Sumbangan Khalifah Umar bin al-Khattab
Berasal dari bani Adi.
Tarikh lahir pada tahun 583M. nama sebenar Umar Al-Khattab bin Naufal keturunan
Quraisy. terkenal dengan sifat berani, tegas, dan berterus terang. Cara
pelantikannya telah dicadangkan oleh Khalifah Abu Bakar al-siddiq iaitu pada
ketika Khalifah Abu Bakar sedang sakit. Cadangan ini telah dipersetujui oleh
para sahabat dan orang ramai.
Dalam bidang politik-
Memperkenalkan
dasar pentadbiran dan perlantikan pegawai. Beliau telah menubuhkan majlis syura
yang dianggotai oleh wakil golongan muhajirin dan Ansar. Beliau membahagikan
jajahan islam kepada beberapa wilayah dan melantik wali atau gabenor sebagai
ketua yang bertindak sebagai pentadbir awam dan panglima tentera. Penaklukan
merupakan polisi negara. Antara wilayah yang berjaya dikuasai ialah Syria,
Mesir dan Afrika Utara.
Khalifah
Umar juga telah menubuhkan beberapa jabatan penting seperti jabatan tentera,
jabatan polis, jabatan percukaian dan jabatan perbendaharaan negara. Jabatan
kehakiman pula telah dipisahkan daripada jabatan lain dan untuk mengelakkan
salah laku oleh hakim, mereka telah diberikan gaji bulanan yang tinggi iaitu
sebanyak 500 dirham.
Pentadbiran tanah. Tanah-tanah yang dikuasai oleh tentera islam dibahagikan
kepada 2 jenis. Tanah dhimmah-tanah bertuan yang ditadbir oleh
pemegang-pemegang amanah yang dilantik daripada golongan ahl alayyam, iaitu
golongan peneroka (ahl al-fay). Tanah sawafi – tanah tidak bertuan yaang tidak
boleh dibeli atau dimiliki oleh sesiapa bagi mengelakkan berlakunya perpecahan
antara umat islam.
Terutama sekali ialah dalam bidang pendidikan, Khalifah Umar telah
mengembangkan pengajaran al-Quran dengan menyediakan tempat pembelajaran di
kawasan masjid dan beliau juga telah menghantar guru agama ke pelbagai wilayah
untuk mengembangkan pendidikan. Contohnya, Abu Sufyan pernah dihantar untuk
mengajar orang badwi di kawasan pendalaman.
Mengasakan
takwim hijri
- Beliau menjadikan tahun hijrah Rasulullah
s.a.w ke yatrib (madinah) sebagai tarikh permulaan perkiraan kalender bagi umat
islam.
- Pengenalan takwim hijri memudahkan catatan
peristiwa-peristiwa selepasnya.
- Ia memudahkan umat islam mengingati sesuatu peristiwa dan
membuat catatan mengenainya.
Mengasaskan
al-diwan ( daftar atau buku catatan)
- Diwujudkan untuk mencatatkan nama-nama tentera
dan keluarga mereka serta jumlah sara hidup masing-masing.
- Bayaran sara hidup dibuat berdasarkan jasa
seseorang terhadap Islam, terutama semasa proses perluasan wilayah.
Khalifah umar telah
menyusun sistem ketenteraan dengan membentuk tentera tetap dan tentera
sukarela. Tentera tetap telah diberikan gaji dan pakaian seragam. Markas
tentera juga telah dibina di bandar utama manakala kubu pertahanan telah dibina
di sempadan yang1 menghadap negara musuh seperti di Madinah, Kufah, Fustat dan
Basrah.
Dalam bidang ekonomi-
Untuk meningkatkan ekonomi, khalifah umar telah membina terusan dan tali air
untuk menambahkan lagi hasil pertanian seperti Empangan Abu Musa di Basrah dan
Terusan Amirul Mukminin sepanjang 111 kilometer di Mesir. Rakyat telah
digalakkan meneroka tanah baru untuk pertanian di samping mengusahakan tanah
terbiar.
Khalifah umar telah memperkenalkan pelbagai jenis cukai. Cukai jizyah yang
dikenakan terhadap golongan zimmi juga tidak memberatkan. Cukai kharaj pula
dikenakan berdasarkan jenis tanaman dan kesuburan tanah. Tanaman barli
dikenakan kharaj sebanyak satu dirham, untuk gandum dikenakan cukai dua dirham,
sementara anggur dikenakan 10 dirham. Bagi mengawal aliran masuk pendapatan
negara melalui sistem jizyah dan kharaj, maka, baitulmal juga telah didirikan
oleh khalifah Umar.
Penutup
Dengan kejayaan dan
sumbangannya yang besar ini, khalifah umar telah diberikan gelaran Amirul
Mukminin atau panglima Agung Mukmim. Khalifah Umar telah memberi banyak
sumbangan dalam tamadun Islam sehingga zaman pemerintahannya dikenali sebagai
zaman keemasan khilafah. (Tertutup). Pemerintahan Islam kemudiannya diteruskan
lagi oleh khalifah seterusnya. Yang kemudiannya telah menyumbangkan banyak
kepada pembangunan Islam sehingga Islam berjaya berkembang hingga ke hari
ini.
No comments:
Post a Comment