Sunday, March 22, 2015

Adat Muhakkamah

›Kaedah 6

›Berlaku pertentangan antara ‘uruf umum dan ‘uruf khas

›Pengertian
›‘uruf umum
›Adat kebiasaan yang berlaku di kalangan semua umat Islam di seluruh negara Islam.
›Memberi kesan kepada hukum
›‘uruf khas
›Adat kebiasaan yang hanya berlaku di kalangan sesetengah negara umat Islam sahaja.
›Memberi kesan kepada hukum.
›Huraian kaedah
›Apabila perkara yang dikhususkan itu tertentu atau terhad, tidak ada apa-apa kesan dan pengaruh sedikit pun. contoh: seandainya tempoh haid wanita tertentu kurang daripada ‘uruf atau kebiasaan yang berlaku di kalangan wanita-wanita lain. Hendaklah dirujuk umum.
›Sekiranya perkara yang dikhususkan tidak terhad, iaitu umum. Maka yang diiktibarkan ialah yang umum. contoh: kebiasaan umum sesuatu kaum mengurung ternakan mereka waktu malam dan menjaga tanaman mereka waktu siang.
›Kaedah 7

›‘uruf dan kebiasaan yang berterusan dalam sesuatu kawasan, apakah adat kebiasaan mereka itu berada pada kedudukan syarat? Hal ini ada beberapa keadaan.
›Rumusan kaedah
›Kaedah itu membawa pengertian, apabila orang ramai telah mengetahui secara umum atau menjadi kebiasaan mereka berurusan di antara mereka tanpa menetapkan syarat yang jelas. Justeru, adat kebiasaan sebegitu wajib dijaga atau diambil kira dalam komunikasi mereka, kerana ia berada pada kedudukan seperti syarat yang jelas.
›Hukum furu’
›Seseorang menggunakan barangan orang lain tanpa menggunakan akad. Namun adat kebiasaan penggunaannya, terhadap pengguna mesti menjelaskan bayaran. Jadi, pengguna wajib membayarnya. Kerana dikira terkenal dalam masyarakat.
›Pengecualian daripada kaedah
›Seseorang menyerahkan sepotong kain kepada tukang jahit supaya dijahit tanpa menyatakan berkaitan upahnya. Namun, yang berlaku pada adat kebiasaan, sesuatu pekerjaan diupah. Konteks tersebut, apakah adat kebiasaan berada pada kedudukan syarat upah?. Hal itu ada perselisihan pendapat. Menurut pendapat yang lebih tepat dalam mazhab syafie, ia tidak menjadi sesuatu syarat.

›Kaedah 8

›Adat kebiasaan yang menerima pengertian dari sudut lafaz-lafaz ialah adat kebiasaan yang berlaku masa lampau, bukan yang terkemudian.
›Hukum furu’
›Seseorang pelancong membuat pengakuan dengan nilai 10, 000 secara mutlak dalam negara yang mana nilai 10,000 di negara tersebut kurang berbanding dengan nilai mata wang di negaranya. Berdasarkan kaedah tersebut, menurut pendapat lebih tepat, ia seharusnya menerima nilai mata wang yang kurang.
›Pengecualian daripada kaedah
›Apabila sesuatu ‘uruf atau adat kebiasaan berlaku atau hanya berterusan beberapa bulan tertentu sahaja, iaitu tidak secara berterusan. Jadi kembali kepada kaedah “didasarkan kepada hal yang berlaku selepasnya, bukan mengenai apa yang berlaku sebelum adat kebiasaan itu”
›Kaedah 9
›Yang diamalkan oleh orang ramai, merupakan hujah yang wajib beramal dengannnya.
›Hukum furu’
›Apabila dalam perkara yang tidak ada nas syara’. Contoh: sukatan dan timbangan, diiktibarkan ialah adat penduduk sesuatu kawasan dan negeri.
›Kaedah 10
›Hakikat ditinggalkan dengan ada petunjuk menurut adat
›Hukum furu’
›Seseorang membeli barang dengan membayar deposit atau pendahuluan sahaja. Namun sebelum ia mengambilnya, harga telah naik. Penjual tidak boleh membatalkan jual beli itu atau menjual barang tersebut kepada orang lain dengan alasan jual beli belum terlaksana sepenuhnya.

Sekiranya yang berlaku dalam adat kebiasaan masyarakat, setelah dibayar sebahagian jumlah harga barang, dikira berlaku akad. Untuk itu, adat dikira sebagai petunjuknya.



No comments:

Post a Comment