Sunday, March 22, 2015

musyaqqah tajlibu taisir



1.0 PENGENALAN



Allah telah menciptakan dunia untuk menguji manusia. Sebagai hamba yang sentiasa menerima ujian, kadang-kala Dia menguji manusia dengan kesenangan dan ada masanya dengan kesukaran. Individu yang tidak menilai setiap peristiwa dengan cahaya Al-Quran, gagal menanggapi hikmah di sebalik kejadian lalu mudah putus asa dan lemah pengharapan. Walau bagaimanapun, Allah tetap mendedahkan rahsia paling penting di dalam Al-Quran, di mana hanya hamba yang beriman dan bertaqwa sahaja yang mampu melihat[1]. Rahsia yang dimaksudkan adalah seperti berikut:



¨bÎ*sù yìtB ÎŽô£ãèø9$# #·Žô£ç„ ÇÎÈ ¨bÎ) yìtB ÎŽô£ãèø9$# #ZŽô£ç„ ÇÏÈ [2]

“Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.”



Seperti mana yang Allah telah jelaskan pada ayat-ayat tersebut, walau apapun kesukaran yang dihadapi atau bagaimana ia diatasi, Allah menyediakan jalan keluar dan memberikan berita gembira buat hamba-hambaNya yang beriman. Sesungguhnya, setiap hambaNya akan dapat menyaksikan bahawa Allah sentiasa mengurniakan kemudahan pada kesulitan yang dialami selagi mana hambaNya itu kekal sabar. Dalam firman Nya yang lain, Allah memberikan khabar gembira berupa petunjuk dan rahmat buat para hamba yang sentiasa takut dan mengharap pada Nya.



`tBur È,­Gtƒ ©!$# @yèøgs† ¼ã&©! %[`tøƒxC ÇËÈ çmø%ã—ötƒur ô`ÏB ß]ø‹ym Ÿw Ü=Å¡tFøts† 4 `tBur ö@©.uqtGtƒ ’n?tã «!$# uqßgsù ÿ¼çmç7ó¡ym 4 ¨bÎ) ©!$# à÷Î=»t/ ¾Ín̍øBr& 4 ô‰s% Ÿ@yèy_ ª!$# Èe@ä3Ï9 &äóÓx« #Y‘ô‰s% ÇÌÈ [3]

“...Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka. Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan (keperluannya).”





Allah tidak akan membebankan seseorang melebihi kadar kemampuannya.
Allah Yang Maha Pemurah, Pengasih lagi Maha Adil menyediakan jalan keluar pada setiap kesukaran dan menguji manusia dalam lingkungan kemampuan mereka. Cara pengabadian seorang hamba kepada Allah, kepayahan yang diberi untuk menguji manusia, tanggungjawab yang perlu dipikul oleh seseorang, semuanya adalah pada kadar kemampuan individu itu. Inilah berita gembira buat manusia yang bertaqwa dan ia dijelmakan pada sifat Nya Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Allah menyatakan rahsia ini di dalam firman Nya:



Ÿwur (#qç/tø)s? tA$tB ÉOŠÏKuŠø9$# žwÎ) ÓÉL©9$Î/ }‘Ïd ß`|¡ômr& 4Ó®Lym x÷è=ö7tƒ ¼çn£‰ä©r& ( (#qèù÷rr&ur Ÿ@ø‹x6ø9$# tb#u”ÏJø9$#ur ÅÝó¡É)ø9$Î/ ( Ÿw ß#Ïk=s3çR $²¡øÿtR žwÎ) $ygyèó™ãr ( #sŒÎ)ur óOçFù=è% (#qä9ωôã$sù öqs9ur tb%Ÿ2 #sŒ 4’n1öè% ( ωôgyèÎ/ur «!$# (#qèù÷rr& 4 öNà6Ï9ºsŒ Nä3¢¹ur ¾ÏmÎ/ ÷ä3ª=yès9م šcr㍩.x‹s? ÇÊÎËÈ [4]

“Dan janganlah kamu dekati harta anak yatim kecuali dengan cara yang lebih bermanfaat hingga sampai ia dewasa. Dan sempurnakanlah takaran dan timbangan dengan adil. Kami tidak memikulkan beban kepada seseorang melainkan sekadar kesanggupannya. Dan apabila kamu berkata, maka hendaklah kamu berlaku adil walaupun dia adalah kerabatmu, dan penuhilah janji Allah. Yang demikian itu diperintahkan Allah kepadamu agar kamu ingat.”













2.0 PENGERTIAN KAEDAH FIQH DAN HURAIANNYA

Pengertian kaedah fiqh dapat dibahagikan kepada dua bentuk iaitu dari sudut bahasa dan istilah.



Bahasa

Dari sudut bahasa,perkataan Qawa’id Fiqhiyyah (قواعد فقهية) adalah gabungan daripada dua perkataan iaitu (قواعد) dan (فقهية) .Qawa’id ialah jamak daripada perkataan (قاعدة) [5] Menurut pengertian bahasa ialah asas atau dasar. Sebagaimana yang dinyatakan dalam firman Allah S.W.T :

øŒÎ)ur ßìsùötƒ ÞO¿Ïdºtö/Î) y‰Ïã#uqs)ø9$# z`ÏB ÏMøt7ø9$# ã@ŠÏè»yJó™Î)ur [6]

Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim bersama-sama dengan anaknya,Nabi Ismail meninggikan binaan asas-asas (tapak) Baitullah (Kaabah) itu.



Perkataan (فقهية) pula berasal daripada perkataan al-Fiqh yang membawa maksud al-Fahmu (الفهم) atau membawa erti kefahaman.Oleh itu, perkataan Qawa’id Fiqhiyyah menurut pengertian bahasa ialah dasar-dasar yang berkaitan dengan hukum.







Istilah

Dari sudut istilah Kaedah Fiqh dapat dibahagikan kepada beberapa bentuk.

1. Kaedah Fiqh bermaksud Prinsip Fiqh bersifat umum dalam bentuk nas pendek yang mengandungi hukum umum yang sesuai dengan bahagiannya.Sebagai contoh ialah kaedah al-Darar Yuzal (bahaya mesti dihapuskan).

2. Kaedah Fiqh ialah hukum kulli yang sesuai dengan seluruh bahagiannya.Dalam pengertian yang lain iaitu perkara kulli yang dipraktikkan terhadap perkara-perkara pecahan atau juz’i.

3. Sesuatu kaedah Kulli atau Umum yang bersesuaian dengan juz’iyyah atau bahagian-bahagiannya yang banyak dimana daripadanya diketahui hukum-hukum juz’iyyah



Kaedah Kesukaran Membawa Kemudahan bermaksud apabila terdapat sesuatu kesusahan atau kesulitan dalam menunaikan dan melaksanakan perintah Allah,perintah itu diringankan tidak seperti asalnya.Berdasarkan kaedah tersebut terbentuknya semua hukum rukhsah atau keringanan dalam syariat Islam.Antara lain ia selaras dengan lafaz kaedah) ان كل مأمور يشق علي العباد فعله سقط الأمر به ,وكل منهي شق عليهم اجتنابه سقط النهي عنه) yang bermaksud “Sesungguhnya semua perkara suruhan apabila ia membebankan terhadap hamba atau manusia mengerjakannya,gugur suruhan terhadapnya.Dan segala perkara tegahan membebankan hamba menjauhinya ,gugur tegahan mengenainya”.

Dalam hal yang lain,ia membawa maksud supaya syariat Islam dapat dilaksanakan oleh mukallaf tidak kira pada bila-bila masa dan dimana sahaja berada dengan memberi kelonggaran dan keringanan di saat dan ketika seseorang itu mengalami kesempitan dan kesukaran.Kaedah itu juga diamalkan oleh Rasulullah s.a.w sebagaimana hadis daripada Anas r.a:

كَانَ رَسُولُ اللّه صَلّى اللّهُ عَلَيهِ وَسَلّم اذَا خَرَجَ مَسِيرَة ثَلاَثَةَ أَميَالٍ أَوْ فَرَاسِخَ ,صَلَّى رَكْعَتَيْنِ

Maksudnya: Apabila Rasulullah S.A.W bermusafir pada jarak tiga batu atau farsakh,Baginda sembahyang dua rakaat.

Oleh itu,dalam keadaan musafir diharuskan qasar sembahyang daripada empat rakaat menjadi dua rakaat.Kaedah itu dikenali dalam Usul Fiqh dengan hukum rukhsah (رخصة).Selari dengan kaedah tersebut imam Al-Syafie ada berfatwa dengan lafaz kaedah (اِذَا ضَاقَ الأَمْرُ اتَّسَعَ) yang bermaksud apabila ada kesempitan pada sesuatu perkara ,hukum diperluaskan.



































3.0 SUMBER ASAL KAEDAH

Kaedah ini disimpulkan berdasarkan kepada dalil daripada Al-Quran dan hadis.Antaranya ialah:[7]

3.1 Dalil Al-Quran

Firman Allah s.w.t:

߉ƒÌãƒ ª!$# ãNà6Î/ tó¡ãŠø9$# Ÿwur ߉ƒÌãƒ ãNà6Î/ uŽô£ãèø9$#

Maksudnya :(Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Dia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran

Surah Al-Baqarah 2:185

Allah s.w.t berfirman:

$tB ߉ƒÌãƒ ª!$# Ÿ@yèôfuŠÏ9 Nà6ø‹n=tæ ô`ÏiB 8ltym

Maksudnya :Allah tidak mahu menjadikan kamu menanggung sesuatu kesusahan (kepayahan)

Surah Al-Maidah 5:6



Allah s.w.t berfirman lagi:



$tBur Ÿ@yèy_ ö/ä3ø‹n=tæ ’Îû ÈûïÏd‰9$# ô`ÏB 8ltym

Maksudnya : ….dan Dia tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan dan susah payah dalam perkara agama…

Surah Al-Hajj 22:78



3.2 Dalil Sunnah atau Hadis

Sebagaimana hadis daripada Abu Hurairah r.a:

اِنَّمَا بُعِثْتُمْ مُيَسِّرِينَ وَلَمْ تُبْعَثُوْا مُعَسِّرِينَ

Maksudnya: Sesungguhnya kamu dibangkitkan dengan kesenangan dan tidak dibangkitkan dengan kesusahan.



Hadis riwayat daripada Abu Umamah:

بُعِثْتُ بِالْحَنِيفِيَّةِ السَّمْحَةِ

Maksudnya : Daku diutuskan untuk membawa syariat yang benar dan bertolak ansur.



Hadis daripada Anas Bin Malik r.a:

يَسِّرُواْ وَلاَ تُعَسِّرُواْ

Maksudnya : Pemudahkanlah dan janganlah menyukarkan.



Berdasarkan hadis lain yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a:

اِنَّ هَذَا الدِّيْنَ يُسْرٌ

Maksudnya : Sesungguhnya agama (Islam) ini mudah.







4.0 PENJELASAN BERKAITAN MUSYAQQAH

4.1 Pengertian Musyaqqah

Dari segi bahasa masyaqqah bermaksud sesuatu yang meletihkan. Manakala dari sudut istilah pula masyaqqah digunakan khusus bagi merujuk kepada sesuatu yang pada kebiasaannya mampu dilakukan, tetapi dalam kes tertentu ia telah terkeluar dari batas-batas kebiasaan dan menyebabkan seseorang mukallaf mengalami kesukaran untuk melaksanakannya.Musyaqqah ialah kesukaran dan kesusahan.Sebagaimana firman Allah s.w.t dalam surah An Nahl ayat 7:

Maksudnya : Dan binatang-binatang itu pula membawa barang kamu ke mana-mana negeri yang kamu tidak dapat sampai kepadanya melainkan dengan menanggung susah payah.



Meletakkan bebanan menjadi kesukaran terhadap hamba-hamba. Oleh itu,kesusahan tersebut hendaklah dihindarkan terhadap mukallaf.Berdasarkan dalil tersebut menjelaskan bahawa agama Islam itu membawa konsep kemudahan terhadap umatnya dan memberi keringanan.Namun begitu,mestilah terlebih dahulu menentukan musyaqqah atau kesusahan yang menjadi sebab keringanan.

Dari sudut keadaan yang lain juga,walaupun pada zahirnya dalam syariat Islam dan kehidupan seharian manusia mempunyai tanggungjawab yang mana ia juga berbentuk musyaqqah atau kesusahan. Sebagai contohnya,kewajipan mencari rezeki dengan sepenuh tenaga. Namun sebenarnya itu bukanlah merupakan satu musyaqqah terhadap mereka.Tuntutan tersebut tidak dikira sebagai musyaqqah kerana menurut adat dan kebiasaan tidak menjadi satu bebanan kepada manusia, bahkan ia pula merupakan satu keperluan kepada mereka.

Dalam syariat,antara lainnya juga terdapat kesusahan yang tidak dapat dipisahkan dengan kehidupan. Namun begitu,kesusahan atau musyaqqah tersebut tidak boleh menjadi sebab untuk mewujudkan kemudahan atau keringanan atau rukhsah. Sekiranya dalam hal tersebut dan semua perkara diberi rukhsah sudah pasti manusia tidak akan hidup sempurna.Sebagai contoh,sekiranya mereka tidak berusaha gigih mencari rezeki ,sudah pasti mereka akan kepapaan sedangkan mencari rezeki itu hukumnya adalah wajib,setelah itu barulah berserah kepada Allah s.w.t.

Berdasarkan penjelasan tersebut,dapatlah disimpulkan bahawa musyaqqah atau kesusahan itu tidak dapat dipisahkan dalam kehidupan sebagai seorang manusia.Begitu juga dalam ibadat perlu kepada mujahadah dan taklif.Semua itu tidak dinafikan oleh syarak dan ia tidak boleh dijadikan alasan untuk mendapat kemudahan serta keringanan.



4.2 Tujuan Musyaqqah

Pada dasarnya kaedah: Kesukaran membawa kemudahan mempunyai tujuan tertenu dan dengan memenuhi syarat tertentu iaitu:

a. Musyaqqah atau kesukaran yang mendatangkan kesenangan atau keringanan ialah yang terkeluar daripada garis kesusahan biasa seperti tugas-tugas yang dibebankan itu amat
berat untuk dilaksanakan. Sehingga boleh membawa kepada kemudharatan kepada diri atau harta benda, jadi kesusahan atau kesukaran seperti ini boleh membawa kepada keringanan seperti puasa orang yang sakit boleh membawa kepada bahaya, maka syara' memberi kemudahan kepada pesakit untuk meninggalkannya tetapi ia wajib mengqhadakannya.

b. Adapun musyaqqah atau kesusahan biasa yang tidak boleh dijadikan sebab bagi keringanan atau rukhsah . Iaitu kesusahan yang tidak membawa kemudaratan kepada diri dan jiwa. Contohnya berpuasa pada musim panas dan cuaca panas terik sepanjang hari, tidak boleh menjadi sebab digugurkan taklif atau mengambil rukhsah.





4.3 Pembahagian Musyaqqah

Menurut al-Syatibi masyaqqah terbahagi kepada dua :[8]



a. Masyaqqah biasa (المشقة المعتاد)

Iaitu kesulitan biasa yang boleh dihadapi tanpa mengalami sebarang kemudaratan seperti kesulitan dalam menjalankan ibadah-ibadah fardu, kesulitan mencari nafkah, kesulitan dalam jihad menentang musuh dan seumpamanya. Kesulitan- kesulitan ini tidak membawa kepada keringanan hukum. Kerana ia bertujuan untuk menjaga maslahah manusia di dunia dan akhirat.

b. Masyaqqah luar biasa (المشقة غير المعتاد)

Iaitu kesulitan yang menyebabkan kesengsaraan yang biasanya tidak mampu ditanggung oleh manusia biasa dan membawa kepada kemudaratan, mencacatkan sistem hidup dan membantut usaha melakukan sesuatu yang bermanfaat.



Masyaqqah luar biasa boleh dibahagikan kepada tiga peringkat:



i. Kesulitan dan kepayahan yang besar dan berat. Contohnya kesusahan yang menimbulkan kebimbangan berlaku kemudaratan kepada diri dan anggota badan akibat dari puasa berpanjangan dan qiamullail yang berterusan. Masyaqaah ini mewajibkan takhfif (keringanan) kerana menjaga diri untuk melakukan ibadat lebih utama dari memudaratkannya hingga menghalang daripada melakukan ibadah.

ii. Kesulitan yang ringan. Contohnya kesakitan yang boleh ditanggung. Masyaqqah ini tidak diambil kira kerana menghasilkan maslahah itu lebih utama dari menghilangkan kesulitan yang sedikit itu.

iii. Kesulitan yang pertengahan. Misalnya kesakitan biasa. Hukumnya tertakluk kepada kesulitan itu sendiri, sekiranya ia hampir kepada tahap masyaqqah yang berat maka ia perlu diringankan. Sekiranya hampir kepada masyaqqah yang ringan, ia sebaliknya.





















5.0 RUKHSAH DALAM SYARIAT

Menurut ulama usul fiqh, rukhsah syar’iyyah didefinisikan sebagai hukum-hukum yang disyariatkan oleh Allah s.w.t dengan mengambil kira keuzuran manusia. Manakala ulama dalam kalangan mazhab Syafie mentakrifkannya sebagai hukum yang menyanggahi dalil kerana keuzurannya. Ulama mazhab Syafie membahagikan rukhsah kepada lima bahagian :[9]


Rukhsah wajib

Contohnya memakan bangkai ketika darurat, berbuka puasa kerana terlalu lapar dan dahaga yang boleh membawa kepada kebinasaan diri dan minum arak untuk memboloskan makanan yang tersekat di kerongkong ketika tiada minuman lain. Ia wajib dilakukan bagi menjaga nyawa. Hal demikian berdasarkan firman Allah s.w.t:



(#qà)ÏÿRr&ur ’Îû È@‹Î6y™ «!$# Ÿwur (#qà)ù=è? ö/ä3ƒÏ‰÷ƒr'Î/ ’n<Î) Ïps3è=ök­J9$# ¡ (#þqãZÅ¡ômr&ur ¡ ¨bÎ) ©!$# =Ïtä† tûüÏZÅ¡ósßJø9$# ÇÊÒÎÈ

Maksudnya :“Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan”.


Rukhsah sunat

Contohnya seperti mengqasarkan sembahyang ketika perjalanan dan berbuka puasa kerana sakit atau dalam perjalanan (musafir). Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Ia merupakan sedekah yang disedekahkan oleh Allah kepada kamu, maka terimalah sedekahnya”.





iii. Rukhsah harus

Seperti akad jual salam, bai’ al-araya, akad sewaan dan sebagainya. Ia diharuskan kerana keperluan.




Rukhsah khilaf al-awla

Seperti melafazkan kekufuran ketika dipaksa dalam keadaan hati tetap beriman dan berbuka puasa ketika dalam perjalanan bagi orang yang tidak mengalami sebarang kesulitan. Berdasarkan firman Allah s.w.t :



$YB$­ƒr& ;NºyŠr߉÷è¨B 4 `yJsù šc%x. Nä3ZÏB $³ÒƒÍ£D ÷rr& 4’n?tã 9xÿy™ ×o£‰Ïèsù ô`ÏiB BQ$­ƒr& tyzé& 4 ’n?tãur šúïÏ%©!$# ¼çmtRqà)‹ÏÜム×ptƒô‰Ïù ãP$yèsÛ &ûüÅ3ó¡ÏB ( `yJsù tí§qsÜs? #ZŽöyz uqßgsù ׎öyz ¼ã&©! 4 br&ur (#qãBqÝÁs? ׎öyz öNà6©9 ( bÎ) óOçFZä. tbqßJn=÷ès? ÇÊÑÍÈ

Maksudnya :

“Puasa yang diwajibkan itu ialah beberapa hari yang tertentu; maka sesiapa di antara kamu yang sakit, atau dalam musafir, (bolehlah ia berbuka), kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain; dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin. Maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari yang ditentukan itu, maka itu adalah suatu kebaikan baginya; dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu daripada memberi fidyah), kalau kamu mengetahui”.



v. Rukhsah makruh



Seperti mengqasarkan sembahyang dalam perjalanan yang memakan masa kurang dari tiga hari tiga malam.



Namun begitu, ulama mazhab Hanafi membahagikan rukhsah kepada empat jenis iaitu:


Harus melakukan yang haram ketika darurat dan hajat, seperti melafazkan kata-kata kufur ketika dipaksa dalam keadaan hati tetap beriman. Ini berdasarkan kepada firman Allah s.w.t :



`tB txÿŸ2 «!$Î/ .`ÏB ω÷èt/ ÿ¾ÏmÏZ»yJƒÎ) žwÎ) ô`tB on̍ò2é& ¼çmç6ù=s%ur BûÈõyJôÜãB Ç`»yJƒM}$Î/

Maksudnya:

“Sesiapa yang kufur kepada Allah sesudah ia beriman (maka baginya kemurkaan dan azab dari Allah), kecuali orang yang dipaksa (melakukan kufur) sedang hatinya tenang tenteram dengan iman”.



Juga seperti berbuka puasa pada bulan Ramadhan, memusnahkan harta orang lain ketika dipaksa atau sebagainya. Hukum rukhsah ini harus tetapi dalam kes dipaksa melakukan kekufuran, mereka berpendapat bahawa beramal dengan ̒azimah lebih utama.


Harus meninggalkan yang wajib, seperti harus berbuka puasa pada bulan Ramadhan kerana sakit atau musafir. Ini berdasarkan firman Allah s.w.t :

`yJsù šc%x. Nä3ZÏB $³ÒƒÍ£D ÷rr& 4’n?tã 9xÿy™ ×o£‰Ïèsù ô`ÏiB BQ$­ƒr& tyzé&

Maksudnya:

“Maka sesiapa di antara kamu yang sakit, atau dalam musafir, (bolehlah ia berbuka), kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain”.


Harus melakukan akad atau urusan yang diperlukan oleh manusia walaupun pada asalnya ia bertentangan dengan kaedah umum perundangan Islam, seperti akad jual salam dan akad istisna’ (tempahan).


Menghapuskan hukum yang menyulitkan yang disyariatkan dalam syariat- syariat terdahulu seperti bunuh diri untuk bertaubat dan mengoyakkan bahagian yang terkena najis pada pakaian. Rukhsah ini adalah majazi sahaja kerana pada hakikatnya hukum tersebut tidak terpakai lagi dalam syariat Nabi Muhammad s.a.w.

Manakala bagi Imam al-Syatibi pula, rukhsah itu sendiri harus secara mutlak, tidak ada rukhsah wajib atau sunat. Bagi beliau hukum wajib makan bangkai ketika darurat, sebenarnya ̒azimah yang sabit untuk menjaga kehidupan.Ini berdasarkan firman Allah s.w.t:



Ÿwur (#qà)ù=è? ö/ä3ƒÏ‰÷ƒr'Î/ ’n<Î) Ïps3è=ök­J9$#

Maksudnya :

“Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan”.





Firman Allah s.w.t lagi :

Ÿwur (#þqè=çFø)s? öNä3|¡àÿRr&

Maksudnya:

“ Dan janganlah kamu berbunuh-bunuhan sesama sendiri’’



.

Sebahagian ulama berpendapat bahawa rukhsah hanya merangkumi perkara-perkara yang tidak dinaskan keharusannya. Tetapi jika ada nas secara qat’i, rukhsah tidak berbangkit walaupun ada masyaqqah. Pendapat ini masyhur dikalangan pengikut mazhab Hanafi.



Jika seseorang itu terus beramal mengikut hukum asal sedangkan ada masyaqqah yang mengharuskan rukhsah, sudah tentu timbul persoalan berkaitan apakah hukum perbuatan itu. Al- Zarkashi berpendapat sah dan gugur kewajipannya jika masyaqqah itu tidak membawa kepada kebinasaan atau dharar yang lebih besar. Sebaliknya kalau ditakuti akan timbul dharar yang lebih besar atau boleh membawa kepada kemusnahan, mestilah diamalkan rukhsah. Kerana itu wajib berbuka puasa ketika sangat lapar. Sekiranya puasa diteruskan juga ia dikira maksiat (ingkar). Menurut Imam al-Ghazali, puasa itu mungkin tidak sah kerana ia mengingkari rukhsah tersebut. Ia boleh disifatkan sebagai jenayah terhadap ruh yang menjadi hak Allah s.w.t. Bagaimanapun, kata beliau ini tidak bermakna ia satu maksiat.







6.0 SEBAB-SEBAB RUKHSAH



Menurut penelitian ulama’, terdapat beberapa sebab kesusahan yang dapat memberi keringanan terhadap perlaksanaan hukum syarak. Antara sebab atau rukhsah dalam melakukan ibadat dan lainnya terbahagi kepada tujuh perkara:



Pertama: Musafir atau mengembara, maka hukum syara' mengharuskan qasar sembahayang, meninggalkan puasa, menyapu khuf lebih daripada kadar sehari semalam dan menggugurkan fardu Jumaat.



Kedua:Penyakit, syara' telah memperuntukkan hukum rukhsah terhadap pesakit, antaranya: syara' telah mengharuskan ia bertayammum jika dikhuatiri penyakit itu
semakin melarat atau bertambah sakit yang mungkin boleh membawa kepada kemudharatan atau mati anggota badan, dan diharuskan kepadanya duduk atau berbaring semasa menunaikan sembahyang atau rukuk dan sujud secara isyarat. Begitu juga bagi orang yang beriktikf diharuskan ia keluar dari masjid dan menggantikan orang lain untuk mengerjakan ibadat haji, dan diharuskan berubat dengan menggunakan najis dan harus doktor melihat aurat pesakit semasa ia membuat rawatan dan pemeriksaan.



Ketiga: Paksaan, orang yang dipaksa dan diugut dengan sesuatu tindakan yang boleh mengancam nyawa atau anggota badan seperti dipaksa supaya melafazkan perkataan kufur maka harus ia berlafaz dengannya, akan tetapi iman di hatinya tetap teguh kepada Allah.



Keempat: Terlupa,menjadi sesuatu sebab bagi hukum keringanan. Seperti mereka yang mati atau minum secara terlupa tidaklah membatalkan puasa.



Kelima: Kejahilan, juga termasuk di dalam keuzuran yang membawa kepada keringanan seperti seorang yang tidak tahu rakan kongsinya telah menjual sebahagian rumah yang ia miliki secara berkongsi maka syarak membenarkannya hukum syuf'ah[10] di antara mereka berdua.

Keenam: Umum al-Balwa (kesukaran dalam perkara) juga termasuk di dalam sebab-sebab bagi keringanan seperti seseorang yang terkena penyakit dedas iaitu suatu penyakit yang mana pesakitnya selalu terkeluar air kencingnya, oleh itu dimaafkan ia sembahyang di dalam keadaan najis, begitu juga tahi burung yang meratai di dalam masjid dan di tempat-tempat tawaf, debu-debu jalan dan lain-lain lagi.

Ketujuh: Kekurangan, juga termasuk didalam kaedah ini seperti tidak dibebankan ke atas kanak-kanak(taklif) dan orang gila. Kaum perempuan tidak diwajibkan ke atasnya seperti sembahyang Jumaat, jihad dan diharuskan kepadanya memakai pakaian daripada sutera dan emas.

































7.0 JENIS-JENIS KERINGANAN SYARAK

Menurut pendapat Syeikh ‘Izz al-Din bin Abd al-Salam al-Syafi’i, jenis keringanan atau rukhsah itu ada enam. Manakala menurut ulama mazhab Hanafi sebagaimana yang dijelaskan oleh Ibn Nujaym, rukhsah itu ada tujuh jenis iaitu:[11]



a) تخفيف إسقاط - keringanan dengan menggugurkan kewajipan. Contohnya :

i. Tidak wajib atau gugur sembahyang Jumaat kerana ada halangan tertentu.

ii. Digugurkan daripada menyertai jihad sebab uzur

iii. Digugurkan kewajipan haji dan umrah disebabkan keuzuran.



b) تخفيف تنقيص - keringanan dengan mengurangkan bebanan.Contohnya :

i. Memendekkan atau qasar sembahyang zohor atau asar menjadi dua rakaat.



c) تخفيف إبدال - keringanan dengan gantian atau penukaran.

i. Ditukarkan berwuduk dan mandi dengan bertayammum.

ii. Menukarkan kedudukan sembahyang bagi orang sakit yang tidak berdiri kepada duduk

atau baring atau isyarat.

iii. Menukarkan bagi orang tua yang uzur yang tidak dapat berpuasa dengan membayar

fidyah.



d) تخفيف تقديم - keringanan dengan mendahulukan.Contohnya :

i. Menyegerakan membayar zakat sebelum waktu atau haulnya.

ii. Sembahyang jama’ taqdim.



e) تخفيف تاخير - keringanan dengan mengakhirkan

i. Menangguhkan puasa Ramadhan kerana musafir.

ii. Sembahyang jama’ ta’khir.

iii. Menangguhkan sembahyang demi menyelamatkan orang mati lemas dan terbakar.



f) تخفيف ترخيص - keringanan mendapat rukhsah kerana terdesak atau terpaksa. Contohnya :

i. Minum arak kerana terlalu dahaga dan ketiadaan air.

ii. Diharuskan makan bangkai kerana terdesak.



g) تخفيف تغيير - keringanan mengubah atau menukar.Contohnya :

i. Menukar dan mengubah kedudukan serta cara mendirikan sembahyang ketika dalam

keadaan ketakutan dan menghadapi musuh.











































8.0 HUKUM FURU’



Antara hukum furu’ yang terbentuk daripada kaedah ini ialah:[12]



1. Diharuskan berbuka puasa bagi yang musafir dan sakit.



2. Diharuskan makan bangkai ketika kebuluran yang mana ketika itu tidak ada makanan lain selainnya.





3. Diharuskan jama’ dan qasar sembahyang bagi mereka yang musafir dan harus tidak berpuasa.



4. Wajib menangguhkan atau memberi tangguh kepada orang yang terdesak dan tertekan untuk melunaskan hutang hingga ia kelapangan.





5. Harus hukumnya mencela saksi-saksi yang menyaksikan.



6. Harus bagi balu yang kematian suami keluar rumah dalam tempoh iddah apabila terdesak untuk bekerja dan mencari sara hidup.























9.0 KAEDAH PECAHAN

Daripada kaedah asas dan utama tersebut dapat dikeluarkan pula beberapa kaedah pecahan lain yang akan dibentangkan di sini sebanyak 10 kaedah:[13]




BIL.

KAEDAH

HURAIAN


9.1

إذا ضاق الأمر إتسع

Maksudnya : Apabila sesuatu itu sempit, hukumnya menjadi luas



i. Huraian kaedah

Syeikh Izz al-Din bin Abd al-Salam menjelaskan bahawa syariat Islam dibina atas dasar apabila sesuatu perkara itu sukar dan sempit maka ia menjadi luas dan mudah.



ii. Hukum furu’

a) Sudah memadai dengan saksi wanita dan diterima saksi wanita dalam perkara yang lelaki tidak mengetahuinya dan melihatnya seperti, cacat pada anggota dan lainnya.

b) Tidak perlu kepada keyakinan dan cukup dengan zann atau berat sangka sahaja dalam masalah arah kiblat,suci tempat dan lainnya.

c) Imam al-Zarkasyi menjelaskan seseorang itu harus menggunakan bekas yang diperbuat daripada emas dan perak untuk berwudhuk kiranya tidak ada bekas lain.




9.2

إذا إتسع الأمر ضاق

Maksudnya : Apabila sesuatu itu longgar atau luas, hukum menjadi sempit.





i. Huraian kaedah

Apabila sesuatu itu atau pelaksanaannya mudah, maka hukum pelaksanaannya menjadi sempit. Kaedah ini juga berkait rapat dengan kaedah الضرورات تقدر بقدرها)) yang bermaksud keadaan darurat itu diharuskan menurut kadarnya.Kaedah ini bermaksud, sesuatu itu dibuka ruang ketika darurat dan apabila keadaan darurat itu lenyap, maka hukum pelaksanaan kembali pada asalnya.



ii. Hukum furu’

a) Melakukan gerakan yang sedikit ketika sedang mendirikan sembahyang diharuskan.Namun begitu, tidak boleh melakukan gerakan yang besar dan berulang-ulang seandainya tidak ada desakan atau keperluan berbuat begitu.

b) Seseorang yang dalam keadaan lapang seharusnya melakukan sembahyang di awal waktu serta dengan menepati segala rukun dan syaratnya yang sempurna.




9.3

الضرورات تبيح المحظورات

Maksudnya : Kemudaratan-kemudaratan itu membolehkan tegahan-tegahan.



i. Huraian kaedah

Kaedah ini bermaksud keadaan kemudaratan itu membolehkan dan mengharuskan perkara yang ditegah atau dilarang. Kaedah ini dapat dikaitkan dengan kaedah : (يجوز في الضرورة ما لا يجوز في غيرها) iaitu harus waktu darurat apa yang tidak diharuskan ketika lainnya. Namun begitu, pengharusan waktu darurat itu dengan menurut kadarnya atau tidak melebihi kadar yang diharuskan.



ii. Hukum furu’

a) Harus memakan bangkai atau benda haram ketika sangat lapar untuk menyelamatkan jiwa daripada mati kebuluran.

b) Harus minum arak ketika sangat daharga dan tidak ada minuman lain untuk menyelamatkan diri daripada mati kehausan.

c) Harus mengambil harta benda orang yang berhutang yang enggan membayar hutangnya.

d) Sekiranya doktor wanita tiada, doctor lelaki diharuskan menguruskan wanita bersalin dan merawatnya.

e) Diharuskan menggali semula mayat yang ditanam kerana belum dimandikan atau untuk membetulkan arah kiblatnya.Jika diketahui kedudukan sebelumnya tidak mengikut arah kiblat atau belum dimandikan.



iii. Pengecualian daripada kaedah

Berikut merupakan hukum yang terkecuali daripada kaedah di atas, ia tidak diharuskan sama sekali melakukannya walaupun terpaksa dan dipaksa, antaranya ialah :

Kekufuran atau kufur. Seseorang tidak boleh sama sekali murtad atau kufur kepada Allah walaupun dia diugut dan akan dibunuh. Namun begitu dia boleh hanya menzahirkan kekufuran dan hatinya tetap beriman iaitu konsep taqiyyah. Walau bagaimanapun, menzahirkan keimanan itu lebih utama demi menyatakan kekuatan Islam.



Membunuh. Seseorang yang diugut atau dipaksa membunuh orang lain, ia tidak boleh melakukannya atau melaksanakan arahan tersebut.



Berzina. Jika seseorang itu dipaksa berzina ia tidak boleh melakukannya.




9.4

الضرورات تقدر بقدرها

Maksudnya : Keadaan darurat ditentukan mengikut hukumnya.





i. Huraian kaedah

Keadaan darurat yang diharuskan atau dibolehkan disebabkan ada kemudaratan. Kadar kemudaratan tersebut hendaklah tidak berlebihan dan melampai batas. Hukum harus tersebut hanyalah sekadar untuk menghilangkan kemudaratan yang sedang menimpa, apabila kemudaratan itu hilang, maka pengharusan terhadap apa yang didasarkan kepada kemudaratan itu hilang juga, iaitu ia kembali kembali hukum asal.





ii. Hukum furu’

a. Memakan bangkai itu hanyalah untuk menyelamatkan diri daripada kelaparan dan mati kebuluran.Apabila bertenaga semula batas diharuskan itu berakhir.

b. Doktor diharuskan melihat aurat pesakit lelaki dan wanita untuk merawat,namun pada anggota atau bahagian sakit sahaja.

c. Seseorang diharuskan mengambil rumput milik orang lain untuk memberi makan ternakannya yang kelaparan,namun ia tidak boleh mengambilnya untuk dijual kepada orang lain yang ternakannya juga kelaparan.

d. Orang yang luka atau patah hendaklah dibalut dengan mengambil kadar tempat luka dan kawasan lain yang tidak terlibat sekadar perlu sahaja.

e. Sekiranya wanita sakit,tidak harus ia dirawat oleh doktor lelaki sekiranya masih ada doktor wanita.

f. Seseorang yang dibenarkan memelihara anjing untuk tujuan pemburuan tidak boleh memelihara dalam jumlah yang lebih daripada keperluan tersebut.



iii. Pengecualian daripada kaedah

Hukum furu’ yang terkecuali daripada kaedah ini ialah :

a. Jual beli al-’araya (العرايا) pada permulaannya ia diharuskan untuk golongan fakir, namun selepas itu diharuskan juga untuk golongan kaya.

b. Li’an itu asalnya diharuskan dalam keadaan sukar mendatangkan saksi terhadap isteri yang berzina, namun kemudian ia diharuskan dalam semua kemungkinan.




9.5

ما جاز لعذر بطل بزواله

Maksudnya : Apa yang diharuskan kerana uzur, batal dengan sebab hilangnya uzur tersebut.



i. Huraian kaedah

Sesuatu yang dihalalkan dan diharuskan ketika ada keuzuran itu akan kembali kepada hukum asal apabila hilang keuzuran tersebut



ii. Hukum furu’

a. Tayammum menjadi batal dengan sebab didapati atau ada air sebelum mendirikan sembahyang.

b. Tayammum tidak diizinkan dengan ada air sebelum masuk waktu sembahyang.

c. Hakim harus menahan pengurusan atau perbelanjaan harta oleh orang yang bodoh dan boros. Namun setelah mereka mampu mengurus sendiri, hakim hendaklah melepaskan kawalan itu.

d. Sekiranya seseorang saksi itu ada keuzuran syarak untuk datang dan memberi kesaksian di hadapan hakim di mahkamah seperti sakit,maka haruslah ia memberi kesaksian di rumahnya.Namun, setelah keuzuran tersebut hilang iaitu ia sembuh daripada sakitnya ,wajib ia hadir untuk memberi kesaksian di mahkamah.

e. Ketika menjelang Ramadhan seseorang jatuh sakit, ia harus berbuka kerana keuzuran sakitnya itu.Namun setelah ia sembuh,wajib berpuasa.




9.6

الحاجة تنزل منزلة الضرورة عامة كانت أو خاصة

Maksudnya : Keperluan atau hajat diletakkan pada kedudukan darurat, sama ada umum atau khusus.

i. Huraian kaedah

Kaedah ini bermaksud, keringanan itu tidak hanya terbatas untuk perkara darurat sahaja, namun ia juga terdapat pada perkara hajiyyat atau keperluan. Dengan erti kata lain, keringanan itu dibolehkan pada perkara hajiyyat sebagaimana ia dibolehkan pada perkara darurat.



ii. Tingkatan keperluan

Tingkat hajat dapat diklasifikasikan kepada 5 iaitu:

a) Daruriyyat atau darurat iaitu perkara yang mesti atau sekiranya tidak dipenuhi akan menyebabkan kemudaratan.Contohnya,harus memakan bangkai ketika kelaparan dan tiada makanan lain.

b) Hajiyyat atau hajat iaitu keadaan tidak sampai tahap membinasakan ,namun jika tidak melakukannya menyebabkan kesusahan. Keadaan tersebut tidak mengharuskan melakukan yang haram seperti tidak harus makan bangkai.

c) Manfaat iaitu keperluan kepada makanan yang berzat supaya hidup lebih sihat sebagai contohnya makan daging dan udang.

d) Zinah iaitu untuk kemewahan hidup seperti memakai pakaian mahal-mahal dan perhiasan.

e) Fudul iaitu berlebih- lebihan seperti banyak makan makanan syubhah dan haram.



iii. Tingkatan kemaslahatan

Kemaslahatan dunia dan akhirat dapat dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu:

a) Kemaslahatan daruriyyat:

Kemaslahatan yang mesti antaranya ialah makanan,tempat tinggal dan pakaian.

b) Kemaslahatan hajiyyat:

Iaitu barangan keperluan sederhana antara keperluan asasi dan kesempurnaan.

c) Kemaslahatan kamaliyyat:

Iaitu kesempurnaan antaranya kereta mewah.Berkaitan dengan kemaslahatan itu dapat dibahagikan kepada bahagian berikut iaitu:

i) Darurat atau dengan melakukan perkara yang dituntut oleh syarak dan meninggalkan apa yang ditegah oleh syarak iaitu melakukan perkara yanbg wajib.

ii) Maslahat hajat iaitu melakukan perkara sunat mu’akkad.

iii) Darurat kesempurnaan iaitu melakukan sunat yang kecil seperti sunat haiah.



iv. Hukum furu’

a) Keperluan yang bersifat umum. Antaranya diharuskan sewaan, upahan,jual salam dan pindahan hutang atau hiwalah[14].Walaupun semua itu menyalahi al-qiyas namun diharuskan disebabkan ada keperluan yang meluas dan keperluan itu apabila ia bersifat umum ,hukumnya akan berlaku seperti ketika keadaan darurat.

b) Seseorang lelaki diharuskan memakai pakaian sutera disebabkan ada penyakit kulit dan lainnya namun dalam keadaan biasa diharamkan.

c) Diharuskan melihat kepada bakal isteri untuk tujuan perkahwinan.




9.7

الإضصطرار لا يبطل حق الغير

Maksudnya : Keadaan terdesak tidak membatalkan hak orang lain.





i. Huraian kaedah

Kaedah ini membawa maksud, keperluan di waktu terdesak tidak dapat membatalkan hak milik orang lain sepenuhnya. Ia samada desakan disebabkan perkara samawi seperti lapar atau bukan disebabkan perkara samawi seperti dipaksa.

ii. Hukum furu’

a) Apabila tempoh sewa atau upah menyusu bayi daripada ibu susu telah tamat, sedangkan bayi tersebut telah dapat menyesuaikan diri dengan susunya, tambahan pula, bayi tersebut belum dapat makan atau menerima makanan lain, maka ibu susu tersebut boleh dipaksa supaya terus menyusui bayi tersebut, ini adalah untuk menjaga kepentingan bayi. Ibu susu tersebut hendaklah dibayar upah dengan kadar yang setimpal.

b) Selain itu, sekiranya tempoh sewaan tanah pertanian telah tamat namun tanamannya masih belum dapat dituai disebabkan belum masak. Sewaan dikira berterusan sampai ia dapat dituai, dengan kadar tambahan sewaan sepatutnya. Hal demikian kerana desakan dan tekanan penyewa untuk mengekalkan tanamannya hingga masak dan dapat dituai tetap tidak membatalkan hak milik tuan tanah.






9.8

الحكم يتبع المصلحة الراجحة

Maksudnya :Hukum itu mengikut kemaslahatan yang kukuh.





i. Huraian kaedah

Kaedah ini banyak digunakan dalam perkara yang berkaitan dengan ibadat, jihad dan sebagainya. Walaupun kadangkala pada zahirnya didapati ada kerugian daripada perbuatan tersebut, namun kesudahannya atau hakikatnya terdapat kemaslahatan yang kuat dan rajih. Lantaran itulah syarak menyuruh melaksanakan.



ii. Hukum furu’

a) Keizinan berjihad dan memerangi musuh pada zahirnya menyebabkan kematian dan kerosakan namun natijahnya adalah amat baik dan jelas iaitu mempertahankan diri,agama dan menyebarkan agama Islam.Hasil jihad ialah Islam tersebar ke seluruh dunia.

b) Haramnya minum arak dan berjudi.




9.9

الحكم يدور مع علته

Maksudnya : Hukum itu berkisar bersama illahnya atau sebabnya.





i. Huraian kaedah

Kaedah ini bermaksud sesuatu hukum itu atau hukum yang ada itu disebabkan ada illahnya atau sebabnya. Lantaran itu sekiranya illah itu hilang, maka tidak berlakulah hukum tersebut.



ii. Hukum furu’

a) Diharamkan arak disebabkan illahnya yang memabukkan, apabila illahnya hilang atau tidak ada lagi, waktu itu ia tidak diharamkan, seperti arak tersebut telah bertukar menjadi cuka.

b) Selain itu, sesuatu itu apabila ia mengandungi racun dan ia merosakkan maka ia diharamkan, namun apabila tidak merosakkan bahkan dapat dijadikan ubat, diharuskan.

c) Jus anggur atau nira itu apabila ia bertukar menjadi arak hilanglah kesuciannya.




9.10

ينزل المجهول منزلة المعدوم

Maksudnya : Kedudukan perkara yang tidak diketahui itu sama dengan kedudukan yang tidak ada.





i. Huraian kaedah

Kaedah ini dibawa oleh Ibn Rajib al- Hanbali dalam kitab Taqrir al-Qawaid wa Tahrir al-Fawaid. Ia bermaksud apa yang tidak diketahui atau majhul kedudukan serta tarafnya sama dengan taraf apa yang tidak ada.



ii. Hukum furu’

a) Barang temuan atau harta yang ditemui tercicir selepas tempoh haul atau masanya, ia menjadi milik orang yang menemuinya atas dasar asalnya tidak diketahui pemilik. Apa-apa yang tidak dapat dimiliki daripada barangan temuan pula, hendaklah disedekahkan bagi pihak pemilik, menurut pendapat yang tepat. Hal demikian, berdasarkan kepada sabda Baginda s.a.w daripada ’Iyad bin Himar

( فإن جاء صاحبها فأدها اليه، وان لا فهي مال الله يؤتيه من يشاء)

Maksudnya : ‟Apabila datang pemiliknya, dialah yang lebih berhak. Sekiranya tidak, ia adalah harta Allah yang dikurniakan kepada sesiapa yang Ia kehendaki”.












































10.0 APLIKASI KAEDAH AL-MUSYAQQAH TAJLIBU TAISIR DALAM AMALAN FIQH HARIAN



10.1 Puasa Orang Sakit

Menurut huraian ulama', rahimahullah: Bahawa orang sakit yang ada harapan untuk sembuh, dibolehkan meninggalkan puasa semasa ia sakit dan diwajibkan ia mengqadha puasanya itu sesudah ia sembuh kelak.Firman Allah s.w.t dalam surah al-Baqarah ayat 184:

`yJsù šc%x. Nä3ZÏB $³ÒƒÍ£D ÷rr& 4’n?tã 9xÿy™ ×o£‰Ïèsù ô`ÏiB BQ$­ƒr& tyzé&

Maksudnya:" .. Barangsiapa di antara kamu yang sakit atau dalam keadaan musafir, (bolehlah ia berbuka), kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain .."

Sebaliknya orang yang sakit berat dan tidak ada harapan untuk sembuh dan orang tua yang tidak larat berpuasa, dibolehkan mereka meninggalkan puasa di sebabkan uzurnya itu dan diwajibkan membayar "fidyah" iaitu memberi makan orang miskin, satu cupak bagi tiap-tiap satu hari yang tidak dikerjakan puasanya.Dalilnya diterangkan di dalam al-Qur' an, seperti berikut:

’n?tãur šúïÏ%©!$# ¼çmtRqà)‹ÏÜム×ptƒô‰Ïù ãP$yèsÛ &ûüÅ3ó¡ÏB (

Maksudnya:…Dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin ..





10.2 Puasa Orang Musafir



Sheikh Muta’alli Sya’rawi Rahimahullah taala pernah berkata berkaitan perkara ini,”Sesungguhnya Allah s.w.t telah memberikan beberapa rukhsah (kemudahan) kepada musafir (seperti qasar dan jamak sembahyang,berbuka puasa ) kerana ia sering mendapat ujian dan musibah yang menimpa ketika perjalanan. Rukhsah ini tetap diberikan kepadanya walaupun perjalanan sekarang ini tidak lagi menemui kesusahan disebabkan kenderaan yang dinaiki sekarang begitu mudah dan cepat untuk ke destinasi yang dituju.”



Secara ringkas,hukum ini diumumkan kepada semua golongan manusia,bermula dari seorang miskin yang tidak mempunyai apa-apa keperluan perjalanan sehinggalah kepada seorang raja yang kaya yakni ia bermusafir didampingi oleh khadam-khadam serta menaiki kenderaan mewah dan pantas.Hukum ini tidak dikhususkan kepada golongan manusia yang tertentu.[15]

Orang yang pergi musafir dengan meninggalkan rumah dan kampung halamannya diberikan kelonggaran atau kemudahan dalam mengerjakan perintah-perintah syarak yang tertentu seperti berpuasa pada bulan Ramadhan dengan beberapa syarat yang tertentu.Orang yang sedang bermusafir dalam bulan Ramadhan, dibenarkan meninggalkan puasanya dan diwajibkan mengqadhanya pada masa yang lain.Dalilnya ialah ayat suci yang telah diterangkan dalam surah al-Baqarah ayat 184. Dalam pada itu, jika ia mahu juga berpuasa dalam masa ia sedang musafir, maka itu tidak menjadi satu kesalahan terserah kepada pilihannya:Ini diterangkan dalam hadith yang berikut:

عَنْ حَمْزَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَسْلَمِيِّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّهُ قَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَجِدُ بِي قُوَّةً عَلَى الصِّيَامِ فِي السَّفَرِ فَهَلْ عَلَيَّ جُنَاحٌ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ هِيَ رُخْصَةٌ مِنْ اللَّهِ فَمَنْ أَخَذَ بِهَا فَحَسَنٌ وَمَنْ أَحَبَّ أَنْ يَصُومَ فَلَا جُنَاحَ عَلَيْهِ.

(رواه مسلم)

Maksudnya : Dari Hamzah bin Amru al-Aslami r.a., bahawa ia ada bertanya, (katanya): "Ya Rasulullah, saya rasa, saya tahan berpuasa dalam masa musafir, oleh itu adakah saya bersalah (kalau saya berpuasa)?"



Rasulullah s.a.w. menjawab: "Itu adalah satu rukhsah (kemudahan) dari Allah Taala, barangsiapa menggunakan kemudahan itu (lalu ia tidak berpuasa dalam masa musafir), maka itu adalah baik, dan barangsiapa suka hendak berpuasa maka orang itu tidak dikira bersalah."

(Hadith Sahih - Riwayat Muslim)


10.3 Perempuan Yang Kedatangan Haid Dan Nifas

Menurut huraian ulama', rahimahumullah: Perempuan yang kedatangan haid dan perempuan yang sedang dalam keadaan nifas (bersalin), diwajibkan berbuka puasa, malah haram berpuasa.

Mereka wajib mengqadha puasanya yang ditinggalkan itu setelah mereka pulih dari uzurnya dan bersuci.Ini diterangkan dalam hadith yang berikut:



عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ كُنَّا نَحِيضُ عَلَى عَهْدِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ثُمَّ نَطْهُرُ فَيَأْمُرُنَا بِقَضَاءِ الصِّيَامِ وَلَا يَأْمُرُنَا بِقَضَاءِ الصَّلَاةِ.

(رواه البخاري ومسلم)

Maksudnya: Dari `Aisyah r.a., katanya: "Semasa kami kedatangan haid - dalam zaman Rasulullah s.a.w. - kami diperintahkan mengqadha puasa tetapi kami tidak diperintahkan mengqadha sembahyang.

(Hadith Sahih - Riwayat Bukhari dan Muslim)

10.4 Solat Orang Yang Bermusafir

Allah SWT telah memberi kelonggaran/keringanan kepada umat Islam dalam mengerjakan ibadah solat dalam situasi tertentu khususnya ketika bermusafir. Kelonggaran ini dinamakan rukhsah solat. [16]

Sabda Rasullah SAW ;

إن الله يحب أن تؤتى رخصـه كما يكره أن تؤنى معصـيته. رواه أحمد

“Sesungguhnya Allah suka dilaksanakan rukhsah (keringanan) yang diberikan olehNya seperti Allah membenci dilakukan maksiat kepadaNya”. Hadis riwayat Ahmad.

Rukhsah Solat bertujuan supaya umat Islam dapat menunaikan fardhu Solat dalam apa keadaan sekalipun, di samping membuktikan bahawa agama Islam yamg mengambilkira kebajikan umat dan bukanlah agama yang menyusahkan. Allah telah mensyariatkan Solat Qasar dan Solat Jamak sebagai rukhsah bagi mereka yang bermusafir.





10.5 Solat Ketika Sakit

Kedudukan manusia sebagai hamba Allah di dunia ini tidak lepas daripada menghadapi ujian bagi menilai keimanan dan ketaqwaan manusia kepada Allah. Sakit merupakan salah satu ujian bagi melihat kesabaran dan ketabahan insan dalam menghadapi musibah dan kesusahan dalam kehidupan.



Namun begitu, menghadapi kesakitan bukan alasan untuk melalaikan tuntutan melaksanakan ibadah solat yang merupakan kewajipan setiap insan. Malah, pelaksanaan ibadah solat ketika sakit sebenarnya merupakan satu bukti cinta kepada Allah, tanda kesabaran dalam menghadapi ujian, tanda keinsafan ke atas dosa dan maksiat serta merupakan satu cara untuk memohon penyembuhan segera daripada Allah.



Islam sebagai agama fitrah memberikan rukhsah kepada penganutnya dalam melaksanakan ibadah. Orang yang sakit diberikan kemudahan di dalam ajaran Islam untuk menunaikan solat mengikut keupayaannya. Ajaran Islam tidak memaksa orang yang sakit berdiri untuk menunaikan solat sekiranya pesakit itu tidak mampu untuk berdiri. Akan tetapi solat hendaklah dilakukan menurut kemampuan dan keupayaannya yang tersendiri. Sahabat nabi iaitu ‘Imran bin Husain r.a telah bertanya kepada nabi tentang bagaimana beliau hendak melakukan solat dalam keadaan beliau mempunyai penyakit buasir, lalu nabi Muhammad saw menjelaskan kepada beliau: “Hendaklah kamu menunaikan solat dalam keadaan berdiri, jika kamu tidak mampu, maka lakukanlah dalam keadaan duduk, dan sekiranya kamu tidak mampu juga, tunaikanlah solat dalam keadaan berbaring” (Hadis riwayat Imam al-Bukhari).

Antara hikmah diberikan rukhsah solat ketika sakit adalah untuk membuktikan bahawa Islam agama yang mudah. Firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 185 bermaksud: “...Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan dan Dia tidak menghendaki kamu menghadapi kesukaran...”.

Ringkasnya, kaedah menunaikan solat ketika sakit mengikut kemampuan adalah seperti yang berikut:

1. Solat secara duduk: Sekiranya berkemampuan hendaklah duduk secara iftirasy (duduk seperti semasa membaca tahiyat awal). Namun sekiranya tidak mampu, hendaklah duduk mengikut kemampuan. Ketika rukuk, hendaklah ditundukkan kepala sedikit iaitu dahi berada setentang dengan tempat sujud atau bertentangan dengan hadapan lutut, manakala sujud dilakukan seperti biasa.

2. Solat secara mengiring: Berbaring sambil mengiring di atas rusuk kanan. Muka dan dada dihadapkan ke arah kiblat. Rukuk dan sujud dilakukan menerusi isyarat kepala.

3. Solat secara menelentang: Berada dalam keadaan berbaring sambil terlentang. Kaki menghala ke kiblat, kepala ditinggikan sedikit agar muka dapat dihadapkan ke arah kiblat. Rukuk dan sujud dilakukan menerusi isyarat kepala.

4. Solat secara melakukan isyarat kelopak mata: Berada dalam keadaan berbaring sambil terlentang. Kaki menghala ke arah kiblat. Rukuk dilakukan dengan menggerakkan kelopak mata, manakala sujud pula dilakukan dengan memejamkan mata.

5. Solat secara ingat di dalam hati: Menggerakkan ingatan di dalam hati menurut tertib solat.





10.6 Orang Sakit Yang Tidak Boleh Terkena Air

Secara umumnya kita boleh menunaikan solat dengan keadaan yang berbagai mengikut kemampuan yang ada, jika tidak mampu berdiri, kita duduk, jika tidak mampu duduk kita baring, dan jika tidak mampu lagi, kita menggunakan isyarat mata sehingga kepada penggunaan hati selagi mana akal fikiran kita masih boleh berfungsi dengan baik. Selagi itu tanggungjawab solat berada di atas bahu kita, jika kita tinggalkannya di atas kejahilan serta kemalasan kita, maka kita berdosa.

Sebelum itu, apabila kita hendak solat, sudah pasti kita perlu suci daripada hadas kecil dan besar terlebih dahulu. Keringanan ini bukan hanya pada solat. Di atas kesukaran yang ada pada diri pesakit secara umumnya kadang-kadang mereka sukar untuk mengenakan air pada anggotanya, atau pergi ke bilik air yang terlalu jauh daripada katil hingga menyusahkan pesakit untuk mengambil wuduk serta kesulitan-kesulitan yang lain.

Oleh yang demikian, mereka dibenarkan untuk melakukan tayamum iaitu sekadar menepuk tapak tangan di dinding yang berdekatan dengan katil kemudian terus sapu ke bahagian muka dan tangan atau pun, sediakan sebiji batu untuk kegunaan tayamum juga tidak menjadi masalah. Tayamum mempunyai kaedah-kaedah yang telah disediakan oleh syarak dalam memudahkan urusan ibadah kita.

Tayamum adalah ibadah yang bersifat rukhsah. Allah SWT memberi kelonggaran kepada hambanya yang berhadapan dengan kesusahan atau kesulitan seperti ketiadaan air, sakit, air yang terlalu sejuk, takut memudaratkan diri dan sebagainya. Sebenarnya, kelonggaran ini membawa banyak faedah kepada orang yang berhadapan dengan kesulitan-kesulitan tersebut.

Antara dalil keharusan bagi orang sakit melakukan tayamum ialah berdasarkan ayat al-Quran yang bermaksud: “Dan jika kamu sakit (tidak boleh kena air), atau dalam pelayaran, atau salah seorang dari kamu datang dari tempat buang air, atau kamu sentuh perempuan (Bersetubuh), sedang kamu tidak mendapat air (untuk berwuduk dan mandi), maka hendaklah kamu bertayamum dengan tanah – debu yang bersih, iaitu: sapulah muka kamu dan kedua belah tangan kamu dengan tanah – debu itu. Allah tidak mahu menjadikan kamu menanggung sesuatu kesusahan (kepayahan), tetapi Ia berkehendak membersihkan (mensucikan) kamu dan hendak menyempurnakan nikmatNya kepada kamu, supaya kamu bersyukur.”

(Surah al-Maidah ayat 7)

Di dalam ayat tersebut Allah membenarkan orang sakit melakukan tayamum secara umum tanpa mengkhususkan banyak mana had sakit itu. Tidak pula mengkhususkan hanya pada sakit kulit sahaja, atau selain daripadanya. Maka apa yang kita faham dari ayat ini iaitu sesiapa sahaja yang tidak mampu menggunakan air kerana tidak mampu berjalan untuk mendapatkan air, luka di bahagian kulit, takut menambahkan kesakitan atau sakit-sakit yang lain, maka dia dibenarkan untuk melakukan tayamum. Inilah kemudahan yang Allah maksudkan di akhir ayat. Allah tidak mahu kita beroleh kesukaran di dalam beribadah disebabkan ujian sakit yang ada pada diri kita.Demikianlah yang dikemukakan oleh para ahli sarjana sama ada salaf atau khalaf mengenai keringanan tayamum bagi mereka yang ditimpa ujian sakit.



10.7 Najis Burung (kering) Di Masjid

Imam Sayuti menyebut ketika menjelaskan kaedah kesulitan, 'umum al-balwa dan sebab-sebab rukhsah; bahawa dibenarkan solat dengan najis yang dimaafkan seperti tahi burung jika bertaburan di masjid disebabkan kesukaran untuk menghindarinya.

Dengan itu, tahi burung atau tahi cicak termasuk dalam kelonggaran 'umum al-balwa, jika ia didapati merata-rata di dalam masjid. Dan dibenarkan solat orang yang terkena najis yang dimaafkan ini.

Jadi tidak perlulah mencari saf lain atau membatalkan solat apabila didapati calitan putih yang tidak pasti samada tahi cicak atau burung yang selalu jatuh ke atas karpet masjid ataupun ia hanya cat putih sahaja. Ia termasuk dalam kes 'umum al-balwa dan solat tersebut adalah sah.







10.8 Menghimpunkan dua sembahyang

Para fuqaha’ Hambali mengharuskan orang Islam lelaki dan perempuan untuk menjamakkan sembahyang Zohor dan Asar atau Maghrib dan Isyak kerana sesuatu keuzuran.Ini adalah satu kemudahan.[17]

Diriwayatkan bahawa Nabi s.a.w. sendiri pernah menjamakkan sembahyang bukan kerana musafir atau hujan.Ibnu Abbas ditanya mengenai perkara itu : “ Apakah tujuan baginda?” Ibnu Abbas menjawab: “Baginda tidak mahu memberatkan umatnya.”

(Hadis ini terdapat dalam sahih Muslim)

Jika kadang-kadang terdapat kesusahan untuk mengerjakan sembahyang pada waktunya.,maka pada ketika itu ada kemungkinan untuk menjamakkannya tetapi tidaklah dengan menganggapnya sebagai kebiasaan pula seperti tiap-tiap dua atau tiga hari atau pun pada setiap kali dia ingin keluar menghadiri beberapa aktiviti yang berlangsung berturut-turut.

Menjamakkan sembahyang itu harus dalam keadaan yang jarang-jarang dan sekali-sekala sahaja,tujuannya untuk menghindari kesusahan yang dihadapi oleh manusia.

Secara umumnya,sesiapa sahaja yang menghadapi kesulitan untuk mengerjakan sembahyang dalam waktunya dan cukup pula syarat-syaratnya,bolehlah dia menjamakkan sembahyang sebagaimana yang telah dijelaskan.



10.9 Hukum Doktor Lelaki Melihat Aurat Wanita Untuk Mengubati Penyakit

Dewasa ini, ramai orang memerlukan doktor, disebabkan berbagai faktor yang diambil kira. Di tambah lagi manusia semakin ramai, dunia semakin maju dan canggih. Kemungkinan untuk terkena kepada penyakit adalah amat tinggi.

Pendek kata, semua manusia di dunia hari ini berhajat kepada doktor untuk membuat rawatan atau sebagainya. Oleh itu, jika ramai yang sakit, sudah pasti permintaan terhadap doktor amat tinggi.

Maka hal ini telah menjadi masalah kepada kaum perempuan yang ingin mengambil rawatan dengan doktor lelaki, kerana doktor wanita tidak mencukupi. Begitu juga sebaliknya. Apabila pesakit lelaki meminta rawatan daripada doktor perempuan, kerana terhadnya doktor lelaki di tempat-tempat yang tertentu.Oleh sebab masalah ini amat penting, kerana ia melibatkan diri dan kesihatan insan. Maka syariat ada memberi kelonggaran yang luas dalam perkara ini.



Para ulama telah sepakat bahawa boleh bagi doktor untuk melihat tempat sakit perempuan. Misalnya, perempuan sakit di bahagian perut, maka doktor hanya boleh merawat dan melihat di kawasan perut sahaja, selain daripada itu, haram bagi doktor untuk melihatnya.

Para ulama telah sandarkan perkara ini kepada hadis Nabi SAW, tatkala Ummu Salamah meminta izin kepada Nabi SAW untuk rawatan bekam. Maka Nabi SAW menyuruh Abu Toibah merawatnya.



Nabi SAW berkata:

أَن أُمَّ سَلَمَةَ اسْتَأْذَنَتْ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي الْحِجَامَةِ ، فَأَمَرَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَبَا طَيْبَةَ أَنْ يَحْجِمَهَا

Maksudnya: “Bahawa Ummu Salamah telah meminta izin kepada Nabi SAW untuk rawatan bekam, maka Nabi SAW menyuruh Abu Toibah merawatnya.”

(Hadis riwayat Muslim)



Antara panduan-panduannya yang mesti dipatuhi ketika sesi rawatan ialah:



1) Ketika melakukan sesi rawatan dengan doktor lelaki, perempuan tersebut mestilah ditemani oleh mahramnya, atau suaminya, atau perempuan yang boleh dipercayai seperti sahabat karib misalnya.

.

2) Disyaratkan juga bahawa tiada doktor perempuan yang setaraf dengan ilmu doktor lelaki yang merawat. Hal ini jika terdapat doktor perempuan di tempat rawatan tersebut, mungkin doktor perempuan itu bukan daripada bidang bedah. Sedangkan doktor lelaki pakar dalam bidang bedah, maka rawatan itu perlu diberi kepada doktor lelaki.



Hal ini kerana, pada hari ini, doktor ada bahagian-bahagian kepakarannya tertentu. Mungkin di tempat tersebut ada doktor lelaki dan perempuan. Oleh itu, untuk tidak salah faham, pesakit perempuan tersebut perlu dirawat berdasarkan bidang doktor. Jika ada doktor lelaki yang boleh merawat, sedangkan doktor perempuan ada, tapi bukan bidangnya. Maka yang perlu merawat pesakit perempuan tersebut adalah doktor lelaki.



Namun, jika ada seorang doktor perempuan yang pakar bedah dan seorang lagi doktor lelaki yang pakar bedah, maka diutamakan doktor perempuan. Tidak perlu lagi kepada doktor lelaki tersebut. Sekiranya rawatan itu memerlukan dua orang doktor, maka kedua-dua doktor tadi boleh merawat pesakit perempuan tersebut.





3) Mengutamakan doktor yang Muslim daripada doktor yang bukan Muslim, kerana hukum asal bagi keringanan ini hanyalah dibenarkan pada doktor Muslim sahaja. Namun, jika tiada doktor Muslim, maka tidak mengapa pergi kepada doktor yang bukan Muslim.



4) Diwajibkan merawat hanya pada tempat yang sakit atau kawasan yang berkenaan sahaja. Misalnya, jika pesakit perempuan sakit di bahagian betis kaki, maka doktor lelaki itu hanya boleh melihat dan merawat di kawasan itu sahaja. Selain daripada itu adalah tidak dibenarkan.

Ini sebenarnya, sesuai dengan kaedah usul yang telah diberikan oleh para ulama apabila menghadapi keadaan yang sukar dan darurat iaitu:



الضرورة يقدر بقدرها

Maksudnya: “Darurat diambil sekadar keperluan sahaja.”



الضرورة تبيح المحظورات

Maksudnya: “Darurat mengharuskan yang haram.”



Justeru, menggunakan atau manfaatkan perkara yang haram melebihi kadar keperluan di kala waktu darurat adalah berdosa. Begitulah juga di dalam perubatan Islam, ketika waktu darurat dan kecemasan boleh digunakan ubat-ubat dan cara-cara yang haram, tetapi sekadar keperluannya sahaja.



Kata Imam Nawawi, “Perlu diketahui bahawa hukum asal bagi lelaki melihat perempuan ajnabi adalah muka dan kedua tapak tangan, itu sekadar hajat sahaja. Jika melihat lebih daripada anggota tersebut, hajatnya juga bertambah, memang benar-benar perlu dilihat kawasan aurat tersebut. Namun, jika lihat pada bawah daripada pusat dan atas daripada lutut, maka amat memerlukan keadaan yang benar-benar darurat.”.



Namun mestilah diambil perhatian yang serius, bahawa kita tidak boleh bermudah-mudah sahaja menggunakan benda ataupun cara yang haram darurat (kecemasan) sebelum berikhtiar dan berusaha mencari yang halal dengan bersungguh-sungguh. Maka dalam hal ini, perlu juga berusaha mencari doktor-doktor perempuan yang boleh merawat penyakit yang dialami.




























[1] Kesukaran http://ms.harunyahya.com/ms/Artikel/22525/pastinya-ada-kemudahan-pada-setiap

(20 Julai 2013)


[2] al-Quran, Al-Insyirah 5-6 : 94


[3] al-Quran At-Talaq 2-3 :65


[4] al-Quran Al-An’aam 6:152


[5] Ustaz Abd. Latif Muda, Dr. Rosmawati Ali. 2012. Pengantar Usul Fiqh. Kuala Lumpur : Pustaka Salam Sdn. Bhd, hlm. 369


[6] al-Quran Al-Baqarah 2:127


[7] Ustaz Abd. Latif Muda, Dr. Rosmawati Ali. 2000. Perbahasan Kaedah-kaedah Fiqh. Kuala Lumpur : Pustaka Salam Sdn. Bhd, hlm. 141-142


[8] Pembahagian musyaqqah http://raudhahal-ilm.blogspot.com/2011/03/masyaqqah-tajlibu-al-taisir.html

(1 Ogos 2013)


[9] Rukhsah http://raudhahal-ilm.blogspot.com/2011/03/masyaqqah-tajlibu-al-taisir.html (20 Julai 2013)


[10] Pemilikan barang yang diperkongsikan (al masyfu’) oleh pihak yang bergabung pada suatu persekutuan milik secara paksa dari pihak yang membeli dengan cara mengganti nilai harga jual yang sudah dilakukan . Dengan istilah lain dapat pula dikatakan bahwa syuf’ah adalah pemilikan harta perserikatan yang telah dijual oleh salah satu pihak ke pihak lain yang tidak termasuk dalam persekutuan itu serta tidak pula seizin anggota persekutuan dengan cara mengganti uang penjual ke pihak pembeli.


[11] Ustaz Abd. Latif Muda, Dr. Rosmawati Ali. 2000. Perbahasan Kaedah-kaedah Fiqh. Kuala Lumpur : Pustaka Salam Sdn. Bhd, hlm. 150-151




[12] Ustaz Abd. Latif Muda, Dr. Rosmawati Ali. 2000. Perbahasan Kaedah-kaedah Fiqh. Kuala Lumpur : Pustaka Salam Sdn. Bhd, hlm. 152-153




[13] Ustaz Abd. Latif Muda, Dr. Rosmawati Ali. 2000. Perbahasan Kaedah-kaedah Fiqh. Kuala Lumpur : Pustaka Salam Sdn. Bhd, hlm. 153-173






[14] Hiwalah maksudnya adalah memindahkan hutang dari tanggungan muhiil (penghutang pertama) kepada tanggungan muhaal ‘alaih (penghutang kedua)


[15] Hikmah & Rahsia Hukum Syariat.Muhammad Abu Firdaus.2002,Johor Darul Takzim.Percetakan IWC Sdn Bhd.hal 406




[16] Rukhsah http://www.tayibah.com/eIslam/solat_jamak_dan_qasar.htm (1 Ogos 2013)






[17] Dr.Yusuf Al-Qardawi. (1994).Fatwa Masa Kini Jilid 1&2.Kuala Lumpur.Pustaka Salam Sdn. Bhd.hal 391-392

No comments:

Post a Comment