Sunday, March 22, 2015

alyaqin la yuzalu bisyak

™KAEDAH ASAS 2
™KEYAKINAN TIDAK HILANG DENGAN KERAGUAN
™KAEDAH 10
الأصل فى الكلام الحقيقةُ
™Maksudnya :

“ HUKUM ASAL PADA SESUATU UCAPAN ITU DIKIRA MAKNANYA YANG HAKIKI.”
™HURAIAN KAEDAH

Kalimah al-haqiqah (الحقيقة)
™menurut bahasa : hak terhadap sesuatu apabila ia tetap.
™Menurut istilah : makna asal yang diberikan kepada sesuatu lafaz ucapan, sama ada ia menurut istilah percakapan seperti : (penggunaan lafaz membunuh : menghilangkan atau melenyapkan nyawa atau roh).
™Menurut istilah syarak : penggunaan lafaz wasiat ialah pemilikan atau memiliki apa yang diberikan dengan pelaksanaan selepas pewasiat meninggal dunia.
™Kalimah al-majaz (المجاز) pula ialah sebalik kepada pengertian hakikat. (makna lain yang diberikan terhadap lafaz ucapan).

™Melainkan sekiranya antara hakikat dengan majaz itu ada hubungan yang dimaksudkan oleh pengucapnya/orang yang bercakap terhdap lafaz yang diucapkan.
™Hal ini berdasarkan kepada qarinah (tanda) yang menunjukkan pengucap itu inginkan/maksudkan ialah bukan makna hakiki, iaitu makna majazi.
™Contoh : Perkataan MAHKAMAH (hakikat : tempat menjalankan perbicaraan dan hukum) (
™CONTOH : majaz : bermaksud hakim, maka dikira hakim. Seseorang berkata : “ Mahkamah telah menjatuhkan hukuman).

** Kaedah ini membawa maksud, dalam sesuatu kalimah/ucapan itu seharusnya diertikan dengan pengertian hakiki atau erti yang sebenarnya.

** Selaras dengan lafaz kaedah ( حق الكلام أن يحمل على حقيقته) yang maksudnya : Hak sesuatu ucapan itu ialah dibawa kepada hakikatnya.
™RUMUSAN KAEDAH
™Hakiki ialah sebalik kepada majazi : pengertian yang TIDAK JELAS/berbeza daripada pengertian biasa.
™Antara majazi dan hakiki masih ada hubungan iaitu apabila di antara kalimah tersebut ada qarinah (tanda) yang menunjukkan kepada erti yang bukan hakiki.
™Melalui kaedah ini, pengamalan/pelaksanaan sesuatu ucapan orang yang bercakap itu hendaklah berdasarkan kepada maknanya yang hakiki terlebih dahulu kecuali terdapat tanda yang bermaksud majaz.
™**RUMUSAN : apabila sesuatu ucapan ditafsirkan menurut ertinya yang hakiki/secara majazi, maka maksud yang HAKIKI seharusnya dipakai dan dipegang.
™HUKUM FURU’
1.Seseorang yang mewakafkan harta kepada anknya atau walad. Menurut pendapat yang lebih tepat, ia membawa maksud anak sahaja, tidak termasuk cucu atau walad al-walad. Berdasarkan maksud sebenar, perkataan “walad” untuk “anak” sahaja. Iaitu Walad al-Sulb anak kandung bukan cucu.
2.Seseorang bersumpah tidak akan memakan lembu yang ia beli. Ia dikira melanggar sumpahnya jika ia memakan daging lembu tersebut, namun jika meminum susunya TIDAK mengapa. Hal itu kerana daging merupakan makan HAKIKI dan susunya merupakan makna MAJAZI.
™KAEDAH 11
إذَا تَعَذَّرَ الحقيقةُ يُصَارُ الى المجَاَزِ
™Maksudnya :

“APABILA SESUATU LAFAZ SUKAR DIERTIKAN SECARA HAKIKI, DIPINDAHKAN KEPADA PENGERTIAN MAJAZI.”
™HURAIAN KAEDAH
™Kaedah ini dikaitkan dengan lafaz kaedah lain, antaranya ialah :
1.(الأصل فى الكلام الحقيقته، وإذا تَعَذَّرَت الحقيقة ُيصَارُ الى المجاز) maksudnya : Asal pada ucapan ialah hakikat dan apabila terdapat keuzuran pada hakikat itu, berpindah kepada pengertian majaz.
2.(الأصل فى الألفاظ الحقيقة عند الإطلاق وقد يُصَرِّفُ الى المجاز بالنِّية ) maksudnya : Asal lafaz-lafaz ucapan ialah hakikat ketika dalam bentuk muthlak dan kadang kala ia bertukar kepada pengertian majaz dengan sebab niat.


3. (الأصل فى الألفاظِ الحقيقةُ عندَ الإطلاقِ فلا تحُمَلُ عى المجاز إِلاّ بِدليل) maksudnya : asal pada ucapan ialah hakikat ketika keadaan mutlak, dan ia tidak boleh dibawa kepada pengertian majaz melainkan dengan ada dalil.

** Kaedah ini bermaksud, apabila pengertian hakiki itu tertegah atau sukar atau tidak dapat difahami atau tidak dapat dilaksanakan, waktu itu ia hendaklah dibawa kepada pengertian majazi.
™RUMUSAN
™Setiap pengucapan dan kalimah diberi haknya serta pelaksanaannya dari sudut hakikat dan kesahihannya.
™Sesuatu lafaz pada dasarnya seharusnya diamalkan atau dilaksanakan menurut pengertiannya yang HAKIKI dan itulah KAEDAH asalnya.
™Ia dibawa dengan lafaz kaedah (حق الكلام أن يحمل على حقيقته) maksudnya : “Hak pengucapan itu bahawa ia dibawa atau ditanggung terhadap hakikatnya.”
™Sekiranya keadaan pengertiannya yang HAKIKI tidak dapat dilaksanakan, pengertian dan perlaksanaannya akan berpindah kepada pengertian MAJAZI.
™Hal ini adalah jalan penyelesaian atau ikhtiar untuk melaksanakan sesuatu ungkapan itu dan menghindari semampu yang BOLEH daripada mengabaikannya.
™HUKUM FURU’
1.Seorang lelaki bersumpah TIDAK akan makan pokok durian. Menurut pengertian hakiki dia tidak akan makan batang dan dahannya. Namun, pengertian hakiki tersebut SUKAR serta tidak dapat dilaksanakan. Waktu itu, berpindah perlaksanaannya kepada pengertian MAJAZI, iaitu tidak akan makan buah durian.
2.CONTOH yang terdapat dalam firman Allah ketika anak-anak Nabi Yaakub mengatakan ucapan dan pengakuan mereka dihadapan bapa mereka. Sebagaimana firman Allah: “ dan bertanyalah kepada penduduk negeri (Mesir) yang kami telah tinggal padanya dan kepada orang-orang kafilah yang kami balik bersertanya.
3.Perkataan al-Qaryah ialah penduduk negeri Mesir, bukannya negeri Mesir itu sendiri. Iaitu bertanyalah wahai bapaku kepada penduduk dan ahli Mesir sana mengenai keadaan sebenar.


™KAEDAH 12
مَنْ شَكَّ أَفْعَلَ شَيئًا أَمْ لاَ فَالأَصْلُ أَنَّهُ لمَ يفعلْ
™Maksudnya :

“SESIAPA YANG SYAK ADAKAH IA TELAH MELAKUKAN SESUATU ATAU BELUM, DIANGGAP IA BELUM MELAKUKANNYA.”
™HURAIAN KAEDAH
™Kaedah ini antara lain bermaksud sesiapa yang ragu-ragu atau syak apakah dia telah melakukan sesuatu itu atau belum lagi melakukannya. Hukum yang lebih kuat dan kukuh dalam keadaan tersebut, ia dikira belum lagi melakukannya.
™HUKUM FURU’
1.Jika seseorang syak adakah ia meninggalkan salah satu rukun sewaktu sembahyang/ibadat wajib lain. Hukumnya ia mestilah mengulangi apa yang disyaki atau dirasakan belum melakukannya itu.
2.Jika seseorang syak samaada ia telah berwudhuk atau belum, ia mestilah berwudhuk, kerana asalnya belum berwudhuk.
3.Seseorang yang syak telah bersujud sahwi atau belum, ia hendaklah bersujud sahwi.
™KAEDAH 13
مَنْ تَيَقَّنَ الفعلَ وَشَكَّ فيِ القَليِلِ أو الكَثيِرِ حمُِلَ عَلىَ القليلِ أنَّهُ المُتَيَقَّنُ
™Maksudnya :

“SESIAPA YAKIN MELAKUKAN SESUATU AMALAN, NAMUN RAGU-RAGU TENATANG SEDIKIT ATAU BANYAKNYA, DIKIRA YANG SEDIKIT. KERANA IA LEBIH MEYAKINKAN.”
™HURAIAN KAEDAH
™Bermaksud apabila ada keraguan yang muncul selepas seseorang melakukan amalan, samaada ia telah menunaikannya kurang atau lebih, banyak atau sedikit.
™Ia hendaklah mengira yang KURANG atau SEDIKIT, kerana yang sedikit jumlahnya itulah yang diyakini.
™Konteks ini disokong oleh kaedah lain, sebagaimana yang dijelaskan oleh Imam Syafi’I :

(ان ما ثبت بيقين لا يرتفع إلا) maksudnya : sesungguhnya apa yang tetap berdasarkan sesuatu yang meyakinkan, ia tidak dapat diubah melainkan dengan ada sesuatu yang meyakinkan juga.
™HUKUM FURU’
1.Seseorang yang syak samaada ia telah membasuh 2 atau 3 kali. Ia hendaklah mengira yang paling SEDIKIT serta membasuh sekali lagi untuk kali ketiganya.
2.Seorang suami syak samaada ia telah menceraikan isterinya dengan talak satu atau lebih. Ia hendaklah mengira yang paling SEDIKIT.
™KATEGORI KEDUDUKAN ASAL DAN ZAHIR
™Dirumuskan dalam TIGA (3) kategori
™1. KAEDAH : (تَعاَرُضُ الأصْلِ وَالظَّاهِر)






Maksudnya : “Berlaku pertentangan antara asal dengan zahir. “
™HURAIAN KAEDAH :
™Imam al-Nawawi menyebutkan pendapat yang lebih tepat dimana Ibn al-Solah menyatakan : Apabila berlaku pertentangan di antara asal dengan zahir, hendaklah diperhatikan terhadap ketentuan tarjihnya.
™Iaitu sama keadaannya dengan berlaku pertentangan di antara DUA dalil.
™Sekiranya kedua-duanya SAMA kukuh @ SUKAR ditentukan yang mana LEBIH kukuh, maka hendaklah dikembalikan kepada masalah yang mempunyai DUA pendapat.
™Jika DALIL yang ZAHIR itu LEBIH KUKUH, maka yang KUKUH diamalkan tanpa ada PERSELISIHAN pendapat.
™HUKUM FURU’
™Pertentangan di antara zahir dengan asal dapat dipecahkan kepada EMPAT bahagian :
™1) Asal lebih KUKUH secara PASTI.
™Antara hukum furu’ ialah : seseorang yang solat, kemudiannya datang syak sama ada dia telah solat DUA @ TIGA rakaat. Dikira DUA rakaat, iaitu beramal dengan ASALNYA tanpa ada PERSELISIHAN pendapat ulama.

™2) Zahir lebih KUKUH secara PASTI. Antara hukum furu’ :

( 1) sebidang TANAH yang berada di tebing @ tepi sungai (zahirnya menunjukkan tanah tersebut TIDAK BOLEH disewakan). Ini berkemungkinan boleh dihakiskan oleh banjir @ ditenggalami air yang menyebabkannya TIDAK DAPAT disewakan kepada orang lain.

(2) Air yang mengalir dari tempat MANDIAN umum dikira NAJIS kerana zahirnya dan pada UMUM ada orang KENCING dan buang air besar di situ serta perkara lain yang menguatkan ia menjadi NAJIS . (seperti : kencing lembu, kambing, kerbau dan lainnya).


™3) Asal LEBIH KUKUH menurut pendapat yang LEBIH TEPAT. Antara hukum furu’ :
(1)Sesuatu yang tidak dapat dipastikan kenajisannya, namun secara umumnya ia adalah NAJIS. (contoh : bekas simpanan dan pakaian penagih arak) . Terdapat DUA pendapat mengenainya. Menurut yang LEBIH TEPAT, kedudukannya dikira suci. Alasannya kerana ia dikembalikan kepada ASAL.
(2)Seseorang yang sedang berihram menyikat rambut, didapati daripada janggutnya gugur beberapa helai. Keadaan ini terdapat DUA pendapat. Menurut pendapat yang LEBIH TEPAT, ia TIDAK WAJIB membayar FIDYAH. (alasannya tiada bukti dan asalnya ia BEBAS daripada tanggungjawab)

™4) Zahirnya LEBIH KUKUH daripada ASAL. Antara hukum furu’ :
(1)Seorang yang datang dari ARAH hadapan IMAM sedang solat, kemudian jadi MAKMUM kepada imam tersebut. Namun, ia adalah SYAK apakah ia mendahului kedudukan imam tersebut atau tidak. Dalam hal itu, terdapat DUA pendapat. Menurut pendapat yang LEBIH TEPAT, SAH solat jama’ahnya. Pendapat lain mengatakan TIDAK SAH (alasannya kerana asalnya ia TIDAK BERADA dibelakang imam tersebut).
(2)Dua orang yang mengadakan AKAD muamalat berselisih pendapat berkenaan SAH @ BATAL akad tersebut. Hal itu ada DUA pendapat. Menurut pendapat LEBIH TEPAT, yang benar ialah pengakuan orang yang mengakui AKAD itu SAH (alasannya zahir berlangsungnya akad-akad di kalangan muslimin berdasarkan kaedah syarak). Pendapat lain mengatakan TIDAK SAH (alasannya tiada AKAD).
™2. KAEDAH : (تَعَارُضُ الأصليَنِ )






Maksudnya :

“Berlaku pertentangan antara dua asal. “
™HURAIAN KAEDAH
™Menurut pendapat Ibn al-Rifa’ah, (pertentangan dua asal) ialah apabila satu sudut terdapat ASAL, manakala sudut lain pula terdapat DUA asal). Untuk itu, apa yang dikukuhkan ialah mempunyai DUA ASAL serta tidak berlaku perselisihan pendapat.

™HUKUM FURU’
™1) Dua orang sahabat berselisih berkaitan hamba perempuan mengandung yang dijual. Penjual berkata : Hamba tersebut melahirkan kandungannya sebelum berlaku akad jual beli sedangkan pembeli menafikannya. Menurut pendapat Syeikh Abd Hamid, yang dibenarkan ialah pengakuan penjual (alasannya kerana asalnya pemilikan terhadap hamba tersebut masih ditangannya).
™2) Seseorang makmum yang masbuq mendapati imam sedang ruku’, namun ia meragui samaada imam telah berpindah daripada ruku’ sebelum ia mendapat ruku’. Dalam masalah ini, terdapat DUA pendapat : Pendapat lebih tepat makmum tersebut tidak mendapat rakaat itu (alasannya kerana asalnya ia tidak mendapat rakaat). Pendapat lain mengatakan ia mendapat rakaat (alasannya kerana masih ada ruku’)
™3. KAEDAH : (تَعاَرُضُ الظَّاهِرِين)






Maksudnya : “Berlaku pertentangan di antara dua zahir. “
™HUKUM FURU’
™Antara masalah yang berlaku pertentangan di antara dua ZAHIR, contohnya sebagaimana yang dijelaskan oleh ulama ialah : seseorang wanita mengikrarkan berlaku perkahwinan dan ikrar tersebut dibenarkan oleh orang yang diikrarkan. Penjelasannya ialah :
™1)menurut qau jadid imam Syafi’i, ikrar wanita tersebut diterima. Kerana dari sudut zahirnya ia menunjukkan kebenaran yang mana di antara pembuat ikrar dan orang yang diikrarkan saling membenarkan atau mengakui.
™2)Menurut qaul qadim Imam Al-Syafi’I, jika di antara pembuat akaun dan orang yang diakui itu menetap dalam satu daerah, hendaklah dibawa saksi. (SUDUT ZAHIRNYA IA BERTENTANGAN DENGAN ZAHIR YANG LAIN). Iaitu dua orang yang telah mengetahui keadaan diri masing-masing serta mudah bagi kedua-duanya membawa SAKSI.



No comments:

Post a Comment