Sunday, March 22, 2015

Addhoror yuzal

nالضرار يزال
nBahaya mesti di hapuskan
n
Tidak boleh sama sekali melakukan atau membuat kerosakan dan kemudaratan terhadap diri sendiri lebih-lebih lagi pada orang lain. Lantaran itulah,dalam keadaan tersebut ia wajib dihindarkan atau dihilangkan sama ada ia berkaitan dengan hak umum atau dengan hak khas
n
Sumber asal kaedah
Firman Allah :
“Dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi sesudah Allah menyediakan segala yang membawa kebaikan padanya
Sedang Allah tidak suka kepada orang-orang yang melakukan kerosakan
“…dan jgnlah kamu pegang mereka(rujuk semula) dgn maksud memberi mudarat,kerana kamu hendak melakukan kezaliman(terhadap mereka)…”
n
Sabda Nabi S.A.W.:
“Tidak ada bahaya dan tidak membahayakan”
“Rasulullah s.a.w. melarang jual beli berdasarkan tipu”
n
Hukum Furu’
 Diharuskan membunuh binatang yang membahayakan serta merosakkan
n
Wajib menjaga diri daripada penyakit dan berubat apabila berpenyakit.
n
Kaedah pecahan 1
الضرار لا يزال بالضرار
Kemudaratan tidak boleh dihilangkan
dengan kemudaratan.
n
Hukum Furu
Doktor tidak boleh mengambil darah seseorang untuk di tambah kepada pesakit yang perlukan darah jika darahnya diambil menyebabkan ia pula akan tenat atau menyebabkan kematian.
n
Hukum Furu
Doktor tidak boleh mengambil darah seseorang untuk di tambah kepada pesakit yang perlukan darah jika darahnya diambil menyebabkan ia pula akan tenat atau menyebabkan kematian.
n
Kaedah Pecahan 2
الضرار الأشد يزال بالضرار الأخف
Kemudaratan lebih berat dihilangkan dengan melaksanakan kemudaratan lebih ringan.
n
Hukum Furu
Memenjarakan suami atau bapa yang enggan menunaikan nafkah terhadap isterinya dan anak-anak. Jika enggan juga boleh di sebat.
n
Kaedah pecahan 3
درء المفاسد مقدم على جلب المصالح
Menolak kerosakan didahulukan daripada mengambil kemaslahatan
n
Hukum Furu
Sembahyang tanpa menutup aurat sepenuhnya asalnya tidak boleh. Namun jika syarat tersebut tidak dapat dipenuhi, harus mendirikan sembahyang dengan keadaan demikian demi mendahulukan kepentingan dan kemaslahatan sembahyang berbanding meninggalkan sembahyang.
n
Kaedah pecahan 4
يتحمل الضرر الخاص لدفع الضرر العام
Ditanggung kemudaratan berbentuk khas untuk menolak kemudaratan berbentuk am.
n
Hukum Furu
Peniaga dilarang menaikkan harga barang sesuka hati ketika negara atau masyarakat menghadapi kekurangan barang keperluan asasi,ubatan serta pakaian.
n
Kaedah pecahan 5
الضرر يدفع بقدر الإمكان
Kemudaratan dibendung semungkin yang dapat.
n
Hukum Furu
Umar mengambil tindakan membakar kedai arak supaya atau agar tidak timbul masaalah dan kemudaratan yang lebih besar.
n
Kaedah pecahan 6
الضرر لا يكون قديما
Kemudaratan yang terjadi tidak boleh dianggap telah lama terjadinya.
n
Hukum Furu
Diharuskan menghalang doktor berpenyakit sawan merawat pesakit. Tegahan tersebut tidak seharusnya disanggah atas dasar doktor tersebut telah lama berkhidmat. Kerana ia boleh membahayakan orang ramai.

n

No comments:

Post a Comment