai kerajaan. Beliau juga amat menitik-beratkan penghayatan agama di kalangan rakyatnya yang telah lalai dengan kemewahan dunia. Khalifah umar telah memerintahkan umatnya mendirikan solat secara berjamaah dan masjid-masjid dijadikan tempat untuk mempelajari hukum Allah sebagaimana yang berlaku di zaman Rasulullah s.a.w dan para Khulafa' Ar-Rasyidin. Baginda turut mengarahkan Muhammad bin Abu Bakar Al-Hazni di Mekah agar mengumpul dan menyusun hadith-hadith Rasulullah s.a.w. Dalam bidang ilmu pula, beliau telah mengarahkan cendikiawan Islam supaya menterjemahkan buku-buku kedoktoran dan pelbagai bidang ilmu dari bahasa Greek, Latin dan Suryani ke dalam bahasa Arab supaya senang dipelajari oleh umat Islam. Dalam mengukuhkan lagi dakwah Islamiyyah, beliau telah menghantar 10 orang pakar hukum Islam ke Afrika Utara serta menghantar beberapa orang pendakwah kepada raja-raja India, Turki dan Barbar di Afrika Utara untuk mengajak mereka kepada Islam. Di samping itu juga beliau telah menghapuskan bayaran Jizyah yang dikenakan ke atas orang yang bukan Islam dengan harapan ramai yang akan memeluk Islam. Khalifah Umar bin Abdul Aziz yang terkenal dengan keadilannya telah menjadikan keadilan sebagai keutamaan pemerintahannya. Beliau mahu semua rakyat dilayan sama adil tidak mengira keturunan dan pangkat supaya keadilan dapat berjalan dengan sempurna. Keadilan yang beliau perjuangan adalah menyamai keadilan di zaman datuknya, Khalifah Umar Al-Khatab, yang sememangnya dinanti-nantikan oleh rakyat yang selalu ditindas oleh pembesar yang angkuh dan zalim sebelumnya. Hari-hari terakhir Umar bin Abdul Aziz Ketika menjelang sakaratul mautnya, umat Islam datang berziarah melihat kedhaifan hidup khalifah sehingga ditegur oleh menteri kepada isterinya, "Gantilah baju khalifah itu", dibalas isterinya, "Itu saja pakaian yang khalifah miliki". Apabila beliau ditanya “Wahai Amirul Mukminin, tidakkah engkau mau mewasiatkan sesuatu kepada anak-anakmu?” Umar Abdul Aziz menjawab: "Apa yang ingin kuwasiatkan? Aku tidak memiliki apa-apa." "Mengapa engkau tinggalkan anak-anakmu dalam keadaan tidak memiliki?" "Jika anak-anakku orang soleh, Allah lah yang menguruskan orang-orang soleh. Jika mereka orang-orang yang tidak soleh, aku tidak mahu meninggalkan hartaku di tangan orang yang mendurhakai Allah lalu menggunakan hartaku untuk mendurhakai Allah." Pada waktu lain, Umar bin Abdul Aziz memanggil semua anaknya dan berkata: "Wahai anak-anakku, sesungguhnya ayahmu telah diberi dua pilihan, pertama: menjadikan kamu semua kaya dan ayah masuk ke dalam neraka, kedua: kamu miskin seperti sekarang dan ayah masuk ke dalam syurga (kerana tidak menggunakan wang rakyat). Sesungguhnya wahai anak-anakku, aku telah memilih syurga." (beliau tidak berkata : aku telah memilih kamu susah) Anak-anaknya ditinggalkan tidak berharta dibandingkan anak-anak gabenor lain yang kaya. Setelah kejatuhan Bani Umayyah dan masa-masa selepasnya, keturunan Umar bin Abdul Aziz adalah golongan yang kaya berkat doa dan tawakkal Umar bin Abdul Aziz. Beliau akhirnya menghembuskan nafasnya yang terakhir setelah memerintah selama 2 tahun 5 bulan. Menurut riwayat, beliau meninggal kerana dibunuh (diracun) oleh pembantunya. 2 tahun 5 bulan satu tempoh yang terlalu pendek bagi sebuah pemerintahan, tetapi Khalifah Umar bin Abdul Aziz telah membuktikan sebaliknya. Dalam tempoh tersebut, kerajaan Umaiyyah semakin kuat tiada pemberontakan dalaman, kurang berlaku penyelewengan, rakyat mendapat layanan yang sewajarnya dan menjadi kaya-raya hinggakan Baitulmal penuh dengan harta zakat kerana tiada lagi orang yang mahu menerima zakat. Kebanyakannya sudah kaya ataupun sekurang-kurangnya boleh berdikari sendiri. Semua ini adalah jasa Khalifah Umar bin Abdul Aziz yang sangat masyhur, adil dan warak yang wajar menjadi contoh kepada pemerintahan zaman moden ini. Hanya dalam masa 852 hari dapat mengubah sistem pemerintahan ke arah pemerintahan yang diredhai Allah dan menjadi contoh sepanjang zaman. satu rekod yang sukar diikuti oleh orang lain melainkan orang yang benar-benar ikhlas! Kesimpulan Marilah sama-sama kita berusaha untuk melantik Perdana Menteri yang berjiwa seperti Khalifah Umar bin Abdul Aziz, yang mana tidak KEDUNIAAN , ZUHUD serta TAWADHU'. Dan membahagikan kekayaan negara sama rata di kalangan rakyat. Adakah anda rasa itu mustahil? Tidak sama sekali sebenarnya. Janji ada kehendak, doa dan usaha, kemudian tawakkal pada Allah s.w.t. Sedangkan Khalifah Umar bin Abdul Aziz boleh lakukan di zamannya, mengembalikan kegemilangan zaman pemerintahan Khulafa Ar-Rasyidin, apa lagi kita di zaman sekarang yang penuh kemudahan dan teknologi. Yang menjadi masalah ialah semangat dan keyakinan kita saja yang kurang. Adakah kita hanya mahu menjadi PEMBACA kepada kisah Khalifah Umar bin Abdul Aziz tanpa mahu mengambil iktibar dan cuba lakukan sedemikian juga? Ingatlah, jika kekayaan dibahagi sama rata, maka tidak akan wujud hasad dengki, rompakan, curi, ragut, pecah rumah, bunuh-membunuh kerana harta dan seumpamanya. Tidakkah anda nampak itu aman seamannya? Dan kepada golongan kaya raya yang makin mahu menambah kekayaan, untuk apa kamu mahu bertambah kaya lagi? Untuk menunjuk-nunjuk hebat di dunia yang sementara ini? Adakah kamu boleh hidup selamanya di atas dunia ini? Berapa tahun sangat umur kamu dapat bertahan? Sedarlah dan jelirlah kepada bisikan-bisikan syaitan yang menghasut nafsu kita agar tidak pernah puas dengan kekayaan yang sedia ada. Buat apa kaya-raya sedangkan hidup dalam ketakutan dan kebimbangan? Bimbang harta dirompak, diragut, dirampas, anak kena culik, isteri kena culik, dikhianat dan sebagainya. Jika kita teruskan dengan konsep dan kaedah yang ada sekarang ini, maka orang kaya akan terus bertambah kaya, dan yang miskin akan tersepit dan makin terkepit. Dan apabila disebut agar berusaha agar rakyat sama kaya semuanya, akan ada lah mulut-mulut 'mengada' yang mengatakan "tu nak suruh rakyat agar malas berusaha lah tu". Atau pun "ini nak suruh kerajaan beri subsidi selalu lah ni". Orang yang cakap begitu biasanya hanya fikir tentang 'perut' sendiri tetapi tidak menghayati dan memahami kesusahan yang dialami oleh saudara-saudara kita yang miskin dan susah di luar sana. “Tidak beriman seorang daripada kamu sehingga dia mengasihi saudaranya seperti mana dia mengasihi dirinya sendiri.” (Hadith Riwayat Bukhari) “Orang mukmin itu dalam kasih sayang dan kemesraan serta simpati sesama mereka bagaikan sebatang tubuh. Jika mana-mana anggota tubuh mengalami kesakitan, maka seluruh tubuh akan merasainya.” (Hadith Riwayat Bukhari) Sedarlah, tidak semestinya semua usaha lebih dan rajin itu akan menjadi kan seseorang itu KAYA. Kadang-kadang, orang yang berusaha lebih, dia tetap miskin. Kadang-kadang orang berusaha sikit saja, tapi dia dah jadi kaya raya. Adakalanya orang-orang bawahan dia yang penat lelah mengkayakan dia. Sedarlah, kekayaan dan kemiskinan itu adalah REZEKI dan UJIAN dari Allah s.w.t. Dia mahu uji dan tengok kita setakat mana kesabaran dan ketahanan kita digoda oleh harta benda. Hinggakan ada kalanya manusia merasakan harta benda itu dia sendiri yang punya, hingga langsung tidak sedar banyaknya AMANAH yang ada dalam hartanya yang nanti akan dipersoalkan di Hari Kiamat kelak. “Ketahuilah oleh kalian, sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan sesuatu yang melalaikan, perhiasan dan bermegah-megah di antara kalian serta berbangga-banggaan dengan banyaknya harta dan anak, seperti hujan yang kerananya tumbuh tanam-tanaman yang membuat kagum para petani, kemudian tanaman itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning lantas menjadi hancur, dan di akhirat nanti ada azab yang keras dan ampunan dari Allah serta keredhaan-Nya, dan kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu.” (Surah Al-Hadid : Ayat 20) Sama-sama lah kita fikirkan dan guna akal yang Allah Ta'ala bagi ini dengan sebaik mungkin. Dan sedarlah, kita ini sudah sekian lama ditipu oleh PENJAJAH dan sampai sekarang pun masih pakai Undang-undang penjajah dan ikut telunjuk penjajah. Rujukan: 1 - tayibah.com 2 - Abdurrahman, Jamal (dalam bahasa Indonesia). Keagungan Generasi Salaf (disertai kisah-kisahnya). Darus Sunnah. 3 - Jalaluddin Suyuthi - Tarikh al-Khulafa (Sejarah Para Khalifah).




Addurus wal ibar - Hijrah ke Madinah


PENGAJARAN DAN RENUNGAN- HIJRAH RASUL SAW (1)
Di muka-muka yang lepas telah kita bicarakan tentang erti hijrah dalam Islam, iaitu di dalam
mauduk hijrah dan perpindahan orang Islam ke Habsyah. Ringkasnya lebih kurang begim: Tuhan telah
meletakkan kesucian agama dan ‘aqidah itu lebih dari yang lain. Tidak ada erti bagi tanah, negara, harta
kekayaan dan pangkat kebesaran sekiranya ‘aqidah dan syi’ar agama terancam, musnah dan disusuhi.
Oleh yang demikian maka Allah mewajibkan ke atas setiap hambanya agar mengorbankan segala-galanya
sekiranya keadaan memaksa demi kepentingan ‘aqidah dan Islam.
Telah kita tegaskan di sini juga, sesungguhnya memang menjadi sunnah Allah di bumi ini telah
menjadikan kekuatan rohani yang ternukil di dalam ‘aqidah kepercayaan yang sihat dan agama yang
benar itu sebagai pengawal kepada kekuatan maddi dan material. Suatu umat yang begitu tebal dan kaya
dengan akhlak susilanya yang sihat, begitu teguh berpegang dengan ajaran agama di kala itu juga
kekuatan materialnya. seperti negara, hartabenda dan pangkat akan kekal lebih utuh dan kukuh.
Andaikata ia papa dan miskin dan segi akhlaq, tidak senonoh dalam kepercayaan ‘aqidahnya, maka
kekuatan materialnya juga turut lemah dan tergugat. Telah kita tugaskan bahawa sejarahlah yang menjadi
saksi utama tentang kebenaran perkara ini.

Untuk demikian maka Allah ‘Azza wajallah telah mewajibkan dasar mengorbankan harta dan
negara demi kepentingan ‘aqidah dan agama sekiranya keadaan memaksa. Dengan berbuat demikian akan
terjamin keselamatan harta benda, negara dan jiwa, walaupun pada mulanya nampak merugikan segalagalanya.
Perpindahan Rasulullah sudah cukup untuk memberi satu bukti yang nyata tentang apa yang
ditegaskan di atas. Secara kasar, tindakan meninggalkan negara itu bererti menghilang atau
melenyapkannya. Pada hakikatnya, itulah sebenamya bentuk pengorbanan dan pemeliharaan yang sejati.
Boleh jadi pembelaan dan pengorbanan itu nampak seolah—olah peninggalan dan pembelakangan.
Baginda telah pulang setelah berada di dalam buangan (hijrah) beberapa tahun ke bumi pertiwinya yang
penduduknya pemah menghalau baginda dengan penuh kemegahan dan kekuatan tanpa diganggu oleh
sesiapapun. Sedangkan dahulunya semua orang menanti-nanti sahaja peluang baik untuk memusnahkan
diri baginda. Tercapai segala-gala ini adalah hasil dan tertegaknya agama dan keagungannya.
Berbalik kita kepada cerita yang telah kita lukiskan tadi, kemudian cuba perhatikan dengan penuh
hemat agar dapat kita ambil beberapa petanda penting untuk panduan kepada setiap Muslim:
(1) Yang paling nyata sekali dan kesan perpindahan baginda ‘Alaihis salatu Wasallam, ialah
tentang tawaran dan pelawaan kepada Abu Bakar untuk menyertai bersama-sama baginda sebagai teman
di dalam perjalanan yang mulia itu.
Para ‘ulama’ seluruhnya telah mengambil kesimpulan tentang betapa kasih dan sayangnya
Rasulullah terhadap Abu Bakar RadiyaLlahu ‘anhu. Beliau adalah sahabat yang paling akrab sekali. Oleh
yang demikian maka beliau lebih utama memegang tampuk pemerintahan dan jawatan khalifah selepas
baginda SallaLlahu ‘alaihi Wasallam wafat. Untuk menguatkan lagi hujah ini masih terdapat beberapa
peristiwa lain yang antaranya ialah pemilihan yang dibuat oleh Rasulullah terhadap Abu Bakar
RadiyaLlahu ‘anhu buat menggantikan baginda menjadi imam sembahyang bersama orang ramai semasa
baginda sakit. Di sana beliau enggan menyuruh orang lain. Begitu juga hadith yang bermaksud:—
“Kalaulah hendakku jadikan teman kesayangan maka Abu Bakarlah teman kesayanganku”.
Dari mula lagi kita dapat melihat atau perhatikan di samping keistimewaan-keistimewaan yang
mulia, yang telah dianugerahkan kepadanya oleh Allah Subhanahu Wata’ala, beliau juga contoh tauladan
seorang sahabat setia dan jujur malah mengorbankan segala-gala apa yang termiik olehnya jiwa, raga dan
seluruhnya demi perjuangan Rasulullah. Bukankah sudah kita perhatikan di mana beliau enggan
melepaskan Rasulullah masuk dahulu ke dalam gua, sebaliknya beliau sendiri mendahuluinya bagi
memastikan apakah terdapat binatang buas, ular yang bisa atau bahaya yang lain yang akan mengancam
keselamatan Rasulullah. Biarlah beliau yang musnah asalkan Rasulullah selamat. Kita perhatikan lagi di
mana beliau telah mengatur serta mengerahkan tenaga putera-puteri beliau. orang suruhan dan gembala
kambingnya demi menggabungkan tenaga bakti dan pengorbanan untuk dicurahkan demi kepentingan
Rasulullah dan melicinkan perjalanan yang mulia lagi jauh itu.
Demi sesungguhnya itulah kewajipan yang mesti ditauladani oleh setiap Muslim yang telah
beriman dengan Allah dan RasulNya. Sebagai sokongan kepada tindakan Abu Bakar ini, Rasulullah telah
bersabda yang bermaksud: “Tak beriman seseorang itu kecuali setelah aku ini (Rasulullah) lebih kasih
kepadanya dan anak, ibu-bapanya dan manusia seluruhnya”. (Hadith yang dipersetujui ramai).
(2) Mungkin terlintas di sanubari kita untuk membuat perbandingan di.antara hijrah ‘Umar bin Al
Khattab RadiyaLlahu ‘anh dengan hijrah Rasulullah di mana akan timbul pertanyaan; “Kenapa Saiyyidina
‘Umar berhijrah secara terang terangan malah mencabar puak Quraisy dan Musyrikin pula tanpa takut
dan gentar sesuatu pun, sedangkan Rasulullah pula keluar bersembunyian serta berjaga-jaga. Apakah
Saiyyidina ‘Umar lebih berani dan lebih gagah dari Rasulullah?”
Sebagai jawapan, tindakan ‘Umar bin A1-Khattab dan orang Islam yang lain selain dari
Rasulullah adalah tindakan perseorangan semata-mata, tidak boleh dijadikan hujjah dan dalil dalam
syari’ah tiap seorang bebas untuk memilih cara dan jalan untuk ia bentindak keselesaan jiwanya seimbang
dengan keberanian dan keimanannya dengan Allah Subhanahu Wata’ala.

Apa yang dilakukan oleh Rasulullah adalah suruhan dan perintah. Segala tindakan baginda
berhubung dengan agama adalah syari’ah. Oleh yang demikian maka Sunnah dan Hadith Rasulullah iaitu
cabangan dan ucapan, tindakan, perangai dan persetujuannya menjadi sumber kedua dalam syari’ah
Islam. Andaikata Rasulullah telah bertindak seperti mana yang telah dilakukan oleh Sayyidina ‘Uman,
maka manusia melihat dan mengira inilah cara yang diwajibkan, tidak harus berjaga-jaga, berwaspada
dan bersembunyi di kala bahaya; sedangkan Allah ‘Azza Wajalla, telah menegakkan syari’atNya di dunia
ini mengikut musababnya. Sebenarnya segala-galanya itu adalah Allah yang menyebabkan demikian.
Untuk demikian itulah maka Rasulullah telah menggunakan sebab-sebab dan cara—cara yang
nyata, yang terdaya difikirkan oleh akal fikiran manusia di waktu-waktu seumpama ini agar tidak
tertinggal suatu jalan pun tanpa dipergunakan, ‘Ali bin Abi Talib RadiyaLlahu ‘anh tinggal di tempat
tidur serta menyelimut dengan kain selimut. Baginda juga mengambil salah satu orang Musyrikin setelah
dipastikan kejujurannya untuk menunjukkan jalan-jalan yang tidak disangka oleh pihak seteru. Kemudian
baginda tinggal bersembunyi di dalam gua selama tiga hari dan seterusnya. Segala apa sahaja yang dapat
dipergunakan untuk keselamatannya yang terfikir oleh ‘akal manusia, telah dipergunakan dengan tujuan
menerangkan kepada manusia umum bahawa untuk beriman kepada Allah ‘Azza Wajalla, tidak salah atau
bertentangan untuk mengambil kesempatannya menggunakan alasan dan sebab-sebab yang wajar, yang
memang merupakan iradat Tuhan menjadikan sebab—sebab dan upaya ikhtiar itu untuk manusia.
Berteduh dan berselindung di dalam gua bukanlah membuktikan yang baginda takut atau pengecut
takut jatuh ke tangan Musyrikin sebelum sampai ke Madinah. Sebagai buktinya, bila saja helah-helah
pengeliruan yang boleh dipergunakan sudah tidak ada lagi (iaitu dikatakan sebab—sebabnya tadi) dan
orang—orang musyrikin merayau—rayau di keliling gua Sekiranya mereka perhatikan dari bawah akan
ternampaklah mereka berdua yang tersembunyi itu, di kala itu Abu Bakar terasa takut dan curiga maka di
masa itu Rasulullah menegaskan pada Abu Bakar untuk menenangkan hati beliau dengan katanya:
“Apakah perasaan tuan hamba bahawa Allah berada di samping kita berdua.” Kalaulah benar-benar
Rasulullah bergantung sepenuhnya kepada helah semata-mata sudah pasti akan terasa takut bilamana
helah dan cara pengeliruan tadi sudah tiada lagi.”
Dan sini dapatlah kita simpulkan bahawa menggunakan helah-helah dan kewaspadaan tadi adalah
salah satu tugas yang disuruh oleh agama. Setelah helah-helah tadi sudah tidak ada atau tidak guna lagi
maka hati dan jiwa kembali menyerah kepada Allah ‘Azza Wajalla dengan penuh harapan dengan
pembelaan dan taufiqnya. Segala peristiwa ini adalah untuk seluruh kaum Muslimin mengambil
pengajaran bahawa untuk menggantungkan harapan di dalam segala urusan tidak harus diharap dan
diarahkan kecuali kepada Allah ‘Azza Wajalla sahaja dan perlu diingat bahawa tindakan ini tidak
bertentangan dengan usaha menggunakan sebab musabab, usaha ikhtiar atau helah daya manusia yang
dijadikan Allah di seluruh ‘alam.
Di antara bukti yang nyata tentang apa yang kita katakan tadi ialah perasaan Rasulullah ketika
Suraqah pemburu yang cuba membunuh baginda sudah begitu hampir maka di masa itu baginda akan
terasa gentar dan takut kerana baginda semata— mata bergantung kepada helah semata-mata saja. Tetapi
apa yang kita lihat Rasulullah tidak menoleh langsung ke belakang untuk melihat apakah pemburu itu
sudah hampir atau masih jauh lagi. Apa yang dilakukan oleh Rasulullah di masa itu ialah membaca,
berzikir dan memohon restu dan Tuhannya kerana baginda yakin, Allah Subhanahu Wata’ala yang telah
memerintahkannya berhijrah maka Allah jua yang melindunginya dari manusia durjana dan kejahatan
mereka.
(3) Kelewatan Saiyyidina ‘Ali di Makkah ialah untuk membereskan segala amanah yang telah
diamanahkan orang orang Makkah kepada baginda di masa sebelumnya. ini menunjukkan suatu petanda
yang terang tentang pertentangan yang ganjil di kalangan kaum musyrikin, dalam masa mereka menuduh
Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam ini sebagai seorang penipu, pendusta, tukang tenung dan
sebagainya. Mereka tidak berjumpa dengan seorang yang lebih amanah dan jujur dan Nabi Muhammad,
harta dan barang—barang yang hendak ditinggalkan mereka amanahkan kepada Rasulullah...Inilah yang
menunjukkan kekufuran ketidakpercayaan mereka dengan Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam
bukanlah kerana sangsi dan syak wasangka mereka terhadap Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam,

tetapi kerana bongkak senta takabbur dengan apa yang dibawa oleh Muhammad SallaLlahu ‘alaihi
Wasallam, juga kerana takut-takut akan hilang kuasa dan tangan mereka.



PENGAJARAN DAN RENUNGAN- HIJRAH RASUL SAW (2)

(4) Dapat kita perhatikan juga kesungguhan ‘Abdullah bin Abu Bakar RadiyaLlahu ‘anhuma
melakukan segala apa yang diperlukan oleh Rasulullah. Antaranya berulang-alik antara Makkah dan gua
tempat persembunyian, mengintip rahsia dari kalangan kaum musyrikin Makkah dan membawa
kepengetahuan Rasulullah dan bapanya. Begitu juga kakaknya Asma’ RadiyaLlahu ‘anhuma yang
bertungkus lumus menyediakan makanan dan kenderaan serta keperluannya. Semuanya ini memberikan
kita suatu gambaran yang wajib dibeban oleh setiap Muslim lelaki maupun perempuan ke jalan Allah
demi untuk melaksanakan seluruh prinsip Islam dan menegakkan sebuah masyarakat Islam sejati. Tidak
memadai setakat untuk diri sendiri atau setakat beribadat sahaja. Malah mestilah dicurahkan segala daya
dan tenaga yang terdapat dengan penuh kesungguhan ke arah kepentingan Islam. Itulah kelebihan dan
keistimewaan setiap pemuda demi Islam dan Muslimin di setiap masa.
Demikianlah kalau kita perhatikan mereka yang bersama sebilangan besar adalah terdiri dari
kasteria yang belum melewati batas usia keremajaan. Mereka ini tidak akan membuang masa dengan
percuma tanpa suatu malah mereka menggunakan segala tenaga, daya dan usaha yang terdaya demi
menegakkan Islam dan mendirikan masyarakatnya.
(5) Tentang apa yang terjadi ke atas Suraqah dan kudanya ketika memburu Rasulullah tidak harus
diihat begitu sahaja tanpa mengambil suatu pengajaran bahawa itulah mukjizat luar biasa kepada
Rasulullah. Perkara ini dipersetujui oleh semua imam hadith tentang kebenaran dan sahihnya. Di antara
mereka ialah Al-Bukhari dan Muslim. Mu’jizat ini adalah salah satu di antara kejadian mu’jizat yang
pernah kita perkatakan dahulu.
(6) Di antara peristiwa mu’jizat yang telah temampak ialah ketika Rasulullah hendak keluar dari
rumahnya yang telah dilengkungi oleh Musyrikin yang bertujuan jahat, iaitu membunuh paduka
Rasulullah tetapi gerombolan dan pemuda yang tahan lasak yang berniat jahat itu telah terlena sejurus
yang kemudian disusuli dengan tempelak yang lain iaitu menabur tanah ke atas kepala mereka semasa
Rasulullah keluar berlalu dan rumahnya itu sambil baginda membaca sepotong ayat Al Qur’an yang
bermaksud: “Dan Kami adakan di hadapan mereka dinding dan Kami tutup (mata) mereka sehingga
mereka tidak dapat melihat.”
Peristiwa mu’jizat ini dianggap sebagai pengisytiharan Allah Ta’ala kepada seluruh kaum
Musyrikin untuk setiap masa dan di mana mereka berada, bahawa segala macam penyiksaan dan
gangguan yang sengaja dilakukan ke atas baginda kerana agama yang dibawanya itu, tidaklah bererti
yang Allah Subhanahu Wata’ala telah membelakangkan atau meninggalkan baginda keseorangan tanpa
pertolongan. Bagi pihak Musyrikin dan kuncu-kucunya mereka tidak harus bergelak ketawa dengan
penyiksaan dan penganiayaan mereka itu kerana pertolongan Allah terlalu hampir dan pasti. Kemudahan
Ilahi untuk memberi kejayaan itu akan terlaksana bila—bila masa sahaja.
(7) Sambutan yang meriah yang ditunjukkan oleh pihak Madinah mempamirkan kepada kita suatu
gambaran betapa cintanya mereka kepada Rasulullah dan betapa geloranya perasaan kasih dan cinta orang
Ansar penduduk Madinah lelaki mahu pun perempuan, tua mahupun muda, dewasa dan kanak-kanak
terhadap RasuluLlah; betapanya hebat perasaan sayang mereka sehingga setiap hari mereka keluar
beramai-ramai menanti-nanti ketibaan Rasulullah, dengan tidak menghiraukan panas bahang matahari
yang membakar. Bila matahari membenamkan diri di ufuk barat dan siang menghilang diri baru mereka
menyusur pulang dengan membawa harapan untuk bertemu baginda di esok hari. Setibanya Rasulullah
dengan kuda baginda yang mula melangkah masuk ke pangkuan bumi Yathrib (Al-Madinah) maka hatihati
yang begitu lama diayak oleh gelombang perasaan dengan suara seirama dan senada
mengumandangkan lagu-lagu dan qasidah menggambarkan keriangan mereka dengan ketibaan
Rasulullah, perasaan dan kejujuran mereka dibalas dengan perasaan dan kejujuran yang sama. Nabi
Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam dengan senyum bertanya kepada wanita-wanita Barn Al-Najar
yang mengalunkan nasyid dan lagu-lagu menyambut kedatangan baginda: “Apakah kamu kasihkan daku?
Demi Tuhan sesungguhnya hatiku kasihkan kamu sekelian.”
Fiqh Al-Sirah 1
110
Segala-galanya ini membuktikan kepada kita bahawa kasih Rasululiah bukanlah semata-mata
mengikutinya, tetapi perasaan cinta itu ialah asas dan motif ke arab mengikut dan menta’ati segala
suruhan yang lain. Andaikata tanpa perasaan cinta yang berakar-umbi dari dasar hati maka, tidak akan
timbul keinginan untuk menjalankan suruhan yang lain.
Alangkah sesatnya segolongan yang menganggap apa yang dikatakan cintakan Rasulullah itu
semata-mata mengikut dan berpandu dengan ajaran atau ‘amalan baginda sahaja dengan tidak disertai
suatu perasaan pun. Mereka sudah terlupa bahawa mengikut dan menta’ati yang sebenarnya tidak akan
wujud tanpa didorong oleh suatu perasaan atau didesak oleh tekanan hati sanubari, tidak akan wujud
keinginan untuk mengikuti dan mematuhi suruhan tanpa cinta yang menggoncang seluruh perasaan. Oleh
yang demikian maka Rasulullah telah memperkenalkan kepada kita sukatan atau ukuran keimanan
dengan Allah itu ialah kasih dan cintanya itu mengatasi segala cinta, mengatasi cinta terhadap anak,
ibubapa dan manusia lain. ini menunjukkan yang perasaan cintakan Rasulullah itu setaraf dan sejenis
dengan perasaan cinta kepada anak atau ibubapa. Tegasnya dua perasaan cinta ini mengalir dari perasaan
yang sama. Sekiranya tidak demikian maka tidak sahlah penegasan dan perbandingan di antara keduanya.
(8) Satu lagi gambaran yang kita dapat perhatikan ialah mengenai persinggahan Rasulullah di
rumah Abu Ayyub Al Ansari. Peristiwa ini merupakan satu simbul lagi yang mendedahkan kepada kita
betapa kasih dan cintanya para sahabat Rasulullah kepada baginda.
Apa yang perlu kita titik-beratkan di sini ialah Abu Ayyub dan isterinya yang telah mengambil
berkat jari Rasulullah yang terdapat di makanan yang dikembalikan oleh Rasulullah kepada mereka.
Kesimpulannya ialah mengambil berkat bekas-bekas Rasulullah itu adalah antara ajaran yang disuruh
oleh syara’ dan Islam.
Al Bukhari dan Muslim banyak sekali meriwayatkan kisah-kisah sahabat Rasulullah yang
mengambil berkat dengan bekas-bekas yang telah digunakan oleh baginda untuk berubat, mendapat
jagaan dan taufik dan sebagainya.
Antara kisah yang diriwayatkan oleh Al Bukhari di dalam bab pakaian di bawah tajuk “perihal
uban”, di mana Ummu Salamah isteri Rasulullah telah menyimpan beberapa helai rambut baginda di
dalam botol atau sebagamya, sekiranya salah seorang kena sakit mata atau sakit, mereka akan dikirimkan
sebekas air kepada Ummu Salamah yang kemudian beliau memasukkan helaian rambut tadi ke dalam air
yang dikirim, kemudian mereka meminum air itu dengan harapan akan sembuh dan berkat.
Muslim pula telah membawa suatu riwayat di dalam satu bab di bawah judul “Keharuman peluh
Rasulullah” selalunya baginda menziarahi rumah Ummu Salim dan sering berbaring serta tidur. Pada
suatu hari Rasulullah masuk tidur ke tempat tidurnya, selepas itu Ummu Salim pun pulang, didapati
badan Rasulullah berpeluh, lantas beliau mengambil sekeping kulit membiarkan peluh baginda meleleh
ke atasnya, dan mengambil sesuatu dan peti simpanannya untuk mengesat peluh yang mengalir itu yang
kemudian diperah masuk ke dalam botol. Bila Rasulullah tersedar dan tidur, baginda bertanya: “Apa yang
kamu buat ini wahai Ibnu Salim? Jawabnya “Wahai Rasulullah aku mengharap untuk mendapat berkat
untuk anak cucu kami”. Jawab Rasulullah, “benar apa yang kamu lakukan.”
Begitu juga perihal-perihal yang terdapat dalam kedua dua kitab hadith mengenai para sahabat
yang sering mengambil baki air wudhu’ (air sembahyang) baginda yang tidak habis untuk mendapat
berkat. Begitu juga bekas-bekas lain seperti pakaian dan cawan minuman baginda.
Sekiranya inilah keadaan mereka yang selalu mengambil berkat dan merestui sesuatu dengan
kesan—kesan dan bekas benda dan objek maddiyah maka bagaimana pula dengan mereka yang
mengambil berkat dan restu dan martabah atau kedudukan baginda di sisi Allah? Dan bagaimana pula
berkatnya jika baginda itu rahmat untuk sekelian ‘alam?
Saya rasa memadai setakat ini untuk mengulas perihal peristiwa perpindahan (hijrah) Rasulullah
di mana kita akan memperkatakan selepas ini perihal usaha-usaha mulia yang dilaksanakan oleh paduka
Rasul demi masyarakat baru di Madinah Munawwarah.

 KEIZINAN RASULULLAH KEPADA SAHABATNYA UNTUK BERHIJRAH KE MADINAH
Dugaan yang dihadapi oleh kaum Muslimin iaitu para sahabat RasuluLlah di Makkah ialah
penyiksaan, hamun dan cela yang dilemparkan oleh kaum Musyrikin. Dan bila mereka diberi keizinan
berhijrah maka satu dugaan yang lain pula melanda mereka iaitu dugaan meninggalkan tanah air, harta
benda, rumah tangga dan alat-alat kelengkapan masing-masing.
Sesungguhnya mereka ini benar-benar jujur kepada agama dan setia kepada Tuhan mereka di
hadapan dugaan pertama dan kedua yang disebut tadi. Mereka ini menghadapi dugaan dan pancaroba
dengan penuh kesabaran yang waja dan tekad keazaman yang penuh. Sehingga apabila RasuluLlah
memberi isyarat keizinan untuk berhijrah ke Madinah barulah mereka bergerak ke sana membelakangkan
dan meninggalkan tanah tumpah darah, juga harta kekayaan mereka. Itupun mereka terpaksa keluar
secara sulit dan bersembunyian. Cara ini tidak boleh dilakukan kecuali setelah meninggalkan segala
peralatan dan barang-barang kemas. Mereka tinggalkan segala-galanya ini semata-mata untuk
menyelamatkan agama. Di Madinah sana sudah ada orang yang akan mengganti segala apa yang
ditinggalkan di Makkah. Golongan Ansar menunggu-nunggu ketibaan mereka, untuk memberi segala
pertolongan dan segala kemudahan bagi memulakan penghidupan baru di Madinah.
Inilah sebuah contoh unggul Muslim sejati yang begitu jujur terhadap agamanya. Bagi mereka
tanah tumpah darah dan harta kekayaan tidak mempunyai apa—apa erti asalkan dapat menyelamatkan
agama yang dianutinya.
Inilah perihal keimanan, sikap dan kesetiaan para sahabat RasuluLlah dan Makkah.
Adapun cerita orang-orang Madinah lain pula, mereka dengan penuh ikhlas telah menyambut
kedatangan Muhajirin Makkah ke rumah masing-masing, memberi layanan dan pertolongan yang
sewajibnya. Pendek kata merekalah manusia pertama yang telah memberi tauladan dan contoh yang
unggul ke arah persaudaraan ukhuwwah Islamiyyah yang menyeluruh dan saling cinta mencintai kerana
Allah ‘Azza wajallah semata— mata.
Bukankah engkau lebih mengetahui yang Allah menjadikan persaudaraan dalam Islam itu lebih
kuat dan erat daripada ikatan keturunan darah. Oleh yang demikianlah maka perwarisan harta benda di
permulaan Islam dahulu berasaskan pertalian agama dan persaudaraan atau berhijrah kerananya. sekalian
Fiqh Al-Sirah 1
102
sampai di Madinah, kesemua mereka ini tumpang tinggal bersama—sama sahabat—sahabat dan golongan
Al—Ansar. Pihak Ansar telah memberikan segala bentuk pertolongan, kemudahan, dan layanan yang
baik kepada saudara-saudara mereka dan golongan Muhajirin.
Kanun perwarisan harta ini tidak diubah kepada sistem ikatan keturunan darah kecuali setelah
mana agama Islam lengkap iaitu semasa di Madinah dan umat Islam pun mempunyai negaranya sendiri
yang kuat dan teguh.
Firman Tuhan:
إِنَّ الَّذِينَ آمَنُواْ وَهَاجَرُواْ وَجَاهَدُواْ بِأَمْوَالِهِمْ وَأَنفُسِهِمْ فِي سَبِيلِ اللّهِ وَالَّذِينَ آوَواْ وَّنَصَرُواْ أُوْلَئِكَ بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاء بَعْضٍ
وَالَّذِينَ آمَنُواْ وَلَمْ يُهَاجِرُواْ مَا لَكُم مِّن وَلاَيَتِهِم مِّن شَيْءٍ حَتَّى يُهَاجِرُواْ وَإِنِ اسْتَنصَرُوآُمْ فِي الدِّينِ فَعَلَيْكُمُ النَّصْرُ إِلاَّ عَلَى
( قَوْمٍ بَيْنَكُمْ وَبَيْنَهُم مِّيثَاقٌ وَاللّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِيرٌ ( 72
Yang bermaksud:
“Sesungguhnya mereka-mereka yang beriman dan berhijrah serta berjihad dengan harta dan
nyawanya pada jalan Allah dan mereka-mereka yang memberikan tempat kediaman dan
pertolongan (kepada orang-orang Muhajirin) mereka itu satu sama lain lindung-melindungi. Dan
terhadap mereka-mereka yang beriman tetapi belum berhijrah maka tidak ada kewajipan sedikit
pun atas kamu melindungi mereka, sebelum mereka berhijrah.”
(Surah Al-Anfal: 8 : 72)
Dan perintah berhijrah ini bolehlah kita memetik dua hukum:
(Pertama): Wajib berpindah dan berhijrah dari negara kafir ke negara Islam. Al-Qurtubi telah
meriwayatkan dan Ibnu Al ‘Arabi katanya: “Berhijrah di zaman RasuluLlah adalah wajib dan fardhu —
ianya tetap akan kekal ‘wajib’ hingga ke hari Kiamat — yang putus atau dimansuhkan kerana pembukaan
Makkah, itu semata—mata untuk Nabi sahaja. Kalau seseorang itu tinggal menetap di negara kafir maka
dianggap durhaka — Tafsir Al- Qurtubi.
Begitu juga tempat-tempat lain dianggap sama ta’rifnya dengan negara kafir, andaikata orang
Islam tidak dapat mempraktikkan suruhan agamanya seperti sembahyang, puasa, sembahyang
berjama’ah, mengazan dan sebagainya demi suruhan yang lain.
Dalil yang menunjukkan sedemikian ialah firman Tuhan yang berbunyi:
إِنَّ الَّذِينَ تَوَفَّاهُمُ الْمَلآئِكَةُ ظَالِمِي أَنْفُسِهِمْ قَالُواْ فِيمَ آُنتُمْ قَالُواْ آُنَّا مُسْتَضْعَفِينَ فِي الأَرْضِ قَالْوَاْ أَلَمْ تَكُنْ أَرْضُ اللّهِ وَاسِعَةً
فَتُهَاجِرُواْ فِيهَا فَأُوْلَئِكَ مَأْوَاهُمْ جَهَنَّمُ وَسَاءتْ مَصِيرًا ( 97 ) إِلاَّ الْمُسْتَضْعَفِينَ مِنَ الرِّجَالِ وَالنِّسَاء وَالْوِلْدَانِ لاَ يَسْتَطِيعُونَ
( حِيلَةً وَلاَ يَهْتَدُونَ سَبِيلاً ( 98
Yang bermaksud:
“Sesungguhnya mereka-mereka yang diwafatkan Malaikat dalam keadaan menganiaya diri
sendiri, (kepada mereka) Malaikat bertanya: “Dalam keadaan bagaimana kamu ini?” Mereka
menjawab: “Adalah kami orang-orang yang tertindas di negeri Makkah.” Para Malaikat
berkata: “Bukankah bumi Allah itu luas, sehingga kamu dapat berhijrah di bumi itu?” Mereka itu
tempatnya ialah Jahannam dan Jahannam itu seburuk-buruk tempat kembali. Kecuali mereka
yang tertindas lelaki atau wanita atau kanak—kanak yang tidak mampu, berdaya upaya dan tidak
rnengetahui jalan (untuk hijrah”.
(Surah Al-Nisa’ 4 : 97 — 98)
(Kedua): Selagi terdaya maka wajiblah umat Islam memberikan pertolongan sesama Islam walaupun
berlainan tempat tinggal dan negara. Para ‘ulama dan a’immah (Imam) Islam seluruhnya sepakat
menegaskan, sekiranya berlaku masalah untuk membebaskan tawanan atau memberi pertolongan kepada
yang lemah yang teraniaya daripada orang-orang Islam tetapi masalah ini telah diabaikan dan
ditinggalkan begitu sahaja maka sekalian Muslimin telah melakukan angkara murka dan dosa besar.
Fiqh Al-Sirah 1
103
Abu Bakar bin Al—’Arabi berkata: Sekiranya ada di antara kaum Muslimin ditawan atau pun
lemah maka wajib dihulurkan tangan pertolongan untuk membebaskan mereka, wajib dikorbankan
habis—habisan, kita mesti tampil keluar menyatukan suara dan mengembelingkan tenaga sekiranya
bilangan cukup atau pun membelanjakan harta kekayaan demi membebaskan mereka, biar jangan
tertinggal sesen pun di dalam kocek.
Seperti yang dikatakan bahawa kaum Muslimin wajib tolong menolong antara satu sama lain demi
kepentingan bersama, dan sebaliknya tidak harus bertolongan atau bermuhibbah dengan bukan Islam. Ini
ialah apa yang ditegaskan oleh Allah dálam kitabNya:
( وَالَّذينَ آَفَرُواْ بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاء بَعْضٍ إِلاَّ تَفْعَلُوهُ تَكُن فِتْنَةٌ فِي الأَرْضِ وَفَسَادٌ آَبِيرٌ ( 73
Yang bermaksud:
“Sekali lagi Ibnu A1-’Arabi menegaskan: Allah memutus dan melarang persaudaraan antara
kafir dengan Mu’min, sebagai gantinya ialah persaudaraan sesama Islam dan pihak kafir pula
bersaudara sesama mereka, tolong-menolong demi kepentingan agama dan kepercayaan mereka
sendiri.”
(Surah Al-Anfal 8: 73)
Tidak syak lagi di dalam usaha melaksanakan ajaran Ilahi, ukhuwwah dan bantu-membantu
merupakan asas pertolongan dan kemenangan umat Islam setiap masa, sebaliknya kecuaian pada
menjalankan perintah Allah, inilah punca kemerosotan umat Islam dan perpecahannya yang boleh
dikoyak-koyakkan oleh seterunya (musuh Islam) di mana-mana sahaja.
Adapun orang-orang yang kafir sebahagian mereka menjadi pelindung bagi sebahagian yang lain.
Jika kamu (orang Muslimin) tidak melaksanakan apa yang tidak diperintahkan Allah itu nescaya akan
terjadi kekacauan di muka bumi dan kerosakan yang besar