Sunday, March 22, 2015

Addurus wal ibar - Hijrah ke Madinah


PENGAJARAN DAN RENUNGAN- HIJRAH RASUL SAW (1)
Di muka-muka yang lepas telah kita bicarakan tentang erti hijrah dalam Islam, iaitu di dalam
mauduk hijrah dan perpindahan orang Islam ke Habsyah. Ringkasnya lebih kurang begim: Tuhan telah
meletakkan kesucian agama dan ‘aqidah itu lebih dari yang lain. Tidak ada erti bagi tanah, negara, harta
kekayaan dan pangkat kebesaran sekiranya ‘aqidah dan syi’ar agama terancam, musnah dan disusuhi.
Oleh yang demikian maka Allah mewajibkan ke atas setiap hambanya agar mengorbankan segala-galanya
sekiranya keadaan memaksa demi kepentingan ‘aqidah dan Islam.
Telah kita tegaskan di sini juga, sesungguhnya memang menjadi sunnah Allah di bumi ini telah
menjadikan kekuatan rohani yang ternukil di dalam ‘aqidah kepercayaan yang sihat dan agama yang
benar itu sebagai pengawal kepada kekuatan maddi dan material. Suatu umat yang begitu tebal dan kaya
dengan akhlak susilanya yang sihat, begitu teguh berpegang dengan ajaran agama di kala itu juga
kekuatan materialnya. seperti negara, hartabenda dan pangkat akan kekal lebih utuh dan kukuh.
Andaikata ia papa dan miskin dan segi akhlaq, tidak senonoh dalam kepercayaan ‘aqidahnya, maka
kekuatan materialnya juga turut lemah dan tergugat. Telah kita tugaskan bahawa sejarahlah yang menjadi
saksi utama tentang kebenaran perkara ini.

Untuk demikian maka Allah ‘Azza wajallah telah mewajibkan dasar mengorbankan harta dan
negara demi kepentingan ‘aqidah dan agama sekiranya keadaan memaksa. Dengan berbuat demikian akan
terjamin keselamatan harta benda, negara dan jiwa, walaupun pada mulanya nampak merugikan segalagalanya.
Perpindahan Rasulullah sudah cukup untuk memberi satu bukti yang nyata tentang apa yang
ditegaskan di atas. Secara kasar, tindakan meninggalkan negara itu bererti menghilang atau
melenyapkannya. Pada hakikatnya, itulah sebenamya bentuk pengorbanan dan pemeliharaan yang sejati.
Boleh jadi pembelaan dan pengorbanan itu nampak seolah—olah peninggalan dan pembelakangan.
Baginda telah pulang setelah berada di dalam buangan (hijrah) beberapa tahun ke bumi pertiwinya yang
penduduknya pemah menghalau baginda dengan penuh kemegahan dan kekuatan tanpa diganggu oleh
sesiapapun. Sedangkan dahulunya semua orang menanti-nanti sahaja peluang baik untuk memusnahkan
diri baginda. Tercapai segala-gala ini adalah hasil dan tertegaknya agama dan keagungannya.
Berbalik kita kepada cerita yang telah kita lukiskan tadi, kemudian cuba perhatikan dengan penuh
hemat agar dapat kita ambil beberapa petanda penting untuk panduan kepada setiap Muslim:
(1) Yang paling nyata sekali dan kesan perpindahan baginda ‘Alaihis salatu Wasallam, ialah
tentang tawaran dan pelawaan kepada Abu Bakar untuk menyertai bersama-sama baginda sebagai teman
di dalam perjalanan yang mulia itu.
Para ‘ulama’ seluruhnya telah mengambil kesimpulan tentang betapa kasih dan sayangnya
Rasulullah terhadap Abu Bakar RadiyaLlahu ‘anhu. Beliau adalah sahabat yang paling akrab sekali. Oleh
yang demikian maka beliau lebih utama memegang tampuk pemerintahan dan jawatan khalifah selepas
baginda SallaLlahu ‘alaihi Wasallam wafat. Untuk menguatkan lagi hujah ini masih terdapat beberapa
peristiwa lain yang antaranya ialah pemilihan yang dibuat oleh Rasulullah terhadap Abu Bakar
RadiyaLlahu ‘anhu buat menggantikan baginda menjadi imam sembahyang bersama orang ramai semasa
baginda sakit. Di sana beliau enggan menyuruh orang lain. Begitu juga hadith yang bermaksud:—
“Kalaulah hendakku jadikan teman kesayangan maka Abu Bakarlah teman kesayanganku”.
Dari mula lagi kita dapat melihat atau perhatikan di samping keistimewaan-keistimewaan yang
mulia, yang telah dianugerahkan kepadanya oleh Allah Subhanahu Wata’ala, beliau juga contoh tauladan
seorang sahabat setia dan jujur malah mengorbankan segala-gala apa yang termiik olehnya jiwa, raga dan
seluruhnya demi perjuangan Rasulullah. Bukankah sudah kita perhatikan di mana beliau enggan
melepaskan Rasulullah masuk dahulu ke dalam gua, sebaliknya beliau sendiri mendahuluinya bagi
memastikan apakah terdapat binatang buas, ular yang bisa atau bahaya yang lain yang akan mengancam
keselamatan Rasulullah. Biarlah beliau yang musnah asalkan Rasulullah selamat. Kita perhatikan lagi di
mana beliau telah mengatur serta mengerahkan tenaga putera-puteri beliau. orang suruhan dan gembala
kambingnya demi menggabungkan tenaga bakti dan pengorbanan untuk dicurahkan demi kepentingan
Rasulullah dan melicinkan perjalanan yang mulia lagi jauh itu.
Demi sesungguhnya itulah kewajipan yang mesti ditauladani oleh setiap Muslim yang telah
beriman dengan Allah dan RasulNya. Sebagai sokongan kepada tindakan Abu Bakar ini, Rasulullah telah
bersabda yang bermaksud: “Tak beriman seseorang itu kecuali setelah aku ini (Rasulullah) lebih kasih
kepadanya dan anak, ibu-bapanya dan manusia seluruhnya”. (Hadith yang dipersetujui ramai).
(2) Mungkin terlintas di sanubari kita untuk membuat perbandingan di.antara hijrah ‘Umar bin Al
Khattab RadiyaLlahu ‘anh dengan hijrah Rasulullah di mana akan timbul pertanyaan; “Kenapa Saiyyidina
‘Umar berhijrah secara terang terangan malah mencabar puak Quraisy dan Musyrikin pula tanpa takut
dan gentar sesuatu pun, sedangkan Rasulullah pula keluar bersembunyian serta berjaga-jaga. Apakah
Saiyyidina ‘Umar lebih berani dan lebih gagah dari Rasulullah?”
Sebagai jawapan, tindakan ‘Umar bin A1-Khattab dan orang Islam yang lain selain dari
Rasulullah adalah tindakan perseorangan semata-mata, tidak boleh dijadikan hujjah dan dalil dalam
syari’ah tiap seorang bebas untuk memilih cara dan jalan untuk ia bentindak keselesaan jiwanya seimbang
dengan keberanian dan keimanannya dengan Allah Subhanahu Wata’ala.

Apa yang dilakukan oleh Rasulullah adalah suruhan dan perintah. Segala tindakan baginda
berhubung dengan agama adalah syari’ah. Oleh yang demikian maka Sunnah dan Hadith Rasulullah iaitu
cabangan dan ucapan, tindakan, perangai dan persetujuannya menjadi sumber kedua dalam syari’ah
Islam. Andaikata Rasulullah telah bertindak seperti mana yang telah dilakukan oleh Sayyidina ‘Uman,
maka manusia melihat dan mengira inilah cara yang diwajibkan, tidak harus berjaga-jaga, berwaspada
dan bersembunyi di kala bahaya; sedangkan Allah ‘Azza Wajalla, telah menegakkan syari’atNya di dunia
ini mengikut musababnya. Sebenarnya segala-galanya itu adalah Allah yang menyebabkan demikian.
Untuk demikian itulah maka Rasulullah telah menggunakan sebab-sebab dan cara—cara yang
nyata, yang terdaya difikirkan oleh akal fikiran manusia di waktu-waktu seumpama ini agar tidak
tertinggal suatu jalan pun tanpa dipergunakan, ‘Ali bin Abi Talib RadiyaLlahu ‘anh tinggal di tempat
tidur serta menyelimut dengan kain selimut. Baginda juga mengambil salah satu orang Musyrikin setelah
dipastikan kejujurannya untuk menunjukkan jalan-jalan yang tidak disangka oleh pihak seteru. Kemudian
baginda tinggal bersembunyi di dalam gua selama tiga hari dan seterusnya. Segala apa sahaja yang dapat
dipergunakan untuk keselamatannya yang terfikir oleh ‘akal manusia, telah dipergunakan dengan tujuan
menerangkan kepada manusia umum bahawa untuk beriman kepada Allah ‘Azza Wajalla, tidak salah atau
bertentangan untuk mengambil kesempatannya menggunakan alasan dan sebab-sebab yang wajar, yang
memang merupakan iradat Tuhan menjadikan sebab—sebab dan upaya ikhtiar itu untuk manusia.
Berteduh dan berselindung di dalam gua bukanlah membuktikan yang baginda takut atau pengecut
takut jatuh ke tangan Musyrikin sebelum sampai ke Madinah. Sebagai buktinya, bila saja helah-helah
pengeliruan yang boleh dipergunakan sudah tidak ada lagi (iaitu dikatakan sebab—sebabnya tadi) dan
orang—orang musyrikin merayau—rayau di keliling gua Sekiranya mereka perhatikan dari bawah akan
ternampaklah mereka berdua yang tersembunyi itu, di kala itu Abu Bakar terasa takut dan curiga maka di
masa itu Rasulullah menegaskan pada Abu Bakar untuk menenangkan hati beliau dengan katanya:
“Apakah perasaan tuan hamba bahawa Allah berada di samping kita berdua.” Kalaulah benar-benar
Rasulullah bergantung sepenuhnya kepada helah semata-mata sudah pasti akan terasa takut bilamana
helah dan cara pengeliruan tadi sudah tiada lagi.”
Dan sini dapatlah kita simpulkan bahawa menggunakan helah-helah dan kewaspadaan tadi adalah
salah satu tugas yang disuruh oleh agama. Setelah helah-helah tadi sudah tidak ada atau tidak guna lagi
maka hati dan jiwa kembali menyerah kepada Allah ‘Azza Wajalla dengan penuh harapan dengan
pembelaan dan taufiqnya. Segala peristiwa ini adalah untuk seluruh kaum Muslimin mengambil
pengajaran bahawa untuk menggantungkan harapan di dalam segala urusan tidak harus diharap dan
diarahkan kecuali kepada Allah ‘Azza Wajalla sahaja dan perlu diingat bahawa tindakan ini tidak
bertentangan dengan usaha menggunakan sebab musabab, usaha ikhtiar atau helah daya manusia yang
dijadikan Allah di seluruh ‘alam.
Di antara bukti yang nyata tentang apa yang kita katakan tadi ialah perasaan Rasulullah ketika
Suraqah pemburu yang cuba membunuh baginda sudah begitu hampir maka di masa itu baginda akan
terasa gentar dan takut kerana baginda semata— mata bergantung kepada helah semata-mata saja. Tetapi
apa yang kita lihat Rasulullah tidak menoleh langsung ke belakang untuk melihat apakah pemburu itu
sudah hampir atau masih jauh lagi. Apa yang dilakukan oleh Rasulullah di masa itu ialah membaca,
berzikir dan memohon restu dan Tuhannya kerana baginda yakin, Allah Subhanahu Wata’ala yang telah
memerintahkannya berhijrah maka Allah jua yang melindunginya dari manusia durjana dan kejahatan
mereka.
(3) Kelewatan Saiyyidina ‘Ali di Makkah ialah untuk membereskan segala amanah yang telah
diamanahkan orang orang Makkah kepada baginda di masa sebelumnya. ini menunjukkan suatu petanda
yang terang tentang pertentangan yang ganjil di kalangan kaum musyrikin, dalam masa mereka menuduh
Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam ini sebagai seorang penipu, pendusta, tukang tenung dan
sebagainya. Mereka tidak berjumpa dengan seorang yang lebih amanah dan jujur dan Nabi Muhammad,
harta dan barang—barang yang hendak ditinggalkan mereka amanahkan kepada Rasulullah...Inilah yang
menunjukkan kekufuran ketidakpercayaan mereka dengan Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam
bukanlah kerana sangsi dan syak wasangka mereka terhadap Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam,

tetapi kerana bongkak senta takabbur dengan apa yang dibawa oleh Muhammad SallaLlahu ‘alaihi
Wasallam, juga kerana takut-takut akan hilang kuasa dan tangan mereka.



PENGAJARAN DAN RENUNGAN- HIJRAH RASUL SAW (2)

(4) Dapat kita perhatikan juga kesungguhan ‘Abdullah bin Abu Bakar RadiyaLlahu ‘anhuma
melakukan segala apa yang diperlukan oleh Rasulullah. Antaranya berulang-alik antara Makkah dan gua
tempat persembunyian, mengintip rahsia dari kalangan kaum musyrikin Makkah dan membawa
kepengetahuan Rasulullah dan bapanya. Begitu juga kakaknya Asma’ RadiyaLlahu ‘anhuma yang
bertungkus lumus menyediakan makanan dan kenderaan serta keperluannya. Semuanya ini memberikan
kita suatu gambaran yang wajib dibeban oleh setiap Muslim lelaki maupun perempuan ke jalan Allah
demi untuk melaksanakan seluruh prinsip Islam dan menegakkan sebuah masyarakat Islam sejati. Tidak
memadai setakat untuk diri sendiri atau setakat beribadat sahaja. Malah mestilah dicurahkan segala daya
dan tenaga yang terdapat dengan penuh kesungguhan ke arah kepentingan Islam. Itulah kelebihan dan
keistimewaan setiap pemuda demi Islam dan Muslimin di setiap masa.
Demikianlah kalau kita perhatikan mereka yang bersama sebilangan besar adalah terdiri dari
kasteria yang belum melewati batas usia keremajaan. Mereka ini tidak akan membuang masa dengan
percuma tanpa suatu malah mereka menggunakan segala tenaga, daya dan usaha yang terdaya demi
menegakkan Islam dan mendirikan masyarakatnya.
(5) Tentang apa yang terjadi ke atas Suraqah dan kudanya ketika memburu Rasulullah tidak harus
diihat begitu sahaja tanpa mengambil suatu pengajaran bahawa itulah mukjizat luar biasa kepada
Rasulullah. Perkara ini dipersetujui oleh semua imam hadith tentang kebenaran dan sahihnya. Di antara
mereka ialah Al-Bukhari dan Muslim. Mu’jizat ini adalah salah satu di antara kejadian mu’jizat yang
pernah kita perkatakan dahulu.
(6) Di antara peristiwa mu’jizat yang telah temampak ialah ketika Rasulullah hendak keluar dari
rumahnya yang telah dilengkungi oleh Musyrikin yang bertujuan jahat, iaitu membunuh paduka
Rasulullah tetapi gerombolan dan pemuda yang tahan lasak yang berniat jahat itu telah terlena sejurus
yang kemudian disusuli dengan tempelak yang lain iaitu menabur tanah ke atas kepala mereka semasa
Rasulullah keluar berlalu dan rumahnya itu sambil baginda membaca sepotong ayat Al Qur’an yang
bermaksud: “Dan Kami adakan di hadapan mereka dinding dan Kami tutup (mata) mereka sehingga
mereka tidak dapat melihat.”
Peristiwa mu’jizat ini dianggap sebagai pengisytiharan Allah Ta’ala kepada seluruh kaum
Musyrikin untuk setiap masa dan di mana mereka berada, bahawa segala macam penyiksaan dan
gangguan yang sengaja dilakukan ke atas baginda kerana agama yang dibawanya itu, tidaklah bererti
yang Allah Subhanahu Wata’ala telah membelakangkan atau meninggalkan baginda keseorangan tanpa
pertolongan. Bagi pihak Musyrikin dan kuncu-kucunya mereka tidak harus bergelak ketawa dengan
penyiksaan dan penganiayaan mereka itu kerana pertolongan Allah terlalu hampir dan pasti. Kemudahan
Ilahi untuk memberi kejayaan itu akan terlaksana bila—bila masa sahaja.
(7) Sambutan yang meriah yang ditunjukkan oleh pihak Madinah mempamirkan kepada kita suatu
gambaran betapa cintanya mereka kepada Rasulullah dan betapa geloranya perasaan kasih dan cinta orang
Ansar penduduk Madinah lelaki mahu pun perempuan, tua mahupun muda, dewasa dan kanak-kanak
terhadap RasuluLlah; betapanya hebat perasaan sayang mereka sehingga setiap hari mereka keluar
beramai-ramai menanti-nanti ketibaan Rasulullah, dengan tidak menghiraukan panas bahang matahari
yang membakar. Bila matahari membenamkan diri di ufuk barat dan siang menghilang diri baru mereka
menyusur pulang dengan membawa harapan untuk bertemu baginda di esok hari. Setibanya Rasulullah
dengan kuda baginda yang mula melangkah masuk ke pangkuan bumi Yathrib (Al-Madinah) maka hatihati
yang begitu lama diayak oleh gelombang perasaan dengan suara seirama dan senada
mengumandangkan lagu-lagu dan qasidah menggambarkan keriangan mereka dengan ketibaan
Rasulullah, perasaan dan kejujuran mereka dibalas dengan perasaan dan kejujuran yang sama. Nabi
Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam dengan senyum bertanya kepada wanita-wanita Barn Al-Najar
yang mengalunkan nasyid dan lagu-lagu menyambut kedatangan baginda: “Apakah kamu kasihkan daku?
Demi Tuhan sesungguhnya hatiku kasihkan kamu sekelian.”
Fiqh Al-Sirah 1
110
Segala-galanya ini membuktikan kepada kita bahawa kasih Rasululiah bukanlah semata-mata
mengikutinya, tetapi perasaan cinta itu ialah asas dan motif ke arab mengikut dan menta’ati segala
suruhan yang lain. Andaikata tanpa perasaan cinta yang berakar-umbi dari dasar hati maka, tidak akan
timbul keinginan untuk menjalankan suruhan yang lain.
Alangkah sesatnya segolongan yang menganggap apa yang dikatakan cintakan Rasulullah itu
semata-mata mengikut dan berpandu dengan ajaran atau ‘amalan baginda sahaja dengan tidak disertai
suatu perasaan pun. Mereka sudah terlupa bahawa mengikut dan menta’ati yang sebenarnya tidak akan
wujud tanpa didorong oleh suatu perasaan atau didesak oleh tekanan hati sanubari, tidak akan wujud
keinginan untuk mengikuti dan mematuhi suruhan tanpa cinta yang menggoncang seluruh perasaan. Oleh
yang demikian maka Rasulullah telah memperkenalkan kepada kita sukatan atau ukuran keimanan
dengan Allah itu ialah kasih dan cintanya itu mengatasi segala cinta, mengatasi cinta terhadap anak,
ibubapa dan manusia lain. ini menunjukkan yang perasaan cintakan Rasulullah itu setaraf dan sejenis
dengan perasaan cinta kepada anak atau ibubapa. Tegasnya dua perasaan cinta ini mengalir dari perasaan
yang sama. Sekiranya tidak demikian maka tidak sahlah penegasan dan perbandingan di antara keduanya.
(8) Satu lagi gambaran yang kita dapat perhatikan ialah mengenai persinggahan Rasulullah di
rumah Abu Ayyub Al Ansari. Peristiwa ini merupakan satu simbul lagi yang mendedahkan kepada kita
betapa kasih dan cintanya para sahabat Rasulullah kepada baginda.
Apa yang perlu kita titik-beratkan di sini ialah Abu Ayyub dan isterinya yang telah mengambil
berkat jari Rasulullah yang terdapat di makanan yang dikembalikan oleh Rasulullah kepada mereka.
Kesimpulannya ialah mengambil berkat bekas-bekas Rasulullah itu adalah antara ajaran yang disuruh
oleh syara’ dan Islam.
Al Bukhari dan Muslim banyak sekali meriwayatkan kisah-kisah sahabat Rasulullah yang
mengambil berkat dengan bekas-bekas yang telah digunakan oleh baginda untuk berubat, mendapat
jagaan dan taufik dan sebagainya.
Antara kisah yang diriwayatkan oleh Al Bukhari di dalam bab pakaian di bawah tajuk “perihal
uban”, di mana Ummu Salamah isteri Rasulullah telah menyimpan beberapa helai rambut baginda di
dalam botol atau sebagamya, sekiranya salah seorang kena sakit mata atau sakit, mereka akan dikirimkan
sebekas air kepada Ummu Salamah yang kemudian beliau memasukkan helaian rambut tadi ke dalam air
yang dikirim, kemudian mereka meminum air itu dengan harapan akan sembuh dan berkat.
Muslim pula telah membawa suatu riwayat di dalam satu bab di bawah judul “Keharuman peluh
Rasulullah” selalunya baginda menziarahi rumah Ummu Salim dan sering berbaring serta tidur. Pada
suatu hari Rasulullah masuk tidur ke tempat tidurnya, selepas itu Ummu Salim pun pulang, didapati
badan Rasulullah berpeluh, lantas beliau mengambil sekeping kulit membiarkan peluh baginda meleleh
ke atasnya, dan mengambil sesuatu dan peti simpanannya untuk mengesat peluh yang mengalir itu yang
kemudian diperah masuk ke dalam botol. Bila Rasulullah tersedar dan tidur, baginda bertanya: “Apa yang
kamu buat ini wahai Ibnu Salim? Jawabnya “Wahai Rasulullah aku mengharap untuk mendapat berkat
untuk anak cucu kami”. Jawab Rasulullah, “benar apa yang kamu lakukan.”
Begitu juga perihal-perihal yang terdapat dalam kedua dua kitab hadith mengenai para sahabat
yang sering mengambil baki air wudhu’ (air sembahyang) baginda yang tidak habis untuk mendapat
berkat. Begitu juga bekas-bekas lain seperti pakaian dan cawan minuman baginda.
Sekiranya inilah keadaan mereka yang selalu mengambil berkat dan merestui sesuatu dengan
kesan—kesan dan bekas benda dan objek maddiyah maka bagaimana pula dengan mereka yang
mengambil berkat dan restu dan martabah atau kedudukan baginda di sisi Allah? Dan bagaimana pula
berkatnya jika baginda itu rahmat untuk sekelian ‘alam?
Saya rasa memadai setakat ini untuk mengulas perihal peristiwa perpindahan (hijrah) Rasulullah
di mana kita akan memperkatakan selepas ini perihal usaha-usaha mulia yang dilaksanakan oleh paduka
Rasul demi masyarakat baru di Madinah Munawwarah.

 KEIZINAN RASULULLAH KEPADA SAHABATNYA UNTUK BERHIJRAH KE MADINAH
Dugaan yang dihadapi oleh kaum Muslimin iaitu para sahabat RasuluLlah di Makkah ialah
penyiksaan, hamun dan cela yang dilemparkan oleh kaum Musyrikin. Dan bila mereka diberi keizinan
berhijrah maka satu dugaan yang lain pula melanda mereka iaitu dugaan meninggalkan tanah air, harta
benda, rumah tangga dan alat-alat kelengkapan masing-masing.
Sesungguhnya mereka ini benar-benar jujur kepada agama dan setia kepada Tuhan mereka di
hadapan dugaan pertama dan kedua yang disebut tadi. Mereka ini menghadapi dugaan dan pancaroba
dengan penuh kesabaran yang waja dan tekad keazaman yang penuh. Sehingga apabila RasuluLlah
memberi isyarat keizinan untuk berhijrah ke Madinah barulah mereka bergerak ke sana membelakangkan
dan meninggalkan tanah tumpah darah, juga harta kekayaan mereka. Itupun mereka terpaksa keluar
secara sulit dan bersembunyian. Cara ini tidak boleh dilakukan kecuali setelah meninggalkan segala
peralatan dan barang-barang kemas. Mereka tinggalkan segala-galanya ini semata-mata untuk
menyelamatkan agama. Di Madinah sana sudah ada orang yang akan mengganti segala apa yang
ditinggalkan di Makkah. Golongan Ansar menunggu-nunggu ketibaan mereka, untuk memberi segala
pertolongan dan segala kemudahan bagi memulakan penghidupan baru di Madinah.
Inilah sebuah contoh unggul Muslim sejati yang begitu jujur terhadap agamanya. Bagi mereka
tanah tumpah darah dan harta kekayaan tidak mempunyai apa—apa erti asalkan dapat menyelamatkan
agama yang dianutinya.
Inilah perihal keimanan, sikap dan kesetiaan para sahabat RasuluLlah dan Makkah.
Adapun cerita orang-orang Madinah lain pula, mereka dengan penuh ikhlas telah menyambut
kedatangan Muhajirin Makkah ke rumah masing-masing, memberi layanan dan pertolongan yang
sewajibnya. Pendek kata merekalah manusia pertama yang telah memberi tauladan dan contoh yang
unggul ke arah persaudaraan ukhuwwah Islamiyyah yang menyeluruh dan saling cinta mencintai kerana
Allah ‘Azza wajallah semata— mata.
Bukankah engkau lebih mengetahui yang Allah menjadikan persaudaraan dalam Islam itu lebih
kuat dan erat daripada ikatan keturunan darah. Oleh yang demikianlah maka perwarisan harta benda di
permulaan Islam dahulu berasaskan pertalian agama dan persaudaraan atau berhijrah kerananya. sekalian
Fiqh Al-Sirah 1
102
sampai di Madinah, kesemua mereka ini tumpang tinggal bersama—sama sahabat—sahabat dan golongan
Al—Ansar. Pihak Ansar telah memberikan segala bentuk pertolongan, kemudahan, dan layanan yang
baik kepada saudara-saudara mereka dan golongan Muhajirin.
Kanun perwarisan harta ini tidak diubah kepada sistem ikatan keturunan darah kecuali setelah
mana agama Islam lengkap iaitu semasa di Madinah dan umat Islam pun mempunyai negaranya sendiri
yang kuat dan teguh.
Firman Tuhan:
إِنَّ الَّذِينَ آمَنُواْ وَهَاجَرُواْ وَجَاهَدُواْ بِأَمْوَالِهِمْ وَأَنفُسِهِمْ فِي سَبِيلِ اللّهِ وَالَّذِينَ آوَواْ وَّنَصَرُواْ أُوْلَئِكَ بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاء بَعْضٍ
وَالَّذِينَ آمَنُواْ وَلَمْ يُهَاجِرُواْ مَا لَكُم مِّن وَلاَيَتِهِم مِّن شَيْءٍ حَتَّى يُهَاجِرُواْ وَإِنِ اسْتَنصَرُوآُمْ فِي الدِّينِ فَعَلَيْكُمُ النَّصْرُ إِلاَّ عَلَى
( قَوْمٍ بَيْنَكُمْ وَبَيْنَهُم مِّيثَاقٌ وَاللّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِيرٌ ( 72
Yang bermaksud:
“Sesungguhnya mereka-mereka yang beriman dan berhijrah serta berjihad dengan harta dan
nyawanya pada jalan Allah dan mereka-mereka yang memberikan tempat kediaman dan
pertolongan (kepada orang-orang Muhajirin) mereka itu satu sama lain lindung-melindungi. Dan
terhadap mereka-mereka yang beriman tetapi belum berhijrah maka tidak ada kewajipan sedikit
pun atas kamu melindungi mereka, sebelum mereka berhijrah.”
(Surah Al-Anfal: 8 : 72)
Dan perintah berhijrah ini bolehlah kita memetik dua hukum:
(Pertama): Wajib berpindah dan berhijrah dari negara kafir ke negara Islam. Al-Qurtubi telah
meriwayatkan dan Ibnu Al ‘Arabi katanya: “Berhijrah di zaman RasuluLlah adalah wajib dan fardhu —
ianya tetap akan kekal ‘wajib’ hingga ke hari Kiamat — yang putus atau dimansuhkan kerana pembukaan
Makkah, itu semata—mata untuk Nabi sahaja. Kalau seseorang itu tinggal menetap di negara kafir maka
dianggap durhaka — Tafsir Al- Qurtubi.
Begitu juga tempat-tempat lain dianggap sama ta’rifnya dengan negara kafir, andaikata orang
Islam tidak dapat mempraktikkan suruhan agamanya seperti sembahyang, puasa, sembahyang
berjama’ah, mengazan dan sebagainya demi suruhan yang lain.
Dalil yang menunjukkan sedemikian ialah firman Tuhan yang berbunyi:
إِنَّ الَّذِينَ تَوَفَّاهُمُ الْمَلآئِكَةُ ظَالِمِي أَنْفُسِهِمْ قَالُواْ فِيمَ آُنتُمْ قَالُواْ آُنَّا مُسْتَضْعَفِينَ فِي الأَرْضِ قَالْوَاْ أَلَمْ تَكُنْ أَرْضُ اللّهِ وَاسِعَةً
فَتُهَاجِرُواْ فِيهَا فَأُوْلَئِكَ مَأْوَاهُمْ جَهَنَّمُ وَسَاءتْ مَصِيرًا ( 97 ) إِلاَّ الْمُسْتَضْعَفِينَ مِنَ الرِّجَالِ وَالنِّسَاء وَالْوِلْدَانِ لاَ يَسْتَطِيعُونَ
( حِيلَةً وَلاَ يَهْتَدُونَ سَبِيلاً ( 98
Yang bermaksud:
“Sesungguhnya mereka-mereka yang diwafatkan Malaikat dalam keadaan menganiaya diri
sendiri, (kepada mereka) Malaikat bertanya: “Dalam keadaan bagaimana kamu ini?” Mereka
menjawab: “Adalah kami orang-orang yang tertindas di negeri Makkah.” Para Malaikat
berkata: “Bukankah bumi Allah itu luas, sehingga kamu dapat berhijrah di bumi itu?” Mereka itu
tempatnya ialah Jahannam dan Jahannam itu seburuk-buruk tempat kembali. Kecuali mereka
yang tertindas lelaki atau wanita atau kanak—kanak yang tidak mampu, berdaya upaya dan tidak
rnengetahui jalan (untuk hijrah”.
(Surah Al-Nisa’ 4 : 97 — 98)
(Kedua): Selagi terdaya maka wajiblah umat Islam memberikan pertolongan sesama Islam walaupun
berlainan tempat tinggal dan negara. Para ‘ulama dan a’immah (Imam) Islam seluruhnya sepakat
menegaskan, sekiranya berlaku masalah untuk membebaskan tawanan atau memberi pertolongan kepada
yang lemah yang teraniaya daripada orang-orang Islam tetapi masalah ini telah diabaikan dan
ditinggalkan begitu sahaja maka sekalian Muslimin telah melakukan angkara murka dan dosa besar.
Fiqh Al-Sirah 1
103
Abu Bakar bin Al—’Arabi berkata: Sekiranya ada di antara kaum Muslimin ditawan atau pun
lemah maka wajib dihulurkan tangan pertolongan untuk membebaskan mereka, wajib dikorbankan
habis—habisan, kita mesti tampil keluar menyatukan suara dan mengembelingkan tenaga sekiranya
bilangan cukup atau pun membelanjakan harta kekayaan demi membebaskan mereka, biar jangan
tertinggal sesen pun di dalam kocek.
Seperti yang dikatakan bahawa kaum Muslimin wajib tolong menolong antara satu sama lain demi
kepentingan bersama, dan sebaliknya tidak harus bertolongan atau bermuhibbah dengan bukan Islam. Ini
ialah apa yang ditegaskan oleh Allah dálam kitabNya:
( وَالَّذينَ آَفَرُواْ بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاء بَعْضٍ إِلاَّ تَفْعَلُوهُ تَكُن فِتْنَةٌ فِي الأَرْضِ وَفَسَادٌ آَبِيرٌ ( 73
Yang bermaksud:
“Sekali lagi Ibnu A1-’Arabi menegaskan: Allah memutus dan melarang persaudaraan antara
kafir dengan Mu’min, sebagai gantinya ialah persaudaraan sesama Islam dan pihak kafir pula
bersaudara sesama mereka, tolong-menolong demi kepentingan agama dan kepercayaan mereka
sendiri.”
(Surah Al-Anfal 8: 73)
Tidak syak lagi di dalam usaha melaksanakan ajaran Ilahi, ukhuwwah dan bantu-membantu
merupakan asas pertolongan dan kemenangan umat Islam setiap masa, sebaliknya kecuaian pada
menjalankan perintah Allah, inilah punca kemerosotan umat Islam dan perpecahannya yang boleh
dikoyak-koyakkan oleh seterunya (musuh Islam) di mana-mana sahaja.
Adapun orang-orang yang kafir sebahagian mereka menjadi pelindung bagi sebahagian yang lain.
Jika kamu (orang Muslimin) tidak melaksanakan apa yang tidak diperintahkan Allah itu nescaya akan
terjadi kekacauan di muka bumi dan kerosakan yang besar




















No comments:

Post a Comment