Sunday, March 22, 2015

Sad az dzaraie'



1.0 PENDAHULUAN

Al-Dhara’i merupakan dasar istinbat hukum yang digunakan oleh imam Malik dan Ahmad sebagaimana juga perkataan tersebut digunakan secara jelas dalam kitab-kitab ulama mazhab maliki dan Hanbali. Konsep al- Dhari’ah tersebut sebenarnya bukanlah sekadar dinilai dan ditinjau sudut niat dan maksud, namun ia juga dilihat skop manfaat umum atau melihat kepada pencegahan mudarat umum. Berdasarkan penjelasan tersebut, sumber ketetapan hukum terbahagi kepada dua, iaitu:

1. Tujuan atau maqasid iaitu perkara-perkara yang mengandungi maslahah atau mafsadah.

2. Perantaraan atau wasa’il. Iaitu jalan-jalan atau perantaraan yang membawa kepada maqasid, yang mana hukumnya mengikut perbuatan yang menjadi tujuannya atau maqasid, sama ada berbentuk halal atau haram.

Oleh itu, al- Dhari’ah dapat dilaksanakan dan digunakan apabila sesuatu perbuatan itu mengakibatkan mafsadah atau kerosakan yang ditetapkan berdasarkan nas. Justeru itu, dalam keadaan itu menutup al- Dhari’ah atau Sadd al- Dhara’i dituntut dan hendaklah dilaksanakan disebabkan ada mafsadah atau kerosakan yang diketahui dengan berdasarkan nas. Begitu juga sebaliknya, apabila sesuatu perbuatan itu mengarahkan kepada perbuatan halal yang ada nasnya, membuka al- Dhara’i dilakukan disebabkan ada maslahah yang diketahui berdasarkan nas juga.

Menurut Ustaz Abd. Latif Muda, Ustazah Rosmawati Ali (2011), di antara masalah Fiqh yang mendatangkan hukum harus dan wajib berdasarkan al- Dhara’i ialah:

1. Menjual dan mengimport barangan dituntut. Sebagaimana yang dijelaskan melalui hadis riwayat Umar al Khattab, Nabi bersabda[1]

الْجَالِبُ مَرْزُوقٌ

Maksudnya: “Orang yang membawa barangan diberi rezeki.”

2. Memberi rasuah kepada pemerintah dan hakim untuk mencegah berlaku kezaliman, apabila tiada cara lain. Hal itu diharuskan menurut majoriti ulama mazhab Hanbali dan Maliki[2].

2.0 PENGERTIAN SADD AL-DHARI’AH

Sadd al-Dhari’ah (سد الذريعة) terdiri daripada dua perkataan iaitu: Sadd (سد) dan al-Dhari’ah (الذريعة). Sudut bahasa, kalimah Sadd (سد) merupakan masdar daripada (سد يسد سدا). Perkataan Sadd tersebut bererti: menutup sesuatu yang cacat atau rosak. Sedangkan al-Dhari’ah merupakan kata benda atau isim tunggal yang bererti: Jalan atau wasilah dan sebab terjadinya sesuatu. Bentuk jamak dari perkataan al-Dhari’ah adalah al-Dhara’i’[3].

Al-Dhara’i dari segi bahasa merupakan kata jama’ daripada perkataan al-Dhari’ah. Yang mana ia membawa maksud jalan atau perantaraan dan wasilah yang digunakan oleh seseorang untuk menghubungkan dengan sesuatu, sama ada sesuatu itu berbentuk kerosakan atau kemaslahatan, berbentuk ucapan atau perbuatan, fizikal dan rohani, dihalalkan atau diharamkan[4].

Menurut Kamus Mu’jam al-Tullab pula, Sadd membawa maksud mendapat, tegap dan lurus. Manakala al-Dhara’i pula bererti sesuatu yang membawa kepada sesuatu yang lain sama ada memberi kesan baik atau buruk[5]. Di samping itu, Sadd juga bermaksud penghalang antara dua perkara, manakala al-Dhara’i pula bermaksud jalan atau penyebab kepada sesuatu perkara. (Mu’jam al-Wasit 1979: 423)

Selain itu, al-Dhara’i merupakan kata jamak daripada perkataan Dhari’ah yang memberi maksud jalan-jalan atau lorong-lorong. (Abbas mutawalli Hamadah 1968:265). Al-Dhara’i juga bermaksud perantaraan yang menjadi penghubung kepada sesuatu sama ada sesuatu yang boleh dicapai dengan pancaindera atau makna iaitu baik atau buruk[6]. Walaubagaimanapun, kebiasaan penggunaan perkataan al-dhara’i selalu merujuk kepada makna keburukan. (‘Abdul Karim Zaidan 2009:195)

Manakala dari segi istilah pula sadd al-dhara’i bermaksud menutup atau mencegah perkara-perkara yang dapat mendorong seseorang kepada hal yang dilarang dalam agama. Dengan erti kata yang lain, setiap perbuatan yang pada asalnya diizinkan tetapi datang sesuatu yang menyebabkan perbuatan itu seringkali bertukar menjadi mafsadah. (‘Abdul Mujieb 1997:48)

Menurut Ustaz Abd. Latif Muda dan Ustazah Rosmawati Ali. (2001), pengertian al- Dhari’ah daripada sudut bahasa secara lebih jelas dapat dibahagikan kepada dua jenis[7], iaitu:

i. Sadd al- Dhara’i iaitu sesuatu perkara itu merupakan perantaraan atau wasilah kepada sesuatu perkara yang ditegah serta mengandungi kerosakan atau perkara yang diharamkan. Hal tersebut kerana perkara yang merosakkan adalah ditegah.

ii. Fath al- Dhara’i iaitu mengambil jalan perantaraan atau wasilah yang mana natijah atau hasilnya membawa kepada kemaslahatan. Hal itu kerana kemaslahatan itu sesuatu yang dituntut.

Maksud perkataan Sadd al- Dhara’i dari sudut ulama Usul al-Ahkam pula ialah:

i. Sesuatu perkara yang mana sudut zahirnya adalah harus, namun hakikatnya ia membuka laluan kepada melakukan perkara yang ditegah dan diharamkan.

ii. Mencegah dan melarang terhadap sesuatu perkara yang boleh membawa tegahan disebabkan ada kerosakan. Contohnya: memandang aurat ajnabi. Hal ini kerana ia membuka laluan ke arah bahaya zina. Oleh itu tegahan melihat aurat dinamakan dengan Sadd al- Dhari’ah [8].

Dr. Ab. Latif Muda (2012) dalam bukunya yang berjudul Usul Fiqh dan Kaedah Fiqh menyatakan maksud Sadd al-Dhari’ah dari sudut istilah ialah:

1. Mencegah sesuatu perkara yang boleh membawa ke arah kerosakan dan bahaya. Sebagai contohnya: Melihat aurat wanita ajnabi diharamkan. Ia perlu dicegah kerana perbuatan tersebut membuka laluan ke arah zina.

2. Menghalang perkara harus yang boleh membawa kepada perkara haram. Iaitu sesuatu perkara yang tidak dilarang di dalamnya, tetapi ia dikhuatiri akan menjurus kepada sesuatu yang tertegah jika dilakukan.

3. Mengeluarkan hukum syarak mengikut kaedah menutup saluran kerosakan walaupun saluran itu pada asalnya harus. Berdasarkan kaedah ini, pihak kerajaan boleh mengambil tindakan menyekat sesuatu perkara untuk menjamin kebaikan rakyat dan Negara walaupun larangannya tidak ada di dalam nas al-Quran dan al-Sunnah.

Rumusannya, berbagai persoalan baharu muncul yang sebelumnya tidak dibahas secara terperinci dalam al-Quran dan Hadith. Dimana antara metod penetapan hukum yang dikembangkan ulama adalah Sadd al-Dhari’ah dan Fath al-Dhari’ah, iaitu:

1. Jika suatu perbuatan yang belum dilakukan diduga akan menimbulkan kerosakan, maka ditegah segala perkara yang mengarahkan kepada perbuatan tersebut. Metod hukum inilah yang dikenal dengan Sadd al-Dhari’ah.

2. Jika suatu perbuatan diduga kuat akan menjadi wasilah terjadinya perbuatan lain yang baik, maka diperintahkanlah perbuatan yang menjadi wasilah tersebut. Hal ini dikenali dengan istilah Fath al-Dhari’ah.



2.1 PERBEZAAN FATH AL-DHARI’AH DAN SADD AL-DHARI’AH

Lawan perkataan Sadd al-Dhari’ah adalah Fath al-Dhari’ah yang mana dalam mazhab Maliki dan Hanbali, al-Dhari’ah memang ada yang dilarang dan ada yang dianjurkan.

Hal ini diungkapkan oleh Imam al-Qarafi yang mewakili mazhab Maliki dan Ibn Qayyim al-Jawzi yang mewakili mazhab Hanbali. Al-Dhari’ah adakalanya dilarang sehingga larangan itu disebut Sadd al-Dhari’ah. Adakalanya ia dianjurkan sehingga perintah itu disebut Fath al-Dhari’ah.

Apa yang dapat difahami dengan konsep Fath al-Dhari’ah bermaksud: Menetapkan hukum atas sesuatu perbuatan tertentu yang pada dasarnya diharuskan, sama ada dalam bentuk mengharuskan (ibahah), menganjurkan (istihab), mahupun mewajibkan (ijab).

Hal itu kerana perbuatan tersebut menjadi saranan atau wasilah terjadinya perbuatan lain yang memang telah dianjurkan atau diperintahkan. Contoh dari Fath al-Dhari’ah antaranya:

1. Menunaikan solat Jumaat adalah wajib, maka wajib pula berusaha untuk sampai ke masjid dan meninggalkan perbuatan lain.

2. Menuntut ilmu adalah sesuatu yang diwajibkan, maka wajib pula segala hal yang menjadi saranan atau wasilah tercapai usaha menuntut ilmu, seperti: Membina sekolah.

Hakikatnya perbincangan dan perbahasan tentang Fath al-Dhari’ah tidak mendapat ulasan yang meluas dalam kalangan ulama Usul Fiqh. Hal itu kerana Fath al-Dhari’ah hanyalah hasil pengembangan konsep Sadd al-Dhari’ah. Seterusnya Sadd al-Dhari’ah itu sendiri tidak disepakati oleh ulama sebagai metod istinbat hukum. Contohnya; Ada ulama mengatakan ia sebagai dalil yang berdiri sendiri dan ulama lain yang berpendapat sebaliknya, bahkan ada golongan ulama menolaknya.

Sebahagian ulama al-Syafi’i menerapkan serta menggolongkan konsep Sadd al-Dhari’ah serta Fath al-Dhari’ah dalam kaedah (ما لم يتم الواجب إلا به واجب), maksudnya jika suatu kewajiban tidak sempurna dilaksanakan tanpanya, maka hal itu juga wajib dilaksanakan.



2.2 JENIS AL-DHARA’I DAN HUKUM

Al-Zarai’i’ dapat dibahagikan kepada 4 jenis utama. Bahagian serta hukum al-Zarai’i ialah[9]:

i. Pasti Bahaya Atau Pasti Membawa Kerosakan,

Iaitu perbuatan yang secara pasti membawa atau mendatangkan kerosakan atau mafsadah yang merangkumi perkara pasti membawa ke arah maksiat[10]. Antara lain, perbuatan yang dilakukan itu boleh membawa ke arah kerosakan atau mafsadah yang sememangnya ia ditegah sudut zatnya, (ان يكون موصلا إلى مفسدة وهو منهي عنه في ذاته). Antara contohnya zina kerana ia boleh membawa percampuran nasab keturunan serta rosak rumah tangga secara jelas. Seterusnya minum minuman memabukkan. Hal ini kerana ia membawa kerosakan sudut kewarasan akal.

Perbuatan sebegitu telah menjadi sepakat jumhur ulama dan tidak dipertikaikan lagi sudut tegahannya juga hendaklah dibendung dengan ditinjau sudut zat atau hakikat dirinya yang membawa kerosakan. Lantaran ulama Usul al-Ahkam tidak menggolongkan jenis al-Zari’ah atau bentuk itu dalam perbahasan. Iaitu sesuatu perkara yang secara pastinya membawa ke arah maksiat itu dikira tidak termasuk dalam Sadd al-Zarai’ sebenarnya. Namun begitu, ia termasuk dalam kategori kaedah: (ما لا يتم الواجب الا به فهو واجب) maksudnya: Sesuatu perkara wajib yang tidak sempurna, melainkan dengannya, ia juga adalah wajib.

ii. Dugaan Kuat membawa Kemudaratan.

Al- Dhari’ah yang menurut dugaan kuat atau zann akan menimbulkan bahaya dan kemudaratan, namun tidak diyakini dan tidak pula dianggap jarang. Untuk itu, dalam keadaan ini dugaan kuat disamakan dengan yakin. Hal itu kerana menutup jalan ke arah kemudaratan adalah wajib sebagai ikhtiar untuk berhati-hati terhadap terjadinya kerosakan. Erti kata lain lebih cenderung membawa kerosakan, sebaliknya jarang membawa ke arah kemaslahatan. Antara lain ia termasuk kategori perbuatan yang pada dasarnya diharuskan atau dianjurkan, namun secara sengaja telah dijadikan sebagai perantara atau wasilah oleh mukallaf untuk melakukan keburukan atau mafsadah[11]. Sebagai contohnya:

1. Sewa rumah kepada pelacur. Jumhur ulama sepakat ia mesti ditegah kerana besar kemungkinan akan menggunakannya sebagai pusat maksiat

2. Menjual buah anggur kepada pembuat arak.

3. Perkahwinan tahlil. Iaitu seseorang yang menggunakan akad perkahwinan dengan tujuan menghalalkan suami kembali kepada isterinya yang telah diceraikan talak tiga.

Perbuatan tersebut perlu ditegah kerana ia digunakan oleh mukalaf bukan pada tempatnya. Justeru, jumhur ulama sepakat, ia mesti ditegah.

iii. Berkemungkinan Membawa Bahaya Atau Banyak Membawa Kemudaratan Tetapi Tidak Sampai Tahap Ghalib

Al-Dhari’ah yang lebih banyak menimbulkan kerosakan, tetapi belum mencapai dugaan kuat ataupun tidak mencapai peringkat ghalib. Bentuk ini terdapat perselisihan ulama mengenainya[12]. Sebagai contohnya:

1. Jual barang cara ansuran atau Bai’ al-‘Inah. Iaitu seseorang menjual komputer secara ansuran setahun dengan harga RM2000. Kemudian dia membeli balik komputer yang dijualnya secara tunai sebelum setahun dengan harga RM1800. Ada 2 pendapat:

a. Menurut Imam Malik dan Imam Ahmad: Jual beli bentuk ini adalah haram kerana terdedah kepada amalan riba dan kebiasaannya jual beli bentuk ini terdedah kepada amalan riba. Antara lain mazhab tersebut menegahnya atas dasar berhati-hati.

b. Imam Abu Hanifah dan Imam al-Syafie: Harus kerana asal sesuatu harus dan tidak merosakkan. Manakala sudut niat, ia terserah kepada orang yang berurusan dengan muamalat tersebut. Justeru, unsur kerosakan tidak diutamakan kecuali ada dalil menunjukkan ia membawa kemudaratan atau haram.

2. Mahar Mithli atau menangguhkan bayaran mas kahwin. Menurut ulama mazhab Maliki, penangguhan bayaran mas kahwin makruh hukumnya, sekalipun ada tempoh penangguhan yang jelas dan pasti seperti setahun atau 6 bulan. Mereka menghukumkan makruh, sama ada penangguhannya separuh atau semuanya. Alasan mereka ialah dikhuatiri akan berlaku perkahwinan tanpa mas kahwin yang wajib untuk isteri.

Rumusannya, bentuk ini yang telah menjadi perselisihan ulama, sama ada perbuatan yang menjadi al-Dhari’ah tersebut wajib ditutup atau sebaliknya. Di mana ulama yang menyatakan ia perlu ditutup atas dasar ruang ke arah kemudaratan lebih utama berbanding kemaslahatan yang sedikit, manakala ulama yang menyatakan ia tidak perlu ditutup berdasarkan hukum asal adalah harus dan tidak sampai tahap ghalib.

iv. Jarang Membawa Bahaya Atau Kemudaratan

Al-Dhari’ah yang jarang membawa akibat kerosakan atau bahaya. Erti kata lain ia bermaksud maslahah atau kebaikan lebih kuat daripada keburukan atau mafsadah. Sebagai contohnya:

1. Gali perigi kawasan jarang dilalui orang atau di dalam kebun milik sendiri. Hal tersebut diharuskan kerana ia bukan laluan awam.

2. Melihat wanita calon isteri. Jumhur ulama sepakat ia harus, kerana tidak dikira membawa kerosakan dan diharuskan untuk lebih mengenali bakal isteri.









2.3 SUMBER PENGAMBILAN HUKUM SADD AL-DHARA’I

Menurut Ustaz Abd. Latif Muda, Dr. Rosmawati Ali (2001), ulama yang menggunakan Sadd al-Zarai’i’ sebagai hujah dan dalil hukum, khasnya Imam Malik dan Imam Ahmad dengan berdasarkan hujah dalil tertentu. Hal itu selaras dengan pendapat Imam Malik bahawa perkara yang harus dapat ditegah sekiranya ia membuka laluan kepada perkara maksiat. Antara hujah golongan tersebut ialah nas al-Quran, al-Sunnah dan lainnya:

a. AL-QURAN

i. Sebagaimana firman Allah:

$yg•ƒr'¯»tƒ šúïÏ%©!$# (#qãYtB#uä Ÿw (#qä9qà)s? $uZÏãºu‘ (#qä9qè%ur $tRöÝàR$# (#qãèyJó™$#ur 3 šúï̍Ïÿ»x6ù=Ï9ur ë>#x‹tã ÒOŠÏ9r& [13]

Terjemahan: Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengatakan ‘Ra’ina’ (ketika kamu berkata-kata dengan nabi Muhammad s.a.w.), sebaliknya katakanlah: ‘Unzurna’, dan dengarlah kamu (segala perintah dengan sebulat hati menerimanya).

Dimana kebiasaannya para sahabat ketika bertemu Baginda menyebut perkataan (راعنا) maksudnya: Meminta Baginda mengambil berat perkara yang mereka ajukan. Namun begitu, orang-orang Yahudi juga datang bertemu Baginda menggunakan perkataan itu dengan menukar maksudnya menurut bahasa Yahudi bermaksud: Mencaci Baginda. Lantaran itu Allah menegah penggunaan perkataan (راعنا) dan menggantikannya dengan perkataan (أنظرنا) bermaksud: Berilah perhatian kepada kami. Tegahan penggunaan perkataan tersebut adalah atas dasar Sadd al-Zarai’i’[14].

ii. Sebagaimana firman Allah[15]:

Ÿwur (#q™7Ý¡n@ šúïÏ%©!$# tbqããô‰tƒ `ÏB Èbrߊ «!$# (#q™7Ý¡uŠsù ©!$# #Jrô‰tã ÎŽötóÎ/ 5Où=Ïæ 3

Terjemahan: Dan janganlah kamu mencerca benda-benda yang mereka sembah selain Allah, kerana mereka kelak akan mencerca Allah secara melampaui batas dengan ketiadaan pengetahuan.

Ayat tersebut mengandungi tegahan mencela berhala walaupun ia adalah perkara sesat atau kufur. Hal itu demi menyekat atau tidak berlaku al-zari’ah perbuatan orang kafir mencerca Allah pula[16].

Hal itu juga sesuai dengan psikologi dan rasional, orang yang tuhannya dicaci besar kemungkinan akan membalas mencaci Tuhan yang diyakini oleh orang sebelumnya mencaci tuhan mereka.[17] Justeru itu, sebelum balasan caci maki itu berlaku, larangan mencaci tuhan agama lain merupakan suatu Sadd al-Dhari’ah.

b. AL-SUNNAH



a. Sebagaimana sabda Baginda riwayat Hassan bin Abi Sinan:

دَعْ مَا يَرِيبُكَ إِلَى مَا لاَ يَرِيبُكَ

Maksudnya: Tinggalkanlah apa yang meragukan kamu kepada apa yang tidak meragukan.

b. Sebagaimana sabda Baginda riwayat al-Nu’man bin Basyir[18]:

إِنَّ الحَلاَلَ بَيِّنٌ وَإِنَّ الْحَرَامَ بَيَّنٌ وَبَيْنَهُمَا مُتَشَبِهَاتٌ

Maksudnya: Sesungguhnya halal itu telah jelas dan yang haram telah jelas, apa yang ada di antara keduanya adalah perkara syubhah.

iii. Nabi menegah peniaga menyorok barangan supaya tidak membawa penipuan dan monopoli dalam pasaran harga.

Sebagaimana hadis riwayat Ma’mar bin Abdullah, sabda Baginda[19]:

لاَ يَحْتَكِرُ إِلاَّ خَاطِئُ

Maksudnya: Tidak melakukan sorok atau menimbun harta, melainkan orang yang berdosa.

Hal ini kerana menimbun atau menyorok barangan menjadi perantaraan atau al-zari’ah menyebabkan berlaku monopoli, naik harga barang secara tidak terkawal dan tekanan kepada pengguna.

iv. Nabi melarang para sahabat membunuh orang munafik walaupun mereka secara terang-terangan menyebarkan fitnah dalam kalangan umat Islam apabila bencana menimpa muslimin khususnya. Hal itu kerana dengan membunuh mereka merupakan al-zari’ah atau orang kafir mengutuk dan mengatakan: Muhammad s.a.w. membunuh kawan sendiri.

v. Nabi menegah orang yang memberi hutang daripada menerima sebarang hadiah daripada orang yang berhutang. Hal itu supaya ia tidak membawa kepada unsur atau tidak membuka ruang berlaku riba yang mana memberi dan menerima hadiah dijadikan sebagai ganti riba.

vi. Pengharaman melakukan akad nikah wanita ber’iddah, walaupun seseorang itu melewatkan mengadakan persetubuhan jika berkahwin. Hal itu atas dasar Sadd al-Zarai’ melakukan persetubuhan sebelum tamat ‘iddah. Antara lain juga ditegah meminang wanita ber’iddah secara jelas demi membendung atau al-zari’ah ke arah perkara lebih besar, iaitu berkahwin sewaktu ‘iddah.



c. KAEDAH FIQH

Terdapat banyak kaedah Fiqh yang diterapkan sebagai dasar penggunaan Sadd al-Dhari’ah, antaranya ialah:

درء المفاسد أولى من جلب المصالح

Maksudnya: menolak keburukan (mafsadah) lebih diutamakan daripada meraih kebaikan (maslahah).

Kaedah ini merupakan kaedah asas yang mencakupi masalah pecahan dan terbitan yang banyak di bawahnya termasuk metod Sadd al-Dhari’ah. Hal itu kerana dalam Sadd al-Dhari’ah terdapat unsur mafsadah yang perlu dihindari.



d. LOGIK AKAL

Secara logiknya seseorang membolehkan sesuatu perbuatan, maka semestinya dia juga membolehkan segala hal yang akan membawa kepada hal tersebut. Sebaliknya, jika seseorang melarang sesuatu perbuatan, maka semestinya dia juga melarang segala hal yang boleh membawa kepada perbuatan tersebut.

e. FATWA ULAMA

Menurut Dr. Ab. Latif Muda (2012), ulama mengeluarkan hujah dan berpegang dengan sumber ini atas alasan, tidak semua perbuatan manusia berfaedah dan baik, begitu juga tidak semua perbuatan manusia tidak baik.

Namun begitu, dalil Sadd al-Dhari’ah ini digunakan atas dasar menyekat keburukan serta berhati-hati. Ini kerana ada perbuatan manusia itu yang awalnya baik dan untuk kebaikan, namun kesudahannya membawa keburukan dan kerosakan, sama ada secara sengaja atau tidak.

Atas dasar ini terdapat beberapa perbuatan manusia yang diharamkan, buktinya ialah:

1. Orang Islam mengeluarkan senjata dan menjualkannya kepada musuh atau pemberontak yang ingin menjatuhkan kerajaan Islam. Ini kerana perbuatan tersebut menyebabkan musuh menyerang Negara Islam, walaupun pada dasarnya penjualan itu demi mendapatkan wang atau sumber ekonomi. Justeru, perbuatan sebegitu mestilah dicegah dan ditutup pintu bahayanya.

2. Orang yang memberitahu atau menunjukkan tempat persembunyian orang baik yang melarikan diri daripada orang zalim. Perbuatan itu menyebabkan akan membuka jalan ke arah kezaliman atau membunuh jiwa tidak berdosa. Oleh itu, perbuatan dan kerosakan sebegitu mestilah dicegah dan ditutup.

3. Syarak menegah seseorang itu mengahwini perempuan yang belum tamat iddahnya. Hal tersebut dilarang demi menjaga kesucian zuriat dan supaya tidak bercampur benih atau zuriat bekas suami lama dengan suami baharu.

4. Tegahan menyorok dan monopoli barangan supaya harga melambung waktu terdesak. Semua itu supaya tidak menyebabkan ketiadaan barangan yang diperlukan di pasaran dan menyebabkan menindas pengguna.

Rumusannya, perkara atau prinsip sebegini dikenali dengan Sadd al-Dhari’ah iaitu menutupi pintu-pintu yang membawa ke arah kerosakan. Ia selaras dengan prinsip Islam itu sendiri yang mencegah setiap perkara yang membawa kepada kemusnahan dan kerosakan, sama ada pada awalnya atau pada akhirnya. Ianya juga selaras dengan konsep: Melarang perkara yang harus supaya ia tidak menyebabkan atau tidak membawa kepada perkara yang tidak harus. Kaedah tersebut bersesuaian dengan firman Allah yang menyuruh orang beriman itu menjaga pandangan mata supaya tidak terjebak ke lembah maksiat dan zina atau selainnya.

Untuk itu jelaslah al-zari’ah merupakan salah satu sumber hukum yang digunakan oleh ulama mazhab Maliki dan Hanbali dan mujtahid lain. Sebaliknya terdapat ulama yang menolaknya, tetapi perselisihan di antara mereka hanyalah sudut penetapan skop dan kriterianya sahaja, sedangkan sudut prinsipnya mereka menerima secara sepakat dan ia adalah sebagai sumber hukum yang berdiri sendiri.



2.4 SYARAT-SYARAT AL-DHARI’AH

Menurut Dr. Ab. Latif Muda (2012), ulama menggariskan panduan yang menjadi syarat serta ciri-ciri untuk mengenali juga menentukan sesuatu itu sebagai al-Dhari’ah:

1. Perbuatan yang dibenarkan asalnya, tetapi boleh membawa kepada kerosakan, seperti: Mencela tuhan sembahan orang kafir. Ia perlu dicegah atau ditutup agar tidak membuka ruang bagi orang kafir mencela Allah.

2. Kerosakan daripada perbuatan tersebut lebih jelas berbanding kemaslahatan, contohnya: Menjual senjata dalam tempoh genjatan senjata atau darurat.

3. Kebarangkalian kerosakan daripada perbuatan sama tahap dengan kebaikan. Dimana membendung kerosakan diutamakan. Contohnya: Menyembur racun serangga pada waktu buah-buah telah sampai masanya untuk dipetik dan hendak dijual kerana dibimbangi keracunan tersebut terdedah kepada kesihatan pembeli.

4. Perbuatan yang dibenarkan pada asalnya itu banyak menyebabkan kerosakan.







3.0 KEHUJAHAN SADD AL-DHARI’AH DAN PENDIRIAN ULAMA MAZHAB

Apabila ditinjau dari sudut aplikasinya, Sadd al-Dhari’ah merupakan salah satu metod pengambilan hukum sekaligus sebagai salah satu sumber hukum. Namun begitu, ulama tidak sepakat dengan Sadd al-Dhari’ah sebagai metod dalam penetapan hukum. Penjelasannya adalah sebagaimana berikut:

1. Ulama mazhab Maliki dan Hanbali menerima sepenuhnya sebagai salah satu metod penetapan hukum. Justeru, mereka juga dikatakan menggunakan metod tersebut lebih meluas berbanding ulama mazhab yang lain khususnya dalam pelbagai perbahasan Fiqh dan Usul Fiqh. Mereka juga menyatakan Sadd al-Dhari’ah sebagai dalil atau hukum yang berdiri sendiri.

2. Ulama mazhab Hanafi dan mazhab al-Syafi’i tidak menerima sepenuhnya sebagai metod dalam menetapkan hukum. Erti kata lain, golongan ini menolak Sadd al-Dhari’ah sebagai metod istinbat pada masalah atau kes tertentu, namun ada menggunakannya pada masalah atau kes lain. Sebagai contoh penerimaan dan penggunaannya:

a. Untuk kes Imam al-Syafi’i menggunakan Sadd al-Dhari’ah adalah ketika beliau melarang seseorang mencegah mengalirnya air ke kebun atau sawah. Hal ini menurut beliau akan menjadi al-Dhari’ah kepada tindakan mencegah untuk memperoleh sesuatu yang dihalalkan oleh Allah dan juga al-Dhari’ah kepada tindakan mengharamkan sesuatu yang dihalalkan oleh Allah. Pada hal air adalah rahmat dari Allah yang boleh dimanfaatkan oleh sesiapapun.

b. Kes penggunaan Sadd al-Dhari’ah oleh ulama Hanafi adalah tentang wanita masih dalam iddah kerana kematian suami. Di mana wanita tersebut dilarang berhias, menggunakan wangian dan pakaian menarik. Hal ini kerana dengan berhias boleh menyebabkan lelaki tertarik kepada wanita tersebut. Sedangkan ketika dalam keadaan beriddah dia tidak boleh dikahwini. Justeru, tegahan tersebut merupakan Sadd al-Dhari’ah agar tidak terjadi perbuatan yang diharamkan, iaitu perkahwinan perempuan dalam keadaan iddah.



c. Seterusnya antara kes paling ketara menunjukkan penolakan ulama al-Syafi’i dan Hanafi terhadap metod Sadd al-Dhari’ah ialah: Transaksi jual beli bertangguh atau ansuran. Bagi ulama mazhab Syafi’i, transaksi jual beli tersebut sah secara zahir.

Sedangkan sudut batin dari niat buruk si penjual untuk melakukan riba dan dosanya terserah kepada Allah. Hal itu kerana, menurut mereka yang menjadi pegangan adalah bagaimana lafaz dalam akad, bukan niat dan maksud si penjual yang tidak diketahui. Oleh itu, tidak boleh melarang sesuatu akad hanya berdasarkan dugaan terhadap maksud atau niat tertentu yang belum jelas terbukti.

Manakala menurut ulama mazhab Maliki dan Hanbali, transaksi bertangguh atau ansuran ditegah kerana ia terdedah kepada unsur riba.

3. Kalangan ulama mazhab Zahiri menolak sepenuhnya Sadd al-Dhari’ah sebagai metod dalam menetapkan hukum. Hal ini sesuai dengan prinsip mereka yang hanya menetapkan hukum berdasarkan makna zahir nas atau zahir lafaz.

Sedangkan Sadd al-Dhari’ah adalah hasil penelitian terhadap sesuatu perbuatan yang masih dalam tingkatan dugaan, meskipun sudah sampai tingkat dugaan yang kuat. Justeru, bagi mereka konsep Sadd al-Dhari’ah adalah semata-mata berasaskan akal dan tidak berdasarkan nas secara langsung.

Contoh penolakan kalangan ulama mazhab Zahiri dalam penggunaan Sadd al-Dhari’ah ialah sebagaimana yang dikemukakan oleh Ibn Hazm untuk menyanggah pendapat ulama Hanafi dan Maliki: Iaitu ulama Hanafi dan Maliki, mengharamkan perkahwinan lelaki sedang sakit tenat yang dikhuatiri akan meninggal dunia. Bagi ulama Hanafi dan Maliki, perkahwinan itu menjadi jalan al-Dhari’ah kepada wanita untuk sekadar mendapatkan pusaka sekaligus menghalang ahli waris lain yang lebih berhak.

Namun bagi Ibn Hazm, larangan berkahwin itu jelas mengharamkan sesuatu yang jelas halal berdasarkan nas. Meskipun perkahwinan tersebut atas dasar untuk mendapatkan harta pusaka, kerana perkahwinan adalah sesuatu yang halal.

Rumusannya, walaupun tiada kata sepakat ulama dalam penggunaan Sadd al-Dhari’ah, namun secara umum mereka menggunakannya dalam banyak kes. Sebagaimana yang diungkapkan Dr. Wahbah al-Zuhaili, perselisihan kalangan empat mazhab: Hanafi, Maliki, al-Syafi’i dan Hanbali hanya berpusat pada satu kes iaitu jual beli bertangguh atau ansuran. Selain kes itu, ulama empat mazhab banyak menggunakan Sadd al-Dhari’ah dalam menetapkan berbagai hukum tertentu.

Manakala ulama mazhab Zahiri yang menolak Sadd al-Dhari’ah disebabkan mereka berpegang teguh pada prinsip makna zahir Kitab Allah dan al-Sunnah. Erti kata lain, semua perbuatan harus diputuskan berdasarkan zahir nas dan zahir perbuatan.



4.0 PENGGUNAAN SADD AL-DHARI’AH TERHADAP ISU SEMASA

4.1 MEROKOK

4.1.1 Sejarah rokok

Menurut Alfred Dunhill (1954), pendeta-pendeta kaum Maya di Mexico sudah pun menggunakan tembakau dalam upacara keagamaan mereka sebelum kelahiran Nabi Isa a.s. lagi. Dalam upacara tersebut, mereka menggunakan satu jenis paip untuk meniup asap rokok ke arah matahari dan ke arah empat penjuru bumi. Mengikut anggapan mereka, asap rokok mempunyai sejenis kuasa yang boleh membantu mereka untuk berhubung dengan tuhan-tuhan mereka. Amalan merokok itu kemudiannya tersebar pula kepada kaum-kaum lain di Mexico, terutama sekali kaum Aztecs, yang menggunakan satu jenis batang buluh kecil sebagai paip rokok[20].

Orang-orang Indian Merah di benua Amerika itu juga mempercayai bahawa tembakau mempunyai nilai-nilai perubatan. Kira-kira pada tahun 1492, penjajah-penjajah Kristian berbangsa Sepanyol yang diketuai oleh Columbus menemui orang-orang Indian Merah di benua Amerika. Sebagai tanda persahabatan, mereka dihadiahkan dengan daun-daun tembakau kering oleh orang-orang Indian Merah. Kemudian Columbus dan rakan-rakannya bawa balik benih-benih tembakau ke Eropah dan dengan itu bermulalah sejarah rokok di dunia.

Orang-orang Kristian dari Eropah itu pula memperkenalkan rokok kepada negara-negara lain yang dijajah oleh mereka. Perniagaan rokok itu mendatangkan keuntungan yang besar bagi mereka. Wang-wang tersebut digunakan dalam peperangan mereka untuk menjajah negara-negara lain.

Tumbuhan tembakau moden adalah berasal dari turunan dua jenis spesies iaitu spesies Nicotiana Tabacum yang berasal dari negeri Brazil, dan spesies Nicotina Rustica yang berasal dari perkataan “tabaco”, iaitu nama bagi paip rokok berbentuk “Y” yang diperbuat daripada sejenis buluh yang digunakan oleh orang-orang Indian Merah untuk menghisap tembakau.

Amalan menghisap tembakau yang berbalut dengan kertas dan dipanggil dengan nama-nama seperti cerutu dan sigaret adalah berasal dari negara Sepanyol kira-kira dalam abad ke 16. Dari negara Sepanyol, cerutu dan sigaret itu tersebar pula ke negara Turki dan Rusia, dan kemudiannya ke negara Perancis dan England. Pedagang-pedagang bangsa Portugis, Inggeris dan Belanda yang kebanyakannya terdiri daripada pengembang-pengembang agama Kristian memperkenalkan pula amalan merokok kepada tiap-tiap benua di dunia kecuali benua Australia. Perniagaan rokok adalah sangat maju dan membawa keuntungan yang besar.

Pada peringkat awal, amalan merokok mendapat tentangan yang hebat daripada banyak negara di dunia, dari negara Denmark hingga ke negara Jepun. Sebagai contoh, Shah Abbas, pemerintah negara Iran mengharamkan terus amalan itu sebagai amalan syaitan. Raja Jahangir di negara India pula mengenakan hukuman potong bibir kepada sesiapa yang didapati bersalah merokok. Di negara Turki, rokok dianggap sebagai satu amalan yang hanya sesuai bagi “anjing-anjing Kristian” dan sesiapa yang didapati merokok akan dikenakan hukuman berikut:

Tebuk satu lubang di batang hidung. Kemudian masukkan sebatang paip rokok ke dalam lubang yang ditebuk tadi. Seterusnya orang itu akan ditarik dengan keldai ke merata tempat.

Pada tahun 1938, negara Cina menjatuhkan hukuman bunuh ke atas sesiapa yang didapati merokok. Negara Rusia pula mengenakan hukuman buang negeri ke Siberia kepada sesiapa yang didapati merokok. Namun begitu, semua hukuman berat ke atas penghisap rokok mula dihapuskan apabila pemerintah di negara-negara tersebut terpedaya dengan tarikan nilai ekonomi dari tanaman dan perniagaan tembakau. Ada juga pemerintah yang cuba memerangi pengaruh rokok, tapi kebanyakan daripada mereka menggadaikan kesihatan rakyat demi untuk kemewahan dan kepentingan diri mereka sendiri.

Satu fakta penting yang dapat dipelajari dari sejarah rokok ialah ianya mula tersebar di dunia kira-kira 860 tahun selepas kewafatan Rasulullah s.a.w. Sejarah rokok adalah berbeza dari sejarah arak kerana arak sudah pun wujud di tanah Arab lama sebelum Rasulullah lahir ke dunia.



4.1.2 Hukum Merokok

Menurut Nik Azis Nik Pa (1985), bangsa Arab di zaman Rasulullah s.a.w. dan para sahabat tidak mengenali rokok kerana sejarah rokok di dunia hanya bermula lebih kurang 1492. Sebelum itu, rokok hanya wujud di beberapa tempat di benua Amerika sahaja. Justeru itu, tidak hairanlah kalau kita tidak menemui sebarang hadis yang secara khususnya membicarakan persoalan rokok. Masalah rokok adalah berlaianan dengan masalah arak. Bangsa Arab sudah menjadi kaki arak lama sebelum masa kelahiran Rasulullah s.a.w. lagi.

Walaupun begitu Islam sebagai satu Din yang serba lengkap bagi semua manusia untuk semua zaman sampai ke hari kiamat telah menetapkan kaedah-kaedah umum bagi semua persoalan hidup insan termasuklah persoalan yang melibatkan rokok. Sekurang-kurangnya ada empat faktor yang diambil kira oleh para ulama dalam menetapkan kaedah-kaedah umum bagi aktiviti merokok. Ianya adalah sebagaimana berikut:

i. Kemerbahayaan rokok kepada kesihatan.

ii. Pemborosan wang.

iii. Kemerbahayaan rokok kepada orang lain.

iv. Keadaan mulut yang berbau busuk.

Syariat Islam telah menetapkan satu kaedah umum, iaitu setiap benda yang merbahaya dimakan, diminum atau dihisap adalah haram hukumnya. Sesuai dengan kaedah tersebut Syeikh Yusuf Qardhawi pada tahun 1960 lagi telah menyatakan:

“Rokok (tembakau) selama hal itu dinyatakan merbahaya, maka menghisap rokok hukumnya haram. Lebih-lebih lagi kalau doktor spesialis sudah menetapkan hal tersebut pada seseorang tertentu.”

Dr. Ahmad Sakr, seorang pakar pemakanan dan ilmuan Islam yang terkenal di Amerika Syarikat pula menyatakan:

“ Sesungguhnya rokok itu adalah merbahaya. Islam menetapkan setiap bahan yang berbahaya kepada kesihatan adalah haram hukumnya. Dengan itu muslim mesti berhenti dari merokok sepenuhnya dan menjauhkan diri dari merokok.”

Faktor kedua pula ialah pemborosan wang. Merokok adalah perbuatan pemborosan wang dalam erti kata membuang wang untuk sesuatu yang tidak bermanfaat, malah mendatangkan bahaya kepada kesihatan. Di samping itu, perokok juga terpaksa membayar kos tambahan, iaitu kos rawatan sakit akibat dari merokok. Kos tambahan itu adalah sangat tinggi. Syeikh Yusuf Qardhawi menerangkan bahawa seandainya ahli Sains tidak dapat membuktikan dengan jelas bahaya rokok kepada kesihatan manusia, Islam tetap melarang umatnya menghisap rokok atas alasan ianya adalah satu perbuatan pemborosan.

Allah subhanahu wa taala telah berfirman[21]:

ÏN#uäur #sŒ 4’n1öà)ø9$# ¼çm¤)ym tûüÅ3ó¡ÏJø9$#ur tûøó$#ur È@‹Î6¡¡9$# Ÿwur ö‘Éj‹t7è? #·ƒÉ‹ö7s? ÇËÏÈ ¨bÎ) tûïÍ‘Éj‹t6ßJø9$# (#þqçR%x. tbºuq÷zÎ) ÈûüÏÜ»u‹¤±9$# ( tb%x.ur ß`»sÜø‹¤±9$# ¾ÏmÎn/tÏ9 #Y‘qàÿx. ÇËÐÈ

Maksudnya: “ Dan berilah kepada keluarga yang dekat akan haknya, kepada orang miskin dan orang yang dalam perjalanan; dan janganlah kamu menghambur-hamburkan ( hartamu) secara boros. Sesungguhnya pemboros itu adalah saudara-saudara syaitan dan syaitan itu adalah sangat ingkar kepada Allah.”

Faktor ketiga adalah asap rokok boleh mengganggu dan membahayakan kesihatan orang-orang lain yang berada di persekitaran mereka yang merokok. Ahli Sains telah membuktikan bahawa mereka yang menyedut udara yang mengandungi asap rokok juga akan mengalami kesan-kesan buruk yang sama seperti mereka yang merokok[22]. Di negara-negara maju seperti Amerika Syarikat dan Canada, orang ramai hanya dibenarkan merokok di tempat-tempat yang tertentu sahaja. Islam menganjurkan supaya kita mencintai saudara kita, mengasihinya sebagaimana kita mencintai dan mengasihi diri kita sendiri. Atas alasan inilah maka Islam melarang umatnya menghisap rokok kerana rokok itu boleh mengganggu dan membahayakan orang lain.

Faktor keempat pula ialah tar rokok membuat mulut dan pernafasan berbau busuk. Sebenarnya bau busuk mulut orang yang merokok adalah lebih teruk dari bau mulut orang yang makan bawang putih atau bawang merah. Bau busuk itu juga sukar dihilangkan walaupun perokok menggosok giginya selepas dia menghisap rokok. Syariat Islam mengambil satu pendirian yang tegas terhadap kebersihan tubuh badan umatnya. Ini termasuklah kebersihan mulut dan pernafasan insan muslim sebagaimana hadis berikut:

Sabda Nabi s.a.w:

لَوْلاَ أَنْ أَشُقَّ عَلَى أُمَّتِي لأَمَرْتُهُمْ بِالسِّوَاكِ مَعَ كُلِّ وُضُوءٍ.

Maksudnya: Sekiranya tidak kerana akan memberatkan ummatku, pastilah aku memerintahkan mereka bersugi pada tiap-tiap kali mereka ambil air sembahyang.”

(Riwayat Ahmad)

Dengan memerhatikan hadis-hadis itu kita peroleh satu pendirian, iaitu Islam menyuruh ummatnya membersihkan gigi dan mulut mereka dari bau busuk. Ibnul Qaiyim dalam bukunya Zadul Ma’ad menerangkan bahawa seluruh ulama bersepakat menetapkan supaya orang yang berpuasa membersihkan mulut dan gigi mereka ketika mereka mengambil air sembahyang.

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-37 yang bersidang pada 23 Mac 1995 telah membincangkan Hukum Merokok Dari Pandangan Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawa merokok adalah haram dari pandangan Islam kerana padanya terdapat kemudharatan[23].



4.1.3 Keterangan / Hujah:



1. Keputusan yang telah diputuskan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia tersebut adalah bersandarkan kepada hujah-hujah berikut:

i. Rokok mengandungi pelbagai jenis racun. Fakta daripada kajian-kajian perubatan telah membuktikan bahawa setiap batang rokok mengandungi 6-8 mg. nikotian dan pelbagai bahan kimia lain. Setiap sedutan asap rokok sebenarnya kita telah menghidu sebanyak 4,000 jenis bahan kimia yang boleh memudharatkan badan.

ii. Ketagihan tembakau bukan hanya menimbulkan masalah kepada perokok, malah ia berada di tempat keempat dalam senarai faktor risiko bagi penyakit serius yang menular di seluruh dunia. Tabiat merokok dikaitkan dengan risiko barah, penyakit jantung dan masalah pernafasan. Terdapat beberapa jenis penyakit yang berpunca dari merokok, antaranya ialah kanser kerongkong, kanser mulut, katarak (sejenis kerosakan mata yang menyebabkan kanta mata berselaput dan rabun), ulser perut, penyakit jantung, strok, penyakit paru-paru, emfisema paru-paru dan banyak lagi.

iii. Pada masa kini jumlah perokok sama ada di negara maju atau negara membangun masih begitu besar, walaupun berbagai usaha telah dibuat oleh Kerajaan serta badan-badan sukarela bagi menyedarkan orang ramai tentang bahayanya merokok kepada orang ramai. Di Malaysia, merokok menyumbang kepada lebih 10,000 kematian setahun; 30% daripadanya disebabkan 10 jenis kanser, iaitu paru-paru, mulut, esophagus, tekak, pankreas, pundi kencing, buah pinggang, serviks, kolon dan perut. Sebanyak 50% kematian berpunca daripada sakit jantung dan strok. Kerajaan telah membelanjakan banyak wang untuk merawat berbagai jenis penyakit yang dikaitkan dengan tabiat merokok dan negara juga mengalami kerugian kira-kira RM 20 billion setahun bagi menanggung kos rawatan dan kehilangan produktiviti.

iv. Imam al-Syafi’e telah mengeluarkan fatwa dalam kitabnya yang masyhur al-Umm iaitu: “ Jika mereka mengambil (sesuatu makanan, minuman atau sesuatu yang dihisap, dihidu dan disedut) yang boleh memabukkan, maka perbuatan itu adalah jelas haram. (Termasuklah) yang mengandungi racun yang menyebabkan kematian. Aku tetap menganggap (menfatwakan) ia adalah haram. Allah s.w.t mengharamkan (apapun jenis) pembunuhan kerana pembunuh bermakna membunuh diri sendiri ”.

v. Para ulama’ sepakat menyatakan bahawa merokok hukumnya haram kerana ianya jelas memudharatkan kesihatan, membazir dan mensia-siakan harta serta dikategorikan sebagai satu perkara keji, berdasarkan nas-nas berikut:

a. Firman Allah swt dalam Surah al-Baqarah, ayat 195 yang bermaksud:

“Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan”.

b. Firman Allah s.w.t dalam Surah al-A’raf ayat 157 yang bermaksud; “ Dan ia menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang buruk”.

c. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “ Tidak boleh memberi mudharat dan membalas dengan kemudharatan”. (Hadith riwayat Ahmad, Malik, Ibn Majah dan al-Daraqutni)

d. Kaedah Usul Fiqh: درء المفاسد مقدم على جلب المصالح yang bermaksud “ menolak kerosakan adalah didahulukan daripada mencari kemaslahatan”

e. Imam Ibn. Hazm dalam kitabnya al-Muhalla, jilid 7, halaman 503 (masalah no. 1027) menegaskan bahawa : “Pemborosan adalah haram”. Yang dimaksudkan dengan pemborosan di sini ialah:

i. Membelanjakan wang untuk perkara yang diharamkan oleh Allah swt, samada banyak atau sedikit, walaupun sebesar sayap nyamuk sekalipun.

ii. Pembaziran yang tidak ada keperluannya.

iii. Membuang wang, betapa kecilpun jumlahnya kerana dengan membuang tanpa tujuan itu menjadikannya sia-sia.

iv. Beberapa negara Islam dan beberapa ulama’ muktabar telah mengeluarkan fatwa tentang amalan merokok.



Antaranya seperti berikut:

i. Kerajaan Arab Saudi mengeluarkan fatwa bahawa merokok, menanam tembakau dan memperniagakannya adalah hukumnya haram kerana daripadanya terdapat kemudharatan.

ii. Ulama’-ulama’ semasa Mesir seperti Dr. Abdul Jalil Shalaby mengatakan merokok adalah haram kerana ia boleh mendatangkan kemudharatan kepada kesihatan masyarakat.

iii. Al Imam Abdul Halim Mahmud dalam kitabnya “Fatawa al-Imam Abdul Halim Mahmud” telah memberi fatwa merokok hukumnya makruh jika ia tidak mendatangkan kemudharatan kepada kesihatan. Sebaliknya adalah haram jika ia mendatangkan kemudharatan kepada kesihatan.



2. Hukum pengharaman arak dan khinzir tidak boleh disamakan dengan hukum haram merokok kerana hukum pengharaman terhadap arak dan khinzir telah dinyatakan secara jelas dan qat’ie oleh Allah swt dalam kitab suci al-Quran. Manakala hukum pengharaman terhadap perbuatan merokok telah diistinbatkan oleh para jumhur ulama’ terdahulu dan masa kini bersandarkan hujah-hujah kepada nas-nas syarak yang jelas dinyatakan seperti al-Quran, al-Hadith, Ijma’ Ulama’, Qaedah-qaedah Fiqhiyah dan sebagainya. Ayat-ayat al-Quran dan hadith seperti yang dinyatakan di atas jelas telah memperincikan isu ini.



3. Al-Syeikh Hasanain Muhammad Makhluf, bekas Mufti Mesir dalam Kitabnya Fatawa Syariyyah Wa Buhuth Islamiyah menyatakan:


“ Sesungguhnya tumbuhan (tembakau) ini dahulunya belum dikenali. Apabila ia diperkenal dan digunakan oleh manusia untuk merokok, maka ulama’-ulama’ fiqh daripada pelbagai mazhab Islam telah membincangkannya untuk menetapkan hukumnya berdasarkan prinsip (qaedah fiqhiyyah) yang telah ditetapkan.”


“Sesungguhnya berdasarkan hukum asal sesuatu itu harus. Tidak akan terkeluar daripada prinsip asal melainkan adanya perkara-perkara yang mengubah hukumnya menjadi haram atau sebagainya.”



Dalam isu merokok ini, sebab yang menjadikannya haram ialah kesan mudharat dan bahayanya sehingga meruntuhkan lima asas utama (al-Kulliyatul Khams) yang wajib dipelihara oleh setiap manusia iaitu agama, jiwa, maruah keturunan, akal dan juga harta.



4.2 DADAH

Menurut Dr. Hamid Jami’ (1999)[24], Perjanjian Antarabangsa tidak meletakkan takrif yang khusus bagi dadah disebabkan kesukaran mendapatkan takrif yang tepat. Kebanyakan jenis dadah seperti Opium dan jenis-jenisnya, Kokain dan bahan-bahan yang mempunyai kesan kejiwaan yang kuat jika disalahgunakan pasti akan membawa kepada ketagihan yang kronik. Kerana itu untuk melepaskan diri dari ketagihan tersebut memerlukan rawatan kejiwaan dan fizikal. Memberhentikan pengambilan dadah-dadah tersebut secara tiba-tiba tanpa rawatan boleh membawa kepada kesan-kesan kejiwaan dan fizikal yang teruk.

4.2.1 Fatwa Dadah

Fatwa Yang Mulia Imam Besar Dr. Muhammad Abdul Rahman Baisar Syeikhul Azhar telah mengemukakan fatwa yang berikut:

Sesungguhnya satu-satu umat itu hanya akan sihat apabila rakyatnya sihat untuk bekerja untuk dunia dan akhirat. Begitu juga sesuatu umat itu akan kuat dan sejahtera jika rakyatnya sejahtera dan mempunyai kesedaran jiwa, tubuh badan, pemikiran dan hartabenda.

Allah Taala menghendaki umat Islam menjadi umat saling memperbetulkan untuk menjadi saksi kepada umat yang lain. Firman Allah s.w.t:

y7Ï9ºx‹x.ur öNä3»oYù=yèy_ Zp¨Bé& $VÜy™ur (#qçRqà6tGÏj9 uä!#y‰pkà­ ’n?tã Ĩ$¨Y9$# tbqä3tƒur ãAqß™§9$# öNä3ø‹n=tæ #Y‰‹Îgx© 3

Maksudnya: “ Dan demikian pula Kami telah menjadikan kamu ( umat Islam) umat yang adil dan pilihan agar kamu menjadi saksi atas ( perbuatan) manusia dan agar Rasul ( Muhammad ) menjadi saksi atas perbuatan kamu.”[25]



Syariat Islam berfungsi menjaga kewujudan umat ini, bahkan seluruh umat yang lain. Lantaran itu ia telah dilengkapkan dengan ciri-ciri penjagaan terhadap beberapa keperluan yang dengannya dapat dibangunkan pembinaan masyarakat sejati yang kukuh. Antara yang diwajibkan itu ialah penjagaan jiwa, akal, zuriat keturunan, agama, harta dan maruah kehormatan. Dan diharamkan segala yang memudaratkan mana-mana keperluan ini dengan nas yang tidak boleh dipertikaikan lagi. Antaranya nas yang mewajibkan penjagaan akal yang didatangkan dengan illat ( sebab hukum ) yang terang dan nyata, maka tidak boleh lagi sesiapa saja menyalahinya.

Ahli-ahli Fikah berpendapat bahawa tiada beza dari segi hukum antara bahan yang cair ataupun pejal selama mana ia memabukkan atau mengkhayalkan maka pengambilannya adalah dilarang. Satu-satunya yang dikecualikan ialah bahan yang digunakan untuk membiuskan ketika pembedahan, dinamakan narkotin. Ibnu Farhun berkata: “ Penggunaan ubat bius adalah diharuskan untuk membedah anggota badan dan lain-lain. Ini kerana kesan negatif ubat bius tidaklah seberapa dibandingkan kesan kesakitan akibat pemotongan atau pembedahan yang ditanggung oleh pesakit”.

Dalam usaha untuk mencari satu fatwa yang rasmi mengenai perkara ini, ketua jabatan perisik telah meminta Syeikh Abdul Majid Salim, Mufti Mesir memberikan fatwa mengenai perkara-perkara berikut:

a. Penagihan dadah.

b. Memperniagakan dadah dan menjadikannya punca mendapat keuntungan.

c. Menanam bunga popi dengan tujuan menjual atau memproses dadah dan tumbuhan itu untuk diguna atau diniagakan.

d. Keuntungan yang didapati dari cara ini adakah halal atau haram?

Jawapan bagi soalan tersebut adalah sebagaimana berikut:

“ Sesungguhnya tidak syak lagi bahawa penagihan bahan ini adalah haram kerana ia membawa kesan buruk kepada tubuh badan dan kesan-kesan buruk yang lain antaranya merosakkan akal dan membinasakan tubuh badan dan lain-lain mudarat kerana itu tidak mungkin syariat mengizinkan ia dimakan sedangkan dalam masa yang sama ia mengharamkan perkara-perkara yang lebih ringan kesannya. Kerana itu, sebahagian ulama Mazhab Hanafi berpendapat bahawa sesiapa yang mengatakan hasyisy itu halal adalah zindik dan bidaah. Inilah antaranya dalil pengharamannya. Juga kerana kebanyakan bahan-bahan ini boleh memabukkan dan menyekat akal serta kesan keseronokan dan kelazatan yang membawa kepada penagihan. Inilah juga yang terdapat pada arak yang menjadikannya diharamkan oleh Allah s..w.t. dalam kitab al-Quran yang mulia dan Sunnah Rasul-Nya”.

Larangan jual beli arak adalah juga mencakupi larangan jual beli dadah. Begitu juga apabila Allah mengharamkan jual beli semua benda yang diharamkan, boleh juga diertikan pengharaman jual beli dadah. Dengan itu jelaslah kepada kita pengharaman jual beli dadah dan menjadikannya sebagai pekerjaan untuk mencari keuntungan. Tambahan pula ia juga bererti membantu perbuatan maksiat yang tidak boleh disangkal lagi pengharaman sepertimana dalil al-Quran firman Allah Taala yang bermaksud:

“ Dan bertolong-tolonglah kamu di atas dasar kebaikan dan takwa dan jangan kamu bertolong-tolongan di atas perkara dosa dan permusuhan”.

Penanaman hasyisy dan opium untuk diproses menjadikan dadah untuk dihisap atau diniagakan adalah haram tanpa syak lagi berdasarkan beberapa sebab antaranya adalah membantu perbuatan maksiat adalah maksiat. Perbuatan ini juga menunjukkan persetujuan terhadap penanamannya untuk tujuan penagihan dan pemasaran dan reda dengan maksiat. Penanaman ini juga menjadi maksiat apabila dilarang oleh pemerintah dengan undang-undang yang digubal untuk tujuan tersebut. Apabila jual beli dadah adalah haram maka duit yang diperolehi dari penjualannya juga adalah haram.





4.3 SHISHA

4.3.1 Hukum Shisha Menurut Pandangan Syarak

Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang bersidang pada 17 Julai 2013 telah membincangkan Hukum Shisha Menurut Pandangan Syarak. Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut[26]:

i. Setelah mendengar pembentangan dan penjelasan pakar-pakar daripada Kementerian Kesihatan Malaysia dan meneliti maklumat serta bukti-bukti perubatan dan saintifik terperinci yang dikemukakan dari dalam dan luar negara mengenai kesan dan kemudharatan besar yang dihadapi akibat daripada shisha terhadap kesihatan ummah, pembangunan ekonomi negara serta pembentukan generasi pada masa akan datang, maka Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa shisha adalah haram. Oleh itu, umat Islam adalah dilarang menghisap shisha atau menyediakan perkhidmatan menghisap shisha atau apa-apa aktiviti yang berkaitan dengan shisha.

ii. Muzakarah menegaskan bahawa pengharaman Shisha ini adalah berdasarkan nas-nas syarak daripada al-Quran dan Hadith serta Kaedah Fiqhiyyah bagi memastikan lima perkara asas bagi manusia yang terkandung dalam Maqasid Syari’yyah iaitu menjaga agama, jiwa, akal, keturunan dan harta dapat dipelihara sepertimana tuntutan syarak, kerana Shisha jelas memudharatkan kesihatan, membazir dan mensia-siakan masa dan harta serta dikategorikan sebagai satu perkara buruk atau keji, berdasarkan nas-nas berikut:

a. Firman Allah swt dalam Surah al-Baqarah, ayat 195 :

Ÿwur (#qà)ù=è? ö/ä3ƒÏ‰÷ƒr'Î/ ’n<Î) Ïps3è=ök­J9$# ¡

“Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan”.



b. Firman Allah swt dalam Surah al-A’raf ayat 157;

‘@Ïtä†ur ÞOßgs9 ÏM»t6Íh‹©Ü9$# ãPÌhptä†ur ÞOÎgøŠn=tæ y]Í´¯»t6y‚ø9$#

“ Dan ia menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang buruk”.



c. Sabda Rasulullah s.a.w :

لاَ ضَرَرَ وَلاَ ضِرَارَ

“Tidak boleh mudharatkan (diri sendiri) dan memberi kemudharatan (kepada orang lain)”. (Hadith riwayat Ahmad, Malik, Ibn Majah dan al-Daraqutni)



d. Kaedah Usul Fiqh:

سد الذريعة - iaitu “Menutup pintu kerosakkan”

درء المفاسد مقدم على جلب المصالح – iaitu “menolak kerosakan adalah didahulukan daripada mencari kemaslahatan”.







4.4 SENAMAN TARIAN POCO-POCO

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak yang bersidang pada 24-26 Januari 2011 lalu telah memperakukan supaya tarian atau senaman poco-poco diharamkan. Ia dibuat atas asas ianya mempunyai kaitan dengan kepercayaan agama juga pemujaan roh berdasarkan kajian yang menyatakan ianya sering diamalkan di Jamaica serta bercirikan agama Kristian. "Mesyuarat mengambil keputusan bahawa pengharaman ini akan diwartakan," kata Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria dalam satu suratnya. Surat fatwa Mufti Perak itu dihantar kepada Pengerusi Persatuan Kakitangan Islam Malayan Banking (PKIMB) Perak[27].

Senaman tarian poco-poco merupakan senaman yang manfaatnya semata-mata bagi menyihatkan tubuh dan anggota badan pada asalnya, ia adalah sesuatu yang tidak salah dan harus. Namun begitu, senaman poco-poco dikatakan mempunyai kaitan dengan kepercayaan agama juga pemujaan roh berdasarkan kajian yang menyatakan ia sering diamalkan di Jamaica oleh masyarakat yang beragama Kristian ketika mereka menghadiri upacara sembahyang mingguan mereka. Sekiranya diamati pergerakan tarian senama ini, ia membentuk salib atau huruf “t”. Namun, ada maklumat yang menyatakan bahawa tarian poco-poco ini berasal dari Indonesia kerana lirik atau seni kata lagu itu mempunyai unsur dan elemen Indonesia.

Maklumat dari kamus JAMAICA versi English menyatakan bahawa perkataan poco-poco bermaksud ‘cult’ kepercayaan tentang agama atau pemujaan roh, yang sering diamalkan di Jamaica serta bercirikan agama Kristian. Mereka menari mengikut bulatan berlawanan jam diikuti gendang khas. Ada juga pendapat yang menyatakan asal usul tarian poco-poco adalah sejenis tarian tradisi yang diperturunkan oleh nenek moyang masyarakat Yospan di daerah Papua dan juga masyarakat Wayase di daerah Ambon. Gerak tubuh yang berbeza antara dua masyarakat ini akhirnya dicantum dan dikembangkan tanpa nama dan lebih dikenali sebagai tarian ramai-ramai.[28]

Nama poco-poco kononnya ditampilkan oleh seniman dari Ternete berdarah Ambon iaitu Arie Sapulette. Beliau melihat seorang gadis sedang menari tarian itu dengan linah di satu pesta. Lantas secara tiba-tiba perkataan poco-poco yang membawa maksud gadis yang tubuhnya berisi dan lincah terbit dari mulutnya. Sejak itu, tarian yang ditarikan mengikut rentak gendang itu dinamakan poco-poco.

Hasil dari keterangan utama ini, Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak dapat merumuskan bahawa tarian mahupun senaman yang disebut sebagai poco-poco didapati bercanggah dengan syarak disebabkan:

a. Kaitannya dengan kepercayaan agama dan pemujaan roh serta bercirikan agama Kristian.

b. Perbuatan tersebut yang berbentuk tarian, senaman atau setiap bentuk gerakan yang dinamakan sebagai poco-poco jelas menunjukkan bahawa ia tiada kaitan dengan Islam serta boleh menjerumuskan pelakunya kepada meniru-niru budaya dan cara hidup orang kafir terutamanya Kristian.

c. Gerakan bagi tarian atau senaman poco-poco menyerupai lambing salib.

Hal ini dikuatkan lagi dengan dalil al-Quran dalam surah al-Isra’ ayat 36:

Ÿwur ß#ø)s? $tB }§øŠs9 y7s9 ¾ÏmÎ/ íOù=Ïæ 4 ¨bÎ) yìôJ¡¡9$# uŽ|Çt7ø9$#ur yŠ#xsàÿø9$#ur ‘@ä. y7Í´¯»s9'ré& tb%x. çm÷Ytã Zwqä«ó¡tB ÇÌÏÈ

Maksudnya: Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; Sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya.



Ayat di atas menjelaskan bahawa sesuatu perbuatan yang dilakukan mestilah dengan pengetahuan untuk mengelakkan diri daripada meniru-niru, lebih-lebih lagi jika ia menyerupai acara penyembahan agama lain seperti yang ada dalam senaman poco-poco.

Ini menunjukkan bahawa tarian senaman poco-poco ini boleh membawa kepada penyelewengan akidah dengan adanya perbuatan yang menyerupai amalan Kristian, malah pergerakannya membentuk lambang agama Kristian itu sendiri. Hal ini boleh menjadikan manusia mengagung-agungkan sesuatu yang lain selain Allah.

Bukan itu sahaja, senaman poco-poco ini juga dilakukan dengan bercampur antara lelaki dan wanita yang bukan mahram dan kebanyakannya tidak menutup aurat seperti yang ditetapkan oleh syarak dan ia dibuat di tempat terbuka. Senaman poco-poco yang mengandungi unsur-unsur falsafah keagamaan bukan Islam adalah dilarang dan diharamkan beramal dengannya. Manakala senaman poco-poco yang hanya bersifat tubuh badan semata-mata perlu dijauhi bagi mengelakkan umat Islam terjebak ke dalam syubhah serta penyerupaan terhadap ibadat agama lain. Dalam hai ini, keharusan untuk bersenam itu ada namun mafsadahnya lebih besar. Ini jelas menunjukkan bahawa tarian senaman poco-poco mendatangkan mafsadah berbanding maslahah. Atas asas yang demikian, mengikut kaedah sadd al-dhara’i maka tarian dan senaman poco-poco adalah haram.

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-94 yang bersidang pada 20 - 22 April 2011 telah membincangkan Hukum Tarian Poco-poco Dan Seumpamanya Menurut Perspektif Islam. Muzakarah telah memutuskan seperti berikut[29]:

1. Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah berpandangan bahawa berdasarkan dapatan daripada kajian awal yang dikemukakan, fakta yang menunjukkan bahawa tarian poco-poco yang dipraktikkan di Malaysia mempunyai kaitan secara langsung dengan ritual penganut agama Kristian masih belum dapat dibuktikan sepenuhnya dan kajian yang lebih terperinci perlu dilakukan bagi memastikan fakta sebenar asal usul tarian tersebut. Walaupun demikian, Muzakarah mengambil perhatian dan menghormati keputusan pengharaman tarian poco-poco yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak.

2. Sehubungan itu, bagi memastikan apa jua bentuk tarian sama ada poco-poco atau sebagainya tidak bertentangan dengan ajaran Islam, Muzakarah memutuskan supaya sebarang bentuk tarian yang dilakukan hendaklah merujuk Garis Panduan Hiburan Dalam Islam yang telah diputuskan sejak tahun 2007 seperti berikut, antaranya:

a. Berpakaian menutup aurat, sopan serta tidak memakai pakaian yang boleh mendedahkan diri kepada eksploitasi penonton dan tidak bercanggah dengan kehendak Islam;

b. Gerak tari yang disembahkan tidak menimbulkan fitnah;

c. Tidak berlaku percampuran antara lelaki dengan perempuan yang boleh menimbulkan fitnah;

d. Tidak bertujuan pemujaan atau penyembahan agama bukan Islam; dan

e. Tidak dipersembahkan dengan gaya yang memberahikan.

Dr. Mohd Asri Zainul Abidin[30] dalam satu kenyataan pula mengatakan tarian poco-poco adalah harus, melainkan jika seseorang itu mengamalkannya kerana ingin menghayati kepercayaan yang salah dari segi akidah. Jika setakat tarian kesihatan atau biasa tanpa sebarang kepercayaan yang salah, atau dicampuri perbuatan yang salah seperti arak, seks bebas dan seumpamanya, maka ia dibolehkan dari segi syarak dan tidak wajar diharamkan. Pandangan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim pula hampir senada dengan bekas Mufti Perlis tersebut dengan mengatakan tarian poco-poco hanyalah sejenis tarian berbentuk senaman serta tidak perlu diharamkan di seluruh negara.

Fenomena tarian poco-poco yang kita kenal pada hari ini bukanlah satu aktiviti yang dilakukan di kawasan tertutup di lingkungan rumah masing-masing, tetapi ianya dilakukan secara terbuka di kawasan tanah lapang yang disertai oleh segelinap masyarakat tidak kira lelaki mahupun perempuan. Ianya terus dipraktikkan secara meluas tidak kira di sekolah, kolej, universiti mahupun agensi-agensi kerajaan sendiri sehingga sebahagian menjadikan tarian tersebut sebagai rutin harian.

Anda dapat bayangkan bagaimana disebalik ramai yang memperagakan tarian poco-poco, gerak geri wanita yang lincah itu diperhatikan oleh sebilangan lelaki. Hatta mereka yang berbaju dan bertudung labuh pun tidak akan terlepas untuk diperhatikan di mana ada kemungkinan tudung mereka terselak mendedahkan bahagian yang tidak sepatutnya akibat daripada pergerakan aktif ini. Ini tidak kira lagi buat wanita yang tidak menutup aurat dengan sempurna yang berbaju ketat dan berseluar legging. Tambah-tambah pula, apabila pengajar tarian poco-poco kebanyakan di kalangan wanita ini berdiri di pentas kononnya ingin memberi tunjuk ajar, tetapi entah apa yang hendak ditayangnya.

Allah telah berfirman:

“Katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang bisa nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan jangan menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka atau ayah mereka atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara mereka, putera-putera lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang ‘aurat wanita. Dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.” (an-Nur ayat 31)


Jadi, buat mereka yang mungkin ingin mengikut pandangan yang lebih ringan tentang hukum tarian poco-poco ini, hendaklah mereka menilai semula bagaimana sebaik cara untuk memperagakan tarian ini dalam lingkungan patuhan syarak yang ditetapkan tanpa mengundang pelbagai fitnah. Saya lebih cenderung untuk mengikut pendapat Ustaz Abu Haseef supaya meninggalkan perkara yang meragukan dan syubahat memandangkan tarian poco-poco ini adalah suatu tarian yang meragukan kerana tidak diketahui siapakah pemilik budaya sebenar sama ada ianya tarian agama ataupun tarian budaya. Jika kita berbalik semua kepada kaedah yang diajar oleh Nabi SAW, insyaallah akan selamatlah maruah agama dan diri kita[31].


4.5. MEMBOIKOT SEGALA PRODUK KELUARAN NEGARA YANG MEMERANGI ISLAM

Antara perbuatan lain yang membawa kepada berlakunya sadd al-dhara’i ialah dengan memboikot segala produk keluaran negara-negara yang memerangi Islam. Perbuatan membeli barang yang diperlukan untuk kegunaan seharian adalah diharuskan. Namun, perbuatan yang pada asalnya diharuskan ini telah ditegah apabila seringkali ia akan membawa kepada mafsadah melalui kesan buruk yang akan timbul sekiranya perbuatan ini tidak dilakukan dengan cara yang berhikmah.

Pada hari ini, terdapat barangan dan produk yang telah dikeluarkan oleh negara-negara yang memerangi umat Islam berada di setiap pasaraya seluruh negara. Sehubungan dengan itu, ada kemungkinan bahawa sumber ekonomi yang dijana hasil daripada pembelian produk dari negara-negara ini akan disumbangkan kepada pembinaan senjata dan kekuatan ketenteraan untuk memerangi, menindas dan membunuh umat Islam di seluruh dunia. Oleh itu, sekiranya kita membeli barangan keluaran negara-negara ini, ia bererti kita turut menyumbang ke arah usaha untuk menghancurkan umat Islam tanpa kita sedari. Firman Allah s.w.t:

(#qçRur$yès?ur ’n?tã ÎhŽÉ9ø9$# 3“uqø)­G9$#ur ( Ÿwur (#qçRur$yès? ’n?tã ÉOøOM}$# Èbºurô‰ãèø9$#ur 4

Maksudnya: Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa ( maksiat ) dan pencerobohan[32].

Berdasarkan ayat ini, Allah menuntut supaya umat Islam saling tolong-menolong dalam melakukan perkara kebaikan dan mencegah daripada menolong melakukan perkara kemungkaran. Ini termasuklah menolong saudara seagama mereka apabila mereka ditindas atau diperangi oleh musuh Islam. Selain itu, kita juga ditegah membantu pihak musuh memerangi umat Islam. Ini dapat dilaksanankan dengan cara melumpuhkan ekonomi mereka melalui perbuatan memboikot barangan mereka.

Rentetan masalah ini, menjadi satu tuntutan kepada kita semua untuk menolong saudara Islam yang ditindas oleh orang kafir. Oleh yang demikian, perbuatan memboikot barangan keluaran negara-negara ini merupakan antara salah satu tindakan yang wajar diambil bagi melumpuhkan ekonomi negara-negara yang menindas umat Islam. Selain itu, tindakan memboikot juga merupakan salah satu senjata pada zaman Nabi s.a.w.[33] Kesannya, mereka tidak akan mampu lagi untuk memerangi umat Islam apabila mereka tidak mempunyai sumber kewangan yang cukup untuk membina kelengkapan senjata dan barisan tentera.

Namun, ada sesetengah pihak yang memberikan alasan bahawa mereka tidak dapat mengelak daripada membeli barangan dari kedua-dua negara ini disebabkan ia merupakan satu keperluan yang sangat-sangat diperlukan dalam kehidupan seharian. Alasan seperti ini tidak dapat diterima kerana mereka sebenarnya mempunyai pilihan sama ada ingin memboikot atau tidak. Ini kerana, pada hari ini sudah banyak produk dan barangan yang berasaskan makanan, pakaian dan keperluan harian lain yang telah dikeluarkan oleh beberapa buah syarikat di negara kita yang beragama Islam. Jadi, tidak menjadi masalah kepada kita untuk mendapatkan barangan yang bukan daripada negara-negara yang memerangi umat Islam.

Oleh yang demikian, setelah ditinjau dari sudut mafsadah yang kebiasaannya akan berlaku kepada umat Islam keseluruhannya, maka usaha untuk memboikot daripada membeli barangan keluaran negara yang memerangi umat Islam, merupakan antara langkah terbaik untuk menyekat kemudaratan yang akan berlaku terhadap umat Islam khususnya.

4.5.1 Tidak Boikot Produk Israel Adalah Dosa Besar.

Syaikh Dr. Yusuf Al-Qaradhawi, Ketua Persatuan Ulama Internasional menunjukkan pembelaannya yang tegas terhadap penderitaan rakyat Gaza, kali ini beliau memfatwakan keharaman jual-beli produk-produk Israel dan Amerika. Ia mengatakan dalam salah satu khutbah tentang problematika boikot ekonomi terhadap pihak-pihak yang memusuhi umat Islam yang dilansir oleh situs resmi beliau.[34]

Al-Qaradhawi menegaskan:

“Ada jihad ekonomi, yaitu kita membuat fatwa, fatwa yang saya keluarkan bersama sejumlah ulama tentang keharaman jual-beli produk-produk Israel dan Amerika. Boikot, boikot semua produk-produk Israel dan Amerika adalah merupakan kewajiban setiap umat. Semua yang berbau produk Amerika.”

Beliau mengisyarakatkan bahwa kata “coca cola” bererti Amerika, Burger, Mc Donald, Pizza Hut, semua itu produk-produk Amerika.

“Setiap kali saya melihat produk-produk ini dada saya bergemuruh, jiwa saya meronta, kami ingin umat memboikot produk-produk ini. Bahkan cannel tv BBC, mobil sampai pesawat boing. Kami menghimbau pemerintah dan rakyat agar segera memboikot produk-produk ini, dan agar dibentuk semisal komisi atau panitia khusus untuk mengevaluasi sejauh mana efektifitas gerakan boikot dan penentuan skala prioritas boikot. Setiap produk yang ada gantinya, wajib diboikot. Apa yang menjadikan kita memiliki mobil produk Amerika, padahal kita mampu membeli mobil dari Jepang dan Jerman?? Kita tidak akan rugi sama sekali. Boikot ini hukumnya wajib bagi semua, baik sekala besar maupun kecil.”

Lebih lanjut beliau menegaskan:

“ Kami menghendaki umat Islam, laki-laki dan perempuan, ibu-ibu rumah tangga agar tidak membeli produk-produk Amerika. Boleh jadi ada produk-produk Israel dengan label lain, karenanya siapa yang mengetahui itu, wajib baginya untuk memboikot, hukumnya haram. Bahkan merupakan bagian dari dosa besar membeli produk-produk itu di masa sekarang ini. Ini bagian dari jihad yang ada dalam Islam, harus kita lakukan dan beritahu orang lain.”


4.5.2 Fatwa Syaikh Al-Qardhawy Tentang Boikot Produk AS-Israel

Sebagai umat Islam sudah seharusnya kita bermuhasabah tentang seberapa besar sumbangan kita terhadap perjuangan umat Islam yang sedang terjajah seperti di Palestin, Syria dan Mesir. Sesungguhnya kita tidak mampu berperang secara fizikal yang mana harus mengorbankan jiwa. Kita juga tidak terlalu besar membantu secara kewangan kerana keterbatasan kita dari segi ekonomi. Maka daripada itu, kita hanya mampu mencegah kemungkaran-kemungkaran yang dilakukan Israel – Amarika Syarikat kepada umat Islam melalui penyebaran dakwah dalam bentuk lisan mahupun tulisan dan melakukakan pemboikotan.

Fatwa ini bukanlah fatwa baru yang dikeluarkan oleh ulama kita, Syaikh Yusuf Al Qardhawy. Namun ramai di antara kita yang belum tahu atau belum memahami kenapa kita harus mulai mengurangi kebergantungan kita terhadap produk-produk Amarika Syarikat - zionis. Berikut ini adalah kutipan fatwa Syaikh Yusuf Al Qardhawy tentang pemboikotan produk Amarika Syarikat - Zionis :



Fatwa Syaikh Al-Qardhawy :

Agar Ummat Islam Memboikot Semua Produk Amarika Kerana Dukungan Negara Tersebut Kepada Yahudi Israel[35].

AL-QUDS MENURUT AQIDAH ISLAMIYYAH
Kiblat Pertama Ummat Islam (QS 2/142-143) : Yaitu sejak perintah pertama solat malam Isra’ Mi’raj tahun ke-10 bi’tsah, 3 tahun sebelum Hijrah ke Madinah s/d 1 tahun 4 bulan setelah Hijrah. Sehingga di Madinah masih terdapat masjid Qiblatain di mana kaum muslimin solat Subuh menghadap ke masjid al-Aqsha lalu pada raka’at kedua menghadap ke mesjid al-Haram.
Tanah Isra’ Mi’raj (QS 17/1) : Pemberangkatan ini bukan tanpa hikmah atau tujuan tertentu melainkan merupakan tadbir Ilahiyyah. Kalau tidak ada maksud tertentu, maka tentulah Allah langsung memerintahkan untuk mi’raj ke sidratul muntaha langsung dari masjid al-Haram.
Kota Ketiga yang Dimuliakan : “Janganlah kalian berniat untuk bepergian kecuali ketiga masjid : Masjid al-Haram, masjid al-Aqsha dan masjidku ini.” (HR Muttafaq ‘alaih dari Abu Hurairah dan Abu Sa’id al-Khudri ra.) Dalam hadits lainnya disebutkan : “Tanya para shahabat r.a : Masjid manakah yang pertama kali dibangun dimuka bumi, Ya Rasulullah? Jawab nabi s.a.w : Masjid al-Haram. Tanya Sahabat : Lalu mana lagi? Jawabnya s.a.w: Masjid al-Aqsha.” (HR Muttafaq ‘alaih)
Bumi Para Nabi : Allah s.w.t dalam QS 17/1 menyebutkan tentang masjid al-Haram tapi tidak menyebutkan tentang “keberkahannya”, tetapi ketika menyebutkan tentang masjid al-Aqsha, DIA menyebutkan tentang “alladzi barakna haulahu”. Dan ayat ini menafsirkan QS 21/71 tentang tempatnya Ibrahim dan Luth; tempatnya Bani Israil setelah ditenggelamkannya Fir’aun pada QS 7/137; Negeri Saba’ pada QS 34/18; dan tempatnya Sulaiman pada akhirnya QS 21/81; tempat pengutusan Isa bin Maryam pada QS 95/1 (lih. al-Alusi, Ruh al-Ma’ani, 22/129; Ibnu Katsir, Tafsir al-Qasimi, 17/9196).
Bumi Jihad Kaum Muslimin di Akhir Zaman : Bahwa tidak akan terjadi Kiamat sebelum kaum muslimin memerangi Yahudi, sehingga batu dan pohon-pohon akan mengatakan kepada kaum muslimin dimana tempat persembunyian kaum Yahudi tersebut, kecuali pohon Gharqad karena ia adalah pohon Yahudi. (HR Muttafaq ‘alaih dari Abu Hurairah)



TIDAK SAHNYA TUNTUTAN YAHUDI ATAS BUMI PALESTINA
Sejarah Pencarian Negara Yahudi : Theodore Hertzl pendiri gerakan Zionisme Internasional mulanya mengusulkan Mozambique sebagai tempat akan didirikannya negara Israel Raya lalu Kongo. Max Nourdow mengusulkan Afrika, Chaim Weizman mengusulkan Uganda . Argentina juga diusulkan tahun 1897, Cyprus tahun 1901, Sinai tahun 1902. Lalu berdasar usulan Inggris Uganda dipilih lagi tahun 1903. Hertzl putus asa, sebab orang-orang Yahudi tidak tertarik, akhirnya ia membakar sentimen agama Yahudi dengan mengkaitkan beberapa tempat suci Yahudi yang masih dikuasai ummat Islam di Palestina (tembok ratapan, Haikal Solomon, dll). Pendapatnya diterima setahun setelah ia mati oleh Kongres Yahudi Internasional pada tahun 1905.
Batalnya Klaim Historis Mereka atas Palestina Berdasar Kitab Suci Mereka: Yang pertama membangun al-Quds adalah bangsa Yabus, setelah itu bangsa Kan’an s/d kedatangan Ibrahim AS dengan Sarah pada usia 75 tahun, saat Ibrahim berusia 100 tahun lahirlah Ishaq (Kejadian:12), ia wafat di usia 175 tahun tanpa memiliki tanah di sana (Kejadian:23). Saat Ishaq 60 tahun lahirlah Ya’kub. Ishaq wafat di usia 147 tahun, lalu Ya’kub pindah ke Mesir dengan anak cucunya 70 orang, saat masuk Mesir usianya 130 tahun (Kejadian:46). Artinya masa Ibrahim s/d anak cucunya yang 230 tahun mereka tidak punya tanah disana. Lalu dalam Perjanjian Lama disebutkan bahwa bani Israil tinggal di Mesir selama 430 tahun (Kejadian:15), lalu mereka dihukum tidak dapat masuk ke Palestina selama 40 tahun, sehingga selama 700 tahun mereka tidak pernah punya hak di Palestina. Setelah itu barulah mereka memasuki tanah tersebut dan selama 200 tahun diperintah oleh hakim-hakim, lalu tibalah masa kejayaan mereka di Palestina selama 100 tahun (di masa Syaul, Daud dan Sulaiman), lalu akhirnya mereka dihancurkan oleh Babylonia dan terusir. Kalau dalam masa 300 tahun itu mereka merasa berhak, maka Belanda lebih berhak atas Indonesia karena telah menjajah selama 350 tahun ! Demikian pula Inggris di India . Sementara bangsa Palestina telah tinggal disana selama 1400 tahun, manakah yang sebenarnya lebih berhak ?! Dari lama tinggal, maka Yahudi seharusnya mengakui Mesir sebagai tempat tinggal mereka karena telah mereka diami selama 430 th !



YAHUDI ADALAH MUSUH UMMAT ISLAM
Dalam al-Qur’an : QS 2/120, 2/74, 2/80, 2/96, 3/75, 3/181, 3/112, 5/13, 5/18, 8/56, 59/14, 7/171.
Sejarah : Sejarah telah mencatat pengkhianatan dan kebiadaban mereka sepanjang masa, dari sejak kemaksiatan, peperangan & pengrusakan s/d pembunuhan terhadap nabi-nabi .
Tulisan-tulisan kontemporer : Diantaranya oleh Roger Geraudy (Mimpi Zionis dan bantahannya, Dongeng-dongeng Negara Israel ), William Guy Carr (Yahudi Menggenggam Dunia), dll.
Fakta-fakta terakhir : Bagaimana pengkhianatan yang mereka lakukan terhadap perjanjian demi perjanjian baik disponsori oleh PBB maupun AS.

YAHUDI DAN AMERIKA
Israel takkan mampu dibangun tanpa bantuan AS dan Barat. Bantuan dana, senjata dan dukungan politis (berupa hak veto, dsb) terus saja diberikan AS tanpa syarat sedikitpun. AS telah mengucurkan dana milyaran dolar untuk membantu Israel agar tetap dapat bertahan, bahkan baru-baru ini mengeluarkan 100 juta dollar untuk memindahkan kedubesnya dari Tel Aviv ke al-Quds (Jerusalem) yang berdasar keputusan PBB merupakan hak bangsa Palestina !
Bahwa AS mampu membantu Israel demikian banyaknya adalah karena kekuatan ekonominya yang tersebar di negara-negara di seluruh dunia, yang sebagian besarnya berada di negara-negara Islam. Sehingga dengan membeli produk-produk apapun dengan trademark AS, maka sama dengan memperkuat kemampuan AS untuk mensuplai Yahudi Israel untuk membunuhi anak-anak dan remaja-remaja para mujahid kaum muslimin di Palestina.
Bahwa boikot yang kita lakukan terhadap semua produk AS adalah salah satu bentuk langkah kita melemahkan Yahudi dan salah satu bentuk jihad kita membantu kaum muslimin di Palestina untuk membebaskan al-Aqsha kiblat pertama kita.
Bahwa ayat al-Qur’an dan hadits-hadits shahih diatas telah jelas-jelas memerintahkan kita untuk membantu jihad di Palestina, sehingga tidak ada lagi keraguan tentang kewajiban seluruh ummat Islam untuk berjihad membantu bangsa Palestina dengan apa saja yang mereka mampu.
Bahwa wajib mengumumkan dengan jelas kepada ummat Islam semua permasalahan ini, dan bahwa al-Quds adalah milik ummat Islam bukan milik bangsa Palestina saja, sebagaimana Ka’bah di Makkah.

Wasiat ini saya tulis untuk seluruh muslimin, baik penguasanya, ulamanya, maupun semua masyarakatnya agar memahami dan mensikapi masalah ini dengan jelas dan tegas. Sesungguhnya kebenaran senantiasa akan dimenangkan oleh Allah walaupun orang-orang kafir itu tidak menyukainya.

Wakana haqqan ‘alaina nashrul mu’minin.






4.6. ISU PENGGUNAAN NAMA ALLAH

Di dalam Islam, kita tidak disuruh mengorek rahsia orang sehingga ke dalam hati orang lain seperti kita tidaklah disuruh menyoal motif pihak yang mahu menggunakan nama Allah bagi merujuk kepada tuhan mereka. Apabila kita melihat isu ini dengan ilmiah, kita akan mengetahui bahawa kalimah "Allah" itu umum merujuk kepada tuhan bagi semua manusia baik yang Muslim, bukan Muslim, manusia dan haiwan serta seluruh hidupan dan semua bentuk kewujudan di alam ini.

Perkataan Allah yang digunakan oleh umat Islam adalah merujuk kepada Allah Yang Maha Esa, dan lafaz Allah yang digunakan oleh orang-orang Kristian pula merujuk kepada ‘Tuhan Bapa’. Pada asalnya ia tidak salah atau harus untuk digunakan oleh orang bukan Islam dan “Allah” itu bermaksud tuhan. Namun apabila dikaji dengan lebih mendalam, perkataan Allah sebenarnya tidak pernah terdapat di dalam bahasa asal Perjanjian Lama yang dikenali sebagai kitab Taurat dan Perjanjian Baru yang dikenali sebagai Bible. Ini adalah kerana kitab Taurat ditulis dalam bahasa Hebrew manakala Bible ditulis dalam bahasa Greek. Perkataan Hebrew yang membawa maksud Tuhan ialah El, Eloh,Elohim dan Yhwh, bukannya Allah.)

Ini mengakibatkan berlakunya pertikaian pendapat apabila orang Kristian ingin menggunakan nama Allah bagi membawa maksud tuhan mereka sedangkan dengan penggunaan tersebut boleh mengakibatkan salah faham dalam kalangan umat Islam tentang maksud Allah itu yang sebenar. Hal ini berbeza sama sekali dengan perkara yang dimaksudkan oleh Reverand Datuk Murphy Pakiam, Archbishop of Kuala Lumpur bahawa perkataan Allah telah lama digunakan oleh orang-orang Kristian sejak sebelum kedatangan Rasulullah s.a.w. Selain itu, lafaz Allah juga tidak pernah disebut di dalam teks bahasa Greek yang merupakan bahasa asal usul penulisan Bible. Ini adalah kerana perkataan Tuhan di dalam bahasa Greek adalah ‘Theos’ bukannya Allah.

Perintah mahkamah yang dipohon oleh Catholic Herald Weekly untuk mengisytiharkan bahawa larangan penggunaan kalimah Allah yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Dalam Negeri adalah bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan dan bukan eksklusif kepada agama Islam boleh memberi kesan yang besar kepada kedudukan agama Islam sekiranya orang Islam sendiri tidak peka dan perhatian yang sewajarnya tidak diberikan oleh pihak berkuasa agama di negara ini.

Selain itu, kalimah Allah merupakan lafaz suci yang perlu dijaga dan berkait dengan akidah. Umat Islam perlu peka dan bertanggungjawab dalam isu ini. Sikap membenarkan sesiapa sahaja menggunakan kalimah tersebut semata-mata untuk menunjukkan bahawa Islam meraikan agama lain hanya akan mendatangkan mudharat yang lebih besar kepada agama dan umat Islam.

Justeru, untuk menjaga maslahah, umat Islam perlu tegas dalam menjaga kesucian dan identiti agama dan jangan bersikap terlalu terbuka sehingga membenarkan perkara-perkara yang menjadi hak Islam disalahgunakan oleh agama lain. Perkara ini amat merbahaya kerana matlamat utama kristian menggunakan kalimah Allah adalah untuk mengelirukan umat Islam dan menyatakan bahwa semua agama adalah sama.

Oleh itu, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-82 yang bersidang pada 5 - 7 Mei 2008 telah membincangkan Isu Tuntutan Penganut Kristian Terhadap Penggunaan Kalimah Allah. Muzakarah telah memutuskan bahawa lafaz Allah merupakan kalimah suci yang khusus bagi agama dan umat Islam dan ia tidak boleh digunakan atau disamakan dengan agama-agama bukan Islam lain[36]. Oleh demikian, wajib bagi umat Islam menjaganya dengan cara yang terbaik dan haram bagi orang bukan Islam untuk menggunakannya kerana lebih banyak mafsadah berbanding maslahah akibat penggunaannya, maka ia perlu disekat penggunaannya mengikut kaedah sadd al-dhara’i.

4.6.1 Keterangan/Hujah:


Perkataan Allah yang digunakan oleh umat Islam adalah merujuk kepada Allah Yang Maha Esa dan lafaz Allah yang telah digunakan oleh orang-orang kristian adalah merujuk kepada ‘Tuhan Bapa’ iaitu salah satu oknum daripada akidah trinity. Ia berbeza sama sekali dengan apa yang dimaksudkan oleh Reverand Datuk Murphy Pakiam, Archbishop of Kuala Lumpur bahawa perkataan Allah telah lama digunakan oleh orang-orang kristian sejak sebelum kedatangan Rasulullah s.a.w. Selain daripada itu, lafaz Allah juga, tidak pernah disebut di dalam teks bahasa Greek yang merupakan bahasa asal usul penulisan Bible. Ini adalah kerana perkataan Tuhan di dalam bahasa Greek adalah ‘Theos’ bukannya Allah.
Perkataan Allah juga tidak pernah terdapat di dalam bahasa asal Perjanjian Lama yang dikenali sebagai Taurat dan Perjanjian Baru yang dikenali sebagai Bible. Ini adalah kerana Perjanjian Lama ditulis dalam bahasa Hebrew manakal Perjanjian Baru ditulis dalam bahasa Greek. Perkataan Hebrew yang membawa maksud Tuhan ialah El, Eloh,Elohim dan juga Yhwh.
Kalimah Allah Lafz al-Jalalah adalah khusus dan mutlak untuk agama Islam dan mafhumnya berbeza dengan mafhum Allah yang digunakan oleh agama lain seperti Kristian.
Perintah mahkamah yang dipohon oleh Catholic Herald Weekly untuk mengisytiharkan bahawa larangan penggunaan kalimah Allah yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Dalam Negeri adalah bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan dan bukan eksklusif kepada agama Islam boleh memberi kesan yang besar kepada kedudukan agama Islam sekiranya orang Islam sendiri tidak peka dan perhatian yang sewajarnya tidak diberikan oleh pihak berkuasa agama di negara ini.
Walaupun dari segi sejarah kalimah Allah telah digunakan sejak sebelum kedatangan Islam lagi, namun penggunaanya adalah berbeza dan perlu dilihat dari segi substancenya. Kalimah Allah yang digunakan oleh Kristian adalah bersifat Taslis dan syirik, sedangkan bagi Islam ia bersifat tauhid.
Kalimah Allah merupakan lafaz suci yang perlu dijaga dan berkait dengan akidah. Umat Islam perlu peka dan bertanggungjawab dalam isu ini. Sikap membenarkan sesiapa sahaja menggunakan kalimah tersebut semata-mata untuk menunjukkan bahawa Islam meraikan agama lain hanya akan mendatangkan mudharat yang lebih besar kepada agama dan umat Islam.
Umat Islam perlu tegas dalam menjaga kesucian dan identiti agama kerana bersikap terlalu terbuka sehingga membenarkan perkara-perkara yang menjadi hak Islam disalahgunakan oleh agama lain adalah amat merbahaya kerana matlamat utama kristian menggunakan kalimah Allah adalah untuk mengelirukan umat Islam dan menyatakan bahawa semua agama adalah sama.
Kalimah Allah sebenarnya tidak ada di dalam Bible, yang digunakan ialah perkataan God. Tetapi di dalam Bible yang diterjemahkan ke bahasa Melayu, perkataan God ditejemahkan sebagai Allah.
Isu penggunaan kalimah Allah oleh agama bukan Islam ini melibatkan isu berkaitan Siasah Syar’iyyah dan Kerajaan wajib menjaga kesucian agama dan umat Islam. Fatwa perlu dikeluarkan oleh Jawatankuasa ini bagi menjaga kesucian agama dan akidah umat Islam.
Pertimbangan Jawatankuasa dalam melarang penggunaan kalimah Allah oleh agama bukan Islam bukan hanya dilihat dari aspek keselamatan, tetapi faktor utama adalah berasaskan akidah dan kesucian agama Islam.
Dalam keadaan di mana agama dan umat Islam dihimpit dengan pelbagai gerakan yang cuba menghakis kedaulatan Islam sebagai agama rasmi negara, umat Islam perlu bersatu dan menunjukkan ketegasan dalam menjaga maruah agama.
4.6.2 Kronologi penghakiman isu kalimah Allah

Titular Roman Catholic Archbishop of Kuala Lumpur v Kementerian Dalam Negeri, Kerajaan Malaysia, Majlis Agama Islam Negeri dan MACMA

Januari 2009 – Kementerian Dalam Negeri telah memberikan permit bersyarat kepada The Church yang melarang penggunaan kalimah Allah di dalam penerbitan ‘Herald The Weekly Catholic’.

Julai 2009 – Majlis Agama Islam Negeri (Wilayah Persekutuan, Pulau Pinang, Perak, Kedah, Terengganu, Selangor, Melaka, Johor) termasuk Malaysian Chinese Muslim Association dan Majlis Gurdawa menfailkan permohonan untuk mencelah bagi melindungi kepentingan orang Islam dan menjaga kesucian kalimah Allah.

31 Disember 2009 – Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan untuk membenarkan permohonan semakan Kehakiman Responden (The Church) dan penggunaan kalimah Allah di dalam penerbitan ‘Herald The Weekly Catholic’ adalah dibenarkan.

Kemudiannya, Hakim menolak permohonan kesemua Majlis-Majlis Agama Islam termasuk Malaysian Chinese Muslim Association dan Majlis Gurdawa untuk menjadi pencelah. Alasannya, Majlis-Majlis Agama Islam tidak mempunyai kepentingan untuk menjadi pencelah kerana menyifatkan peranan Majlis-Majlis Agama Islam hanya untuk membantu dan menasihati Sultan dan Yang Dipertuan Agong.

Januari 2010 – Kementerian Dalam Negeri dan Kerajaan Malaysia menfailkan Rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan semakan kehakiman. Majlis-Majlis Agama Islam (Terengganu, Selangor, Wilayah Persekutuan, Melaka, Johor, Kedah) dan Malaysian Chinese Muslim Association juga menfailkan Rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonan untuk mencelah.

Seterusnya, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah menggantung perlaksanaan keputusannya sementara kes ini didengar di Mahkamah Rayuan.

Sehubungan itu, keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh ‘Herald The Weekly Catholic’ tidak boleh dilaksanakan.

23 Mei 2013 – Permohonan mencelah (interveners’ application) para perayu yang terdiri daripada 6 Majlis-Majlis Agama Islam Negeri dan Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA) telah dibenarkan di dalam tindakan kes ini.

18 Julai 2013 – Responden (The Church) telah menfailkan permohonan untuk emmbatalkan keseluruhan rayuan Perayu-Perayu berdasarkan kepada surat Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak yang bertarikh 11 April 2011 yang ditujukan kepada Bishop Ng.

Antara intipati surat tersebut adalah Bibe dalam semua bahasa dibenarkan untuk diimport ke Malaysia termasuk dalam bahasa Malaysia dan Indonesia yang mana bible tersebut boleh dicetak di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

Selain itu intipatinya, tiada sekatan atau syarat ke atas import atau percetakan Bible dalam bahasa di Sabah, Sarawak dan Bible yang diimport atau dicetak dalam bahasa Malaysia/Indonesia hendaklah mengandungi perkataan ‘Christian Publication’ di muka hadapan.

Walaubagaimanapun, Perayu-Perayu (Kementerian Dalam Negeri dan Majlis-Majlis Agama Islam Negeri) menyatakan bahawa surat tersebut tidak menyatakan secara jelas bahawa kalimah Allah dibenarkan dalam penerbitan Herald The Weekly Catholic’.

Selain itu, surat tersebut juga tidak boleh mengikat keputusan Mahkamah selagimana ia tidak dijadikan undang-undang.

Sehubungan itu esok 22 Ogos, telah ditetapkan pendengaran Notis Permohonan Titular Roman Catholic Archbishop of Kuala Lumpur (The Church) untuk membatalkan rayuan pihak Menteri Dalam Negeri dan Kerajaan serta perayu-perayu lain berhubung larangan penggunaan nama suci Allah oleh penganut agama Kristian di Malaysia di Mahkamah Rayuan, Putrajaya.

Sekiranya permohonan responden dibenarkan, maka Perayu-Perayu akan menfailkan Rayuan terhadap keputusan tersebut ke Mahkamah Persekutuan.

Sebaliknya, jika permohonan responden ditolak, perbicaraan Rayuan kes induk akan didengar pada 10 September 2013.[37]

5.0 PENUTUP

Sadd al-Dhara’i merupakan salah satu kaedah yang dibincangkan sebagai sumber dalam penetapan bagi sesuatu hukum yang tidak dinyatakan secara jelas di dalam al-Quran atau Hadis. Dalam menetapkan Sadd al-Dhara’i sebagai sumber hukum, ulama telah berselisih pendapat sama ada kaedah ini diterima sebagai sumber hukum atau tidak. Antara ulama yang menerima Sadd al-Dhara’i sebagai sumber hukum adalah ulama dari mazhab Maliki dan Hanbali manakala ulama yang tidak menerima sadd al-dhara’i dari mazhab Syafie dan Zahiri. Namun begitu tidak semuanya yang ditolak oleh mereka. Setiap pandangan yang dikemukan oleh para ulama dalam menetapkan Sadd al-Dhara’i sebagai sumber hukum atau tidak adalah berdasarkan alasan serta kehujahan yang tersendiri.

Kesimpulannya, berdasarkan kepada perbincangan yang lepas, mengenai pendapat ulama terhadap Sadd al-Dhara’i jelas menunjukkan kedudukan Sadd al-Dhara’i dalam usaha-usaha pembinaan hukum amat penting. Pergantungan yang banyak dilakukan oleh sebahagian besar ulama kepada sumber ini dalam menyelesaikan permasalahan baru berhubung dengan Fiqh, turut memperlihatkan kesedaran mereka tentang keberkesanannya. Umumnya, konsep mencegah daripada kerosakan, diakui lebih efektif setelah berlaku sesuatu keburukan. Dewasa ini, kaedah seperti ini amat diperlukan bagi menghadapi fenomena-fenomena baru yang berlaku dalam kehidupan masyarakat kita kini.













6.0 REFLEKSI

Bismillahirrahmanirrahim…

Pada 1 Julai 2013, kami guru pelatih Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Pengajian Agama Islam telah diamanahkan oleh pensyarah Pengajaran Fiqh (PIM3114) kami iaitu Ustaz Zulquarnain bin Ali untuk melaksanakan satu tugasan projek yang berkaitan dengan subjek Pengajaran Fiqh tersebut. Tugasan pada kali ini amat berbeza dibandingkan dengan tugasan-tugasan yang telah dilaksanakan sebelum ini. Apa yang menarik dan mencabar bagi tugasan ini ialah ianya mestilah dilaksanakan secara individu dan tajuk tugasan yang perlu kami laksanakan adalah berbeza antara individu dan individu yang lain.

Semua orang berdebar-debar apabila mendapat tahu tajuk tugasan kami berbeza-beza. Dalam diam saya memohon kepada Allah diberikan tajuk yang mudah dan mampu dilaksanakan oleh hamba yang lemah dalam segenap hal ini. Sesungguhnya tugasan ini bukanlah hanya perlu disiapkan secara bertulis sahaja malah kami dikehendaki membentang hasil tugasan yang telah dilaksanakan serta berkongsi dengan rakan-rakan yang lain. Walaupun hampir 5 tahun setengah belajar membiasakan diri bercakap di hadapan namun ketakutan masih ada dan keyakinan juga masih belum cukup.

Ustaz terlebih dahulu membacakan tajuk tugasan masing-masing dan kami hanya mendengar dengan teliti dan penuh tanda tanya. Saya mendapat soalan tugasan bertajuk “ Penggunaan Sadd al-Dhara’i Dalam Menyelesaikan Isu-isu Semasa. Terlintas dalam hati kecil saya “ apa benda Sadd al-Dhara’i ni? Kenapa tugasan aku ni macam lebih susah je daripada tugasan orang lain?”. Sesungguhnya perkataan tersebut seolah-olah baru pertama kali saya dengan selama 23 tahun hidup di dunia ini dan pengetahuan sedia ada saya mengenai tajuk tersebut adalah kosong.

Namun begitu, setelah mendengar penjelasan ustaz mengenai skop yang perlu dilakukan dalam menyiapkan tugasan ini dan menerangkan serba sedikit mengenai tajuk tugasan masing-masing barulah ada sedikit maklumat dalam kepala saya mengenainya. Terima kasih ustaz kerana dengan sabarnya memahamkan kami yang serba tidak tahu ini. Kami diberikan tempoh masa sehingga 23 Ogos untuk menyiapkan tugasan tersebut yang mana tempoh masanya hampir satu bulan lebih.

Kedengaran masa yang diberikan itu agak lama bukan untuk menyiapkannya? Percayalah pada hakikatnya ianya bukanlah satu tempoh yang lama baki saya. Banyak cabaran yang perlu dilalui untuk melaksanakannya. Dalam tempoh tersebut banyak komitmen yang perlu saya lakukan antaranya menyiapkan projek internship, melaksanakan kajian tindakan di sekolah dan juga tugasan-tugasan yang lain. Lebih-lebih internship dilaksanakan pada bulan Ramadhan jadi banyaklah cabaran yang perlu saya lalui.

Namun begitu, cabaran-cabaran tersebut Berjaya saya tempuhi dan saya menganggap ianya sebagai pembakar semangat saya untuk meneruskan cita-cita sebagai seorang pendidik. Setelah membuat rujukan dan kajian mengenai tajuk tugasan saya maka fahamlah saya apa sebenarnya Sadd al-Dhara’i itu. Rupa-rupanya ia merupakan sumber hukum yang tidak disepakati oleh ulamak dalam mengeluarkan sesuatu fatwa. Sesungguhnya ulama mengeluarkan satu fatwa itu berdasarkan sumber-sumber tertentu dan bukannya sekadar ijtihad sendiri mahupun suka-suka. Apabila seseorang ulama itu ingin mengeluarkan sesuatu fatwa mengenai sesuatu masalah yang belum wujud pada zaman Rasulullah s.a.w ataupun sahabat, mereka akan merujuk kepada beberapa sumber hukum antaranya hukum yang telah disepakati oleh jumhur ulama seperti al-Quran, Hadis, Qias dan Ijmak manakala sumber hukum yang tidak disepakati seperti Sadd al-Dhara’i , istihsan, istishab dan sebagainya.

Alhamdulillah, Allah telah memudahkan urusan saya dalam melaksanakan tugasan ini. Setelah memahami konsep sebenar Sadd al-Dhara’i ini barulah dapat saya temukan dengan persoalan semasa yang berkaitan dengan Sadd al-Dhara’i ini. Timbullah rasa cinta dalam diri saya dalam mempelajari subjek Usul Fiqh ini kerana ianya merupakan suatu ilmu yang baru, penting untuk dipelajari dan berkaitan dengan diri kita sendiri. Buat pertama kalinya timbul perasaan seronok dalam diri saya untuk melaksanakan tugasan yang diberikan oleh pensyarah.

Dalam tugasan pada kali ini, saya berusaha sebaik mungkin untuk memberikan pendahuluan awal mengenai tajuk tugasan ini, seterusnya memberikan pengertian Sadd al-Dhara’i yang mengandungi perbezaan Fath Al-Dhari’ah dan Sadd Al-Dhari’ah, jenis Al-Dhara’i dan hukum, sumber pengambilan hukum dan syarat-syarat Al-Dhari’ah. Saya juga menyatakan kehujahan Sadd al-Dhari’ah dan pendirian ulama mazhab mengenainya dan akhir sekali memberikan contoh penggunaan Sadd al-Dhari’ah terhadap isu semasa. Alhamdulillah, dengan membuat beberapa rujukan buku, kitab dan internet saya dapat melaksanakannya dengan jaya. Semoga tugasan ini menepati kehendak ustaz, insyaallah. Wallahu a’lam.

7.0 RUJUKAN

BUKU / KITAB

Al-Qur’an

Alfred Dunhill. (1954). The Gentle Art of Smoking. New York: G.P. Putnam’s Sons.

Al- Mu’jam al-Tullab. 2000. Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah

Al- Mu’jam al-Wasit. 1392H/l972. Istanbul: Dar al-Da’wah.

Badran Abu al-‘Aynayn Badran. Usul al-Fiqh al-Islami. Iskandariah: Muassasah Syabab

al-Jami’ah. T.t

Dr. Ab. Latif Muda, Dr. Rosmawati Ali @ Mat Zin. (2012). Usul Fiqh dan Kaedah Fiqh. Kuala

Lumpur: Pustaka Salam SDN. BHD.

Dr. Hamid Jami’ @ Mohd Fathi ‘Id. (1999). Dadah Dari Perspektif Islam. Terengganu: Siri

Penerbitan Yayasan Islam Terengganu.

Hamad ‘Ubaid al-Kabisy, (1975). Usul al-Ahkam Wa Turuq al-Istinbat FI al-Tasyriq al-Islami.

Baghdad: Dar al-Hurriyyah. Cet. 1.

Ibn Majah. Kitab al-Tijarah, bab: al-Hukrah wa al-Jalb. Bil. 2114. Al-Darimi. Al-Buyu’. 2432.

Kenneth H. Cooper, George O. Guy, R.A Battenberg. (1968). Effects of Cigarette Smoking On

Endurance Peformance. Journal of the American Medical Association. Vol 203, ms. 189.

Nik Azis Nik Pa. (1985). Islam dan Rokok: Satu Pendekatan. Singapura: Pustaka Nasional

PTE LTD.

Ustaz Abd. Latif Muda, Ustazah Rosmawati Ali @ Mat Zin. (2001). Perbahasan Usul

Al-Ahkam. Kuala Lumpur: Pustaka Salam Sdn Bhd.

Ustaz Abd. Latif Muda, Dr. Rosmawati Ali. (2012). Pengantar Usul Fiqh. Kuala Lumpur:

Pustaka Salam.

Wahbah al-Zuhaili. (1986). Usul al-Fiqh al-Islami. Damsyik: Dar al-Fikr, cet. 1. Jilid 1 dan 2.





INTERNET

Dato’ Hj Zainul Rijal Abu Bakar, Presiden Peguan-Peguam Muslim Malaysia

http://www.ismaweb.net/v4/2013/08/kronologi-penghakiman-isu-kalimah-allah/ ( 21/8/13)

http://salafus-sholih.blogspot.com/2011/04/tarian-poco-poco-antara-haram-dan-harus.html

(25 Julai 2013 9.30 am )

http://usulfiqh20102011.blogspot.com/2011/04/isu-isu-semasa-berkenaan-sadd-al-dharai.html

(5 Julai 2013 10.00 am)

http://www.duniakami.com/tarian-poco-poco-haram-surat-dari-mufti-perak/

(25 Julai 2013 9.35 am)

http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/hukum-tarian-poco-poco-dan-seumpamanya-

menurut-perspektif-islam (25 Julai 2013 9.35 am)



http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/merokok-dari pandangan-Islam

(20 ogos 2013 9.30am)

http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/hukum-shisha-menurut-pandangan-syarak

(20 ogos 2013 9.30am)

http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/isu-tuntutan-penganut-kristian-terhadap-

penggunaan-kalimah-allah (20 ogos 2013 9.30am)

Fatwa Yusuf al-Qardhawi Tentang Boikot Produk Israel 15 mac 2012 (20 ogos 2013 9.35am)

http://www.undergroundtauhid.com/fatwa-syaikh-al-qardhawy-tentang-boikot-produk-as-israel/

(20 ogos 2013 9.35am)

http://www.dakwatuna.com/2009/01/19/1802/al-qaradhawi-tidak-boikot-produk-israel-dan-as-dosa-besar/#ixzz2ch7VWrl8 (20 ogos 2013 9.35am)



Khalil Idham Lim. 2011. Memboikot barangan Israel dan Amerika menurut Islam.

http://idhamlim.blogspot.com/2010/01/memboikot-barangan-israel-dan-amerika.html.

(20 ogos 2013 9.35am)














[1] Ibn Majah. Kitab al-Tijarah, bab: al-Hukrah wa al-Jalb. Bil. 2114. Al-Darimi. Al-Buyu’. 2432.




[2] Hamad ‘Ubaid al-Kabisy, Usul al-Ahkam Wa Turuq al-Istinbat FI al-Tasyriq al-Islami. h.148; Wahbah al-Zuhaili, Usul al-Fiqh al-islami, juz 2, h. 877.


[3] Dr. Ab. Latif Muda, Dr. Rosmawati Ali@Mat Zin. (2012). Usul Fiqh dan Kaedah Fiqh. Kuala Lumpur: Pustaka Salam. h. 129


[4] Perbahasan Usul al-Ahkam. H. 157


[5] Kamus Mu’jam Al-Tullab 1985: 217


[6] Badran Abu al-‘Ainan Badran 1965: 333


[7] Ustaz Abd. Latif Muda, Ustazah Rosmawati Ali@Mat Zin. (2001). Perbahasan Usul Al-Ahkam: Rujukan Pengajian Syariah. Kuala Lumpur: Pustaka Salam Sdn Bhd. Muka surat 157.


[8] Badran Abu al-Aynayn Badran, usul al-Fiqh al-Islami, h.241


[9] Ustaz Abd. Latif Muda, Dr. Rosmawati Ali. Pengantar Usul Fiqh. Halaman 90.


[10] Ustaz Abd. Latif Muda, Ustazah Rosmawati Ali. Perbahasan Usul al-Ahkam. Halaman 159.


[11] Dr. Ab. Latif Muda, Dr. Rosmawati Ali. Usul Fiqh dan Kaedah Fiqh. H. 146


[12] Badran (t.t), Usul al-Fiqh al-Islamiy, h. 224.


[13] Surah al-Baqarah 2:104


[14] Wahbah al-Zuhaili. Usul al-Fiqh al-Islami. Juz 2. h. 889; Abd al-Karim Zaidan. Al-Wajiz Fi Usul al-Fiqh. h. 248


[15] Surah al-An’am 6:108


[16] Hamad ‘Ubaid al-Kabisy. Usul al-Ahkam wa Turuq al-Istinbat Fi al-Tasyriq al-Islami. h. 147.


[17] Dr. Ab. Latif Muda, Dr. Rosmawati Ali. Usul Fiqh dan Kaedah Fiqh. H. 141


[18] Muslim. Kitab: al-Musaqah. Bab: Akhdh al-Halal wa Tark al-Shuhbah. Bil. 2996. Al-Bukhari.al-Iman. 50. Al-Tirmizi. Al-Buyu’. 1126. Al-Nasa’i. al-Buyu’. 4377. Abu Daud. Al-Buyu’. 2892. Ibn Majah. Al-Fitan. 3974. Ahmad. Awwal Musnad al-Kufiyyin. 17649.


[19] Muslim, Kitab: al-Musaqah, bab : Tahrim al-Ihtikar fi al-Aqwat, bil. 3013. Al-Tirmizi, al-Buyu’, 1188. Abu Daud, al-Buyu’, 2990. Ibn Majah, al-Tijarah, 2145. Ahmad, Min Musnad al-Qaba’il, 25987. Al-Darimi, al-Buyu’, 2431.


[20] Nik Azis Nik Pa. (1985). Islam dan Rokok: Satu Pendekatan. Singapura: Pustaka Nasional

PTE LTD. Hlmn 2




[21] Al-Israa’: 26-27


[22] Kenneth H. Cooper. 1968. Ms 189


[23] http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/merokok-dari-pandangan-islam


[24] Dr. Hamid Jami’@ Mohd Fathi ‘Id. (1999). Dadah Dari Perspektif Islam. Terengganu: Percetakan Yayasan Islam Terengganu Sdn. Bhd. Ms 1


[25] Surah al-Baqarah:143


[26] http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/hukum-shisha-menurut-pandangan-syarak


[27] http://www.duniakami.com/tarian-poco-poco-haram-surat-dari-mufti-perak/


[28] http://usulfiqh20102011.blogspot.com/2011/04/isu-isu-semasa-berkenaan-sadd-al-dharai.html


[29]http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/hukum-tarian-poco-poco-dan-seumpamanya-menurut-perspektif-islam




[30]Profesor Madya Pengajian Islam di Universiti Sains Malaysia, bekas mufti Perlis dan pendakwah Islam.




[31] http://salafus-sholih.blogspot.com/2011/04/tarian-poco-poco-antara-haram-dan-harus.html




[32] Al-Maidah:2


[33] Khalil Idham Lim.2011. Memboikot barangan Israel dan Amerika menurut Islam. http://idhamlim.blogspot.com/2010/01/memboikot-barangan-israel-dan-amerika.html.


[34] http://www.dakwatuna.com/2009/01/19/1802/al-qaradhawi-tidak-boikot-produk-israel-dan-as-dosa-besar/#ixzz2ch7VWrl8




[35] Fatwa Yusuf al-Qardhawi Tentang Boikot Produk Israel 15 mac 2012 http://www.undergroundtauhid.com/fatwa-syaikh-al-qardhawy-tentang-boikot-produk-as-israel/


[36] http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/isu-tuntutan-penganut-kristian-terhadap-penggunaan-kalimah-allah


[37] SUMBER : Dato’ Hj Zainul Rijal Abu Bakar, Presiden Peguan-Peguam Muslim Malaysia http://www.ismaweb.net/v4/2013/08/kronologi-penghakiman-isu-kalimah-allah/



No comments:

Post a Comment